PATIENT'S PROFILE:
Usia:28 tahun
Mendapat rawatan dari:Hospital Sultanah Bahiyah ,Kedah
Organ terlibat:Buah pinggang (Lupus Nefritis class 4 )
Ubat- -ubatan sedang & pernah diambil:
Prednisolone,Hydroxychloroquine,Perindopril,Telmisartan,
Felodipine,DiltiazemHCL,Azathioprine,Cyclophosphamide,Losartan,Simvastatin,Lovastatin,Frusemide ,Lasix,folic acid,calcium lactate& banyak lagi yang aku pun dah tak ingat
Kesilapan yang biasa dilakukan oleh mana-mana insan apabila jatuh sakit adalah kita merasakan penyakit kita hanyalah penyakit biasa,tiada sesuatu yang serius .Keadaan yang sama juga berlaku kepada saya.Beberapa simptoms seperti keletihan,kurang selera makan,kaki dan muka bengkak mula terjadi sekitar bulan April 2009.Merasakan semua itu hanyalah symptoms biasa,saya hanya membiarkan keadaan tersebut berterusan selama sebulan.Tetapi apabila merasakan kesihatan saya semakin merosot,saya mengagahkan diri untuk ke klinik.Kebetulan juga pada masa tersebut,saya menghidap penyakit batuk yang agak serius.Hampir 3 bulan saya batuk dan segala macam ubat ubat telah dicuba tetapi hasilnya tetap mengecewakan.Berdasarkan keputusan ujian darah pada hari tersebut,doctor mendiagnos saya menghidap darah,kolestrol dan asid uric yang tinggi.Saya juga menjalani chest X ray dan keputusan X ray menunjukkan paru-paru saya tidak mempunyai apa-apa masalah.Saya pulang dengan berjenis-jenis ubat termasuklah ‘allopurinol’(ubat untuk asid uric tinggi) dan perlu dimakan bersama air yang banyak.
Walaupun mengambil pelbagai jenis ubat,menghairankan apabila keadaan saya menjadi semakin teruk.Segala symptoms masih berterusan terutamanya kaki saya menjadi semakin bengkak.Saya kembali ke klinik tersebut dan dicadangakan untuk mengambil ujian air kencing.Doktor mendapati air kencing saya mengandungi protein dan mencadangakan supaya menjalani ujian ultrasound buah pinggang. Secara mental saya cuba untuk bersedia dengan segala kemungkinan .Walaubagaimanapun, apabila keputusan menunjukkan buah pinggang saya bermasalah dan mempunyai tanda-tanda Nefrotic syndrome ,sejujurnya saya belum bersedia untuk melalui semua ini.
Berdasarkan keputusan ultrasound, saya dirujuk ke Nephrology Clinic(klinik pakar buah pinggang) untuk mendapatkan rawatan susulan.Pada 15 Jun 2009 merupakan tarikh yang akan terus saya ingati.Keputusan ujian darah menunjukkan saya (positive ANA-Antinuclear Antibodi),jumlah darah putih &merah yang berkurangan,creatinine 170,tekanan darah yang tinggi dan semestinya kaki dan muka yang bengkak.Doctor mengesyaki saya menghidap SLE.Kebetulan,saya pernah terbaca mengenai SLE menyerang kulit.Semestinya pada masa tersebut saya berharap semoga doctor tersilap mendiagnos kerana symptoms SLE menyerang kulit tiada pada saya.
Doktor cuba menerangkan saya menghidap SLE dimana antibody telah menyerang buah pinggang dan tidak mempunyai butterfly rashes seperti sesetengah pesakit.Sebagai pesakit yang baru pertama kali ke klinik buah pinggang,saya terpaksa menerima dua perkara serentak;pertama,saya didiagnos menghidap penyakit kronik iaitu SLE dan kedua,saya bakal menjalani renal biopsy(pengambilan isi buah pinggang).Walaupun pahit untuk ditelan,sekurang-kurangnya saya tahu penyakit saya ini mempunyai nama iaitu SLE.Semestinya keadaan ini adalah lebih baik daripada didiagnos dengan pelbagai penyakit,makan berjenis ubat tetapi kesihatan semakin merosot.
Selepas itu,bermulalah kehidupan saya dengan ditemani ubat-ubatan terutamanya prednisolone.Saya bermula dengan mengambil prednisolone sebanyak 13 biji sehari dan ubat-ubatan yang lain.Pada 24 Jun 2009 saya selamat menjalani Renal Biopsy dan keputusannya sebulan selepas tarikh tersebut .Simptoms seperti kurang selera makan dan keletihan semakin berkurangan.Walaubagaimanapun, bengkak dikaki saya menjadi semakin kritikal.Menyukarkan keadaan apabila terdapat ulser di kaki saya dan ulser tersebut mengeluarkan air dan bernanah.
Pada 27 Julai 2009, saya ke hospital untuk mendapatkan keputusan Renal Biopsy.Apabila doctor mengumumkan keputusan tersebut,Lupus Nephritis Class 4,saya menangis dan merasakan dunia ini gelap gelita.Saya cuma terfikir,sekiranya kanser berada pada tahap 4 bermakna sudah peringkat terakhir.Adakah SLE juga sama? Muncul sedikit kelegaan di hati apabila doctor mengatakan peringkat terakhir untuk SLE adalah peringkat 6 di mana pesakit mengalami kerosakan fungsi buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialysis.
Walaubagaimanapun,saya perlu menjalani rawatan cyclophosphamide chemotheraphy sekurang-kurangnya selama 6 kali iaitu sebulan sekali selama 6 bulan.Rawatan chemotheraphy ini sangat penting untuk mengawal penyakit saya supaya tidak menjadi semakin aktif dan bertindak menyerang organ-organ lain sehingga menyebabkan kematian.Pada hari tersebut juga,saya ditahan di wad selama 2 minggu kerana bengkak dan ulser di kaki .Berat kaki saya yang bengkak pada masa tersebut adalah 20kg kerana apabila dimasukkan ke wad berat saya adalah 90kg dan apabila keluar wad(kaki kembali normal) berat saya adalah 70kg.
Pada 24 August 2009,saya menjalani kemoterapi yang pertama.Dos yang sepatutnya diberikan kepada saya adalah 1.4gram.Walaubagaimanapun ,disebabkan fungsi buah pinggang yang berkurangan ,doctor cuma boleh memberikan dose sebanyak 1.0gram.Walaupun bulan puasa,saya dibenarkan untuk mengambil 800ml air sahaja sehari kerana doctor risau kaki saya akan bengkak kembali jika air berlebihan.Saya juga terpaksa bertahan dengan symptoms selepas chemotheraphy seperti muntah,loya,kurang selera makan dan keguguran rambut yang serius.Selepas kemoterapi kali pertama dan kedua,gelembung air di kulit merupakan masalah yang saya sering hadapi.Keadaan paling teruk berlaku apabila gelembung air tersebut menjadi sebesar bola tenis dan bernanah.Beberapa kali juga saya terpaksa menunda kemoterapi disebabkan masalah tersebut.Saya juga senang dijangkiti batuk.Bermula dengan batuk juga saya dimasukkan ke wad disebabkan basal pneumonia.
Pada 18 February 2010,merupkan kemoterapi saya yang ke 6 .Sekiranya protein di dalam urine saya melebihi daripada 1.0 gram/day, doctor akan meneruskan 3 kali lagi kemoterapi.Walaupun pada masa tersebut,urine protein saya 1.97 gram/day ,doctor mengatakan 6 kali kemoterapi sudah memadai.Timbul perasaan yang teramat lega dihati kerana amat perit melalui rawatan selama 6 bulan dan ditambah pula dengan segala kesan selepas rawatan.Sehingga sekarang saya masih mengambil Azathioprine 100mg(immunosuppressant berfungsi lebih kurang cyclophasamide tapi diambil secara oral setiap hari).Sehingga artikel ini ditulis,SLE saya dalam keadaan terkawal,creatinine saya =97 dan urine protein saya =negative.Walaubagaimanpun,sebagai pesakit saya kena sentiasa bersedia kerana penyakit saya sentiasa sukar dijangka.
Saya menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Komunikasi pada bulan December 2008.Apabila telah jatuh sakit saya telah mendapat beberapa tawaran untuk temuduga dan salah satunya adalah daripada syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia.Dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan,saya terpaksa mengenepikan impian buat sementara waktu.Mana mungkin dalam keadaan terlantar di katil hospital saya boleh menghadiri mana-mana temuduga.Saya merasakan kekecewaan saya berganda.Daripada seorang yang sihat telah didiagnos dengan penyakit kronik dan kemudian terpaksa pula melupakan cita-cita untuk menjadi seorang jurutera setelah bertahun-tahun berusaha untuk menamatkan pengajian.
Sebagai anak sulung daripada 3 beradik,sepatutnya saya menjadi tonggak keluarga.Tetapi dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan saya merasakan diri saya menjadi beban kepada keluarga.Saya berasa amat tertekan dan mengasingkan diri daripada dunia luar termasuk keluarga dan rakan-rakan.Dunia saya hanyalah di dalam bilik dan saya hidup dalam dunia saya sendiri.Beberapa bulan selepas jatuh sakit saya perlu menghadiri majlis konvokesyen.Dengan pipi dan muka yang semakin membulat saya hampir tidak dikenali oleh rakan-rakan dan pensyarah.Keadaan ini menambahkan lagi luka di hati saya.Tambahan pula pada ketika itu,sepupu saya yang masih kecil pun bertanya kenapa muka saya membulat seperti Doreamon.Semestinya ayat jujur seperti itu daripada seorang kanak-kanak amat mengguris hati saya.
Keadaan ini berterusan selama beberapa ketika.Apabila menjadi penghuni wad buah pinggang,saya bagaikan tersedar daripada “mimpi”.Melihat kesusahan dan kesakitan orang lain saya berasa amat insaf.Apalah sangat kesakitan yang saya lalui jika dibandingkan dengan pesakit-pesakit lain.Saya juga berterima kasih kepada Dr Leong Chong Men,”ceramah ” panjang lebar daripada beliau juga menyedarkan saya semua ini hanyalah permulaan bukan satu pengakhiran. Walau apa pun terjadi,saya mesti teruskan hidup dengan cemerlang walau siapa pun saya .
Langkah pertama yang saya lakukan adalah saya perlu keluar untuk bertemu orang ramai.Saya mesti keluar daripada dunia “bilik kecil ” saya.Sebelum sakit saya merupakan seorang yang takut untuk memandu walaupun bertahun-tahun mempunyai lesen.Mana mungkin dengan keadaan tidak boleh berpanas dan berhujan saya bermotosikal ke mana-mana.Cabaran saya yang pertama adalah perlu beranikan diri untuk memandu.Sebagai seorang yang biasa berdikari,saya berasa tertekan apabila terpaksa menyusahkan orang lain.Tempat pertama yang saya pergi adalah perpustakaan dan semestinya buku pertama yang saya cari adalah buku mengenai SLE.Saya Cuma terfikir,untuk berlawan dengan musuh yang berada di dalam badan saya iaitu SLE,saya perlu mengenali “siapa” ataupun “apa” musuh kita itu. Jika terdapat sebarang kemusykilan saya akan terus bertanya kepada doctor untuk memahami mengenai SLE dengan lebih lanjut.Doktor-doktor merupakan guru terbaik untuk saya lebih mengenali SLE,buah pinggang dan kesihatan diri.
Benda kedua yang saya lakukan adalah mencari pekerjaan.Saya mula mencari pekerjaan pada awal January 2010 iaitu sebulan sebelum rawatan kemoterapi saya berakhir.Saya risau kebanyakan majikan sukar untuk menerima keadaan kesihatan saya.Saya meletakkan beberapa criteria sebelum saya mencari pekerjaan antaranya minat,majikan yang memahami ,pekerjaan yang kurang stress dan boleh menggembirakan hati saya.Pada ketika ini wang bukanlah lagi kepentingan utama.Semasa di university saya pernah membuat kerja sampingan sebagai guru tuisyen di KUMON Setiawangsa.Berada disamping kanak-kanak adalah perkara yang menggembirakan hati saya.Saya cuba untuk mencari pekerjaan di KUMON Jitra,Kedah dan bersyukur segalanya dipermudahkan.
Awal-awal lagi saya telah berterus terang mengenai keadaan kesihatan yang tidak menentu dan mujurlah majikan saya iaitu Puan Nurdiana amat memahami.Masa kerja yang fleksibel iaitu Cuma 4 hari seminggu dari pukul 2 petang sehingga 8 malam sememangnya tidak menggangu jadual saya sekiranya perlu ke hospital.Manakala,pada hari Sabtu pula saya akan mengajar hometuition(saya akan pergi ke rumah pelajar untuk mengajar).Kanak-kanak ini adalah sumber inspirasi saya.Tanpa mereka sukar untuk saya bangkit semula.Sekiranya mendapat tempahan,saya juga akan membuat kek dan biskut untuk jualan.Kebiasaannya saya cuma bercuti pada hari Ahad dan Rabu.Saya akan memastikan 1 kali seminggu saya akan meluangkan masa di perpustakaan .Masih banyak lagi perkara mengenai SLE dan kesihatan yang perlu saya pelajari.
Saya sangat bersyukur kerana saya dapat menjalani kehidupan normal yang gembira sekarang. Walaupun tidak berjawatan tinggi tetapi saya bahagia dengan cara saya yang tersendiri.Saya sentiasa berdoa semoga dikurniakan segala yang terbaik dan mungkin inilah hikmah disebalik apa yang berlaku.Masa yang fleksibel,kerja yang kurang tekanan dan hati yang gembira adalah yang terbaik untuk saya.Walaupun kadang kala masih wujud perasaan rendah diri apabila melihat rakan –rakan berjawatan tinggi tetapi saya sentiasa memujuk diri sendiri,keupayaan saya dari segi fizikal adalah terhad tetapi saya akan memastikan mental saya sentiasa kuat.Jika menjadi jurutera sekalipun kemungkinan besar saya tidak akan gembira seperti sekarang dan semestinya sukar untuk saya elakkan diri daripada tekanan kerja.Tekanan boleh menyebabkan penyakit saya kembali aktif dan saya amat berhati-hati dengan perkara ini.Pada pendapat saya ,untuk mengelakkan diri daripada tertekan sya perlu keluar untuk berjumpa dengan orang ramai.Seterusnya saya perlu menyibukkan diri dengan aktiviti berfaedah untuk mengelakkan daripada tekanan.
Saya mungkin tiada di sini lagi pada hari ini jika tiada sokongan daripada keluarga ,rakan-rakan,majikan,kanak-kanak di KUMON/hometuition,doctor-doktor dan jururawat-jururawat.Keluarga memainkan peranan yang penting terutamanya dalam proses “penyembuhan emosi ” saya.Tanpa kedua ibu bapa yang sentiasa berada disamping saya ,mana mungkin saya dapat melalui proses ini bersendirian.Rakan –rakan SLE yang baru saya kenali di laman social Facebook dan hospital juga memainkan peranan yang bukan sedikit dalam hidup saya.Walaupun tidak pernah bersua muka tetapi sokongan daripada mereka semua sentiasa ada ketika saya memerlukan.Hubungan baik yang terjalin antara saya sebagai pesakit ,doctor dan jururawat juga banyak membantu dalam proses “penyembuhan penyakit ” saya.Gelak ,ketawa & kenakalan pelajar-pelajar di KUMON dan hometuition juga merupakan terapi jiwa yang terbaik untuk saya.
Saya Cuma berharap,saya dan pesakit-pesakit lain akan sentiasa menjadi positive.Walau apapun yang terjadi,selagi kita masih bernafas kita harus berusaha dan jangan mudah berputus asa.Kita semua merupakan insan bertuah kerana kita dipilih oleh Tuhan untuk diduga dan percayalah segala yang berlaku pasti ada hikmah walaupun kita tidak dapat melihat dengan mata kasar.Kesusahan dan kesakitan menjadikan kita lebih dekat dengan Maha Pencipta.

Sabar ye dear...
ReplyDeletesetiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...
banyakkan berdoa...
InsyaAllah, everything will be ok...
i pray for you..
hye kak nur...
ReplyDeletesemoga kaknur semakin sihat! apabila sy baca entry kali nie, nampaknya kita SLE yang sama. Sy juga SLE classIV kidney dan sudah buat dialisis selama 10 tahun. dua2 kidney sy rosak disebabkan SLE. Tahun ini genap 13 tahun sy menghidap SLE.
sy juga spt kaknur dulu, buat rawatan kimo iaiti cyclo. tp itu bertahan selama 1 tahun sahaja, SLE lebih kuat dan rosakkan kidney sy, tapi sy redha. Muka sy dulu, juga bulat sehingga kawan2 panggil sy doraemon.. Mula2 sakit SLE sy makan steroid 12 biji, mmg muka bulat sgt. Serupa mcm kaknur juga. Tapi sy sabar sahaja. Sekarang SLE tak aktif cuma skrg sy ada masalah jantung dan skrg masih di hosp.
Bila baca kisah kaknur kat sini, sy teringat zaman sy mula2 didignos SLE. Sungguh perit, kan kak? Tapi sy spt kaknur juga, ramai org yg menyokong sy.
Sy mendoakan kaknur sentiasa sihat dan sabar dlm melawan pnykt yg dihidapi sekarang. Allah swt sayangkan kita, sebab itu Dia beri kita dugaan... Insyaallah, kita pasti sembuh dari SLE satu hari nanti :)
semoga kak nur sentiasa ceria dan sihat2..anak sya 4thun bru lepas buat renal biopsi.tggu sebulan baru tahu keputusannya..sama2 la kita redha dan kuat utk hadapi dugaan Allah ni..love u
ReplyDeleteAssalamualaikum slm sejahtera warga group๐ข
ReplyDelete๐ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐ข๐
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yg mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal, tetapi rawatan hospital jgn lari,tetap wajib diteruskan,kedua2 rawatan amat bermanfaat.
Boleh hubungi terus pengasas dia & cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2 ๐๐ผ En Mohd Zuhairi- 017 468 7570
2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil,walaupn bahan semulajadi tetapi penawarnya mpunyai kesan yang pantas.
Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital๐๐ป
3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor,penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.
4) Selain drp penyakit kanser pon blh juga mengambil penawar semulajdi ini sbg rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan spt penyakit:
- Denggi &Kencing Tikus( Ada testimoni
Batu Karang, Gastrik, dimana pesakit minum jus & rawatan doktor, ada kesan dalam 3 hari)
- Gout, Kencing Manis (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit)
- Masalah Keputihan
- Darah Tinggi
- Buah Pinggang
5) Jus ini berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit
-Sy share mlalui
pgalaman sy sdri yg mengikuti pkembangan pjuang2 kanser ni,sy sdri pon gna produk dia (penawar jus) dh 3thn.
Jdi skg ni sy rsa perlu share brita ni buat smua spaya msih ade hrapan bg mreka yg tcari2 pnawar smpingan bg pyakit knser yg tpat .disamping itu TDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.๐ช๐ผ
Nnti klau nk ikhtiar dgn pnawar beliau, dan sdah mcuba ,blh la join group whatsApp pjuang2 knser,bleh la knal2 psakit die yg dh smbuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Knan UITM, knser pyudara stage 4.
Skg dh shat wlaupun prnah diberitahu doktor yang beliau hnya mampu btahan stahun sj utk hdup.setia dgn pnawar khusus en. zuhairi ini.
Beliau mngarang sbuah naskah/buku yg mgisahkn pngalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sbg slah satu rawatan alternatif selari dengan rwatan doktor (nk buku nti blh order)
~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dr knser. pnawar jus ini diambil selari dgn rwatan hospital.
~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Lymphoma stage 4 skg dh sembuh
Guru nya mberitahu beliau x prnah nmpak sperti pengidap knser tahap 4, krana sntiasa nmpak cergas dngan pgambilan jus yg mmberi tnaga dan mrawat.Beliau mngambil pnawar jus ni dr knser thap 4 shingga smbuh tnpa mninggalkn jus dan rwatan hospital.
~~~~
▪Nani Faiza - knser Usus Thap 4 dan tlh mrebak ke hti, setia mrawat dgn penawar jus ini tnpa ptus asa,skg dh hmpir smbuh spenuh nye. sel knser sdah tiada.
~~~~
Dan ramai lg yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini,ini kenyataan bkn rekaan.nti blh pm sdri testimoni2 td tu ye๐
Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser, Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri ok๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
In sya Allah mujarab mudah mudahan aaminn
NOTE :
ReplyDeleteKebanyakan pesakit2 yg mengambil penawar jus ini tetap meneruskan temujanji doktor masing2....tidak boleh tinggal kan rawatan hospital utk melihat perubahan penyakit mereka...walau bagaimana pun..mereka mengatakan terdapat perbezaan jika membuat rawatan hospital ketika bersama2 mengambil jus ini dan dgn tidak mengambil nya.. jus ini diteruskan oleh mereka apabila kesan nye mereka tidak rasa sakit teruk semasa rawatan hospital dan kekal cergas bertenaga dan menambah selera makan terutama nya semasa rawatan kimo.
- Ia bukan lah jus rawatan yg memanaskan badan anda. Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN dan ia merupakan herba yang amat perlu di miliki oleh setiap pesakit..
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring