Biasanya ,Dr bukan tak bagi pregnant untuk selama-lamanya,cuma tunggu Encik SLE dalam keadaan tak aktif (remission) dulu..sekurang-kurangnya remission selama 6 bulan .Dalam keadaan SLE aktif (relapse ) risiko untuk ibu & anak dapat komplikasi sangatlah tinggi..Jadi ,Dr cuba minimumkan risiko dengan HOLD dulu sampai keadaan patients betul2 stabil..untuk patients Lupus Nephritis (Sle attack kidney)-fungsi buah pinggang pesakit sebaik-baikya menghampiri NORMAL...
Secara logiknya ,kalau badan sendiri tak sihat,macam mana nak bawa lagi 1 nyawa ke dunia ni.Lagipun semasa pregnant badan seorang wanita terpaksa bekerja 50 % daripada biasa.Rasanya semua SLE patients faham sangat apa rasanya bila SLE relapse..hehe..diri sendiri pun tak terjaga + hidup pun haru biru.Sebab tu lah PENTING sangat untuk mulakan kehamilan dalam keadaan yg stabil.
Lagi 1,ada ubat yg kita ambil boleh membahayakan kandungan,sebabkan keguguran & kelahiran pra matang.Sebab tu penting bila patients dalam keaadaan stabil & merancang untuk pregnant berbincang dengan Dr mengenai ubat-ubatan terlebih dahulu.Biasanya Dr akan bagi ubat yg lebih "ringan" & x mengganggu kandungan.Antara ubat2 yg membahayakan fetus adalah CYCLOPHOSPHAMIDE,MMF(CELLCEPT)
Jadi untuk rakan2 yg dah lama kahwin tapi Dr tak bagi green light untuk mengandung lagi..bersabarlah..In Shaa Allah sooner or later akan ada rezeki untuk anda.Amiin..SABAR ITU AJAIB =)
p/s:tengah tulis entry pasal SLE & pregnancy Part 2..in details la sikit..tapi tak siap lagi..dah ada more than 10 paragraphs .banyakkk lagi tak siap.hehe..panjang gila entry pasal ni + kena baca betol2 ..nanti tak pasal2 bagi ajaran sesat kat orang.hihi
No comments:
Post a Comment