})();

Thursday, March 7, 2013

Bersyukur lah kerana ada insan yang lebih susah daripada kita..

Tadi dlm pukul 7.20pm..di traffic light berdekatan dengan Masjid Tanjung Pauh ,Jitra...masa tu aku baru balik dari home tuition..dari jauh lagi sebenarnya aku nampak macam ada budak naik skate board di tepi jalan raya...bila sampai dekat..terkejut aku Ya Allah...bukan budak...TAPI ORANG DEWASA....lebih menyedihkan skate board tu adalah "kenderaan " dia & tangan dia sebagai "kaki".....

Masa tu aku sempat berfikir..siapa dia ni?kalau aku tumpangkan dia & dia orang jahat macam mana?kenapa takde sapa yg berhentikan kereta pun untuk tumpangkan dia ?masa tu dah nak malam & dia seorang lelaki...risau jugak lah kan..tapi bila fikir balik..takkan nak biarkan je orang tu..tak sampai hati..aku tawakal je lah..apa2 pun fikir Allah tau niat kita..kalau apa2 jadi,mana tau dia keluarkan pisau ke apa ke..aku dah terfikir..ada 1 botol air freshner kat kaki aku,aku sembur je mata dia..huhu...

Aku tanya kat dia.."nak pi mana ni?"..dia jawap "boleh saya tumpang kak sampai pasar malam?"..aku cakap ok lah..masa tu cuak gila kot..kesian ..susah betol dia nak naik kereta dgn hanya 2 tangan tu lah tangan..2 tangan tu lah kaki..serius,sepanjang perjalanan..aku cuma dengar dia bercerita..aku sampuk sikit2 je..sebabnya?air mata aku tunggu masa je nak menitik....aku tanya kat dia kenapa nak pi pasar malam"dia kata nak pi cari makan.kadang2 duduk kat medan selera tu pun ada orang bagi makan."..bila aku tanya kalau pi sendiri agak2 pukul berapa sampai? dia jawap"biasanya pukul 9 mlm baru sampai.mujur harini tumpang kak,7.40 dah sampai.biasa pukul 3 pagi baru sampai rumah"..Ya Allah sedihnya....

Aku tak kenal siapa orang tu...aku tak tau apa sejarah hidup dia...tapi berdasarkan fizikal dia..takkan takde orang yg bersimpati bila tengok seorang cacat berjalan dengan tangan menggunakan skateboard?malam2 pulak tu..anytime saja dia boleh kena langgar sebab orang bukan nampak dia...aku bukan nak tunjuk baik ke apa ke..cuma rasa tu naluri kemanusiaan yg memang ada dalam diri aku sebagai seorang manusia..tak kisah siapa pun dia..

Sepanjang drive nak balik rumah aku cuma terfikir satu perkataan saja....NUR HASLIZA YAACOB.....BERSYUKURLAH....BERSYUKURLAH...BERSYUKURLAH....BERSYUKURLAH..hang masih ada KAKI,hang masih ada TANGAN ,hang masih boleh bekerja,hang masih ada family,hang masih ada rakan2,hang masih boleh pakai KASUT di KAKI hang..sedangkan ada orang terpaksa pakai SELIPER JEPUN di TANGAN sebab dia dah TAK PUNYA KAKI.....


No comments:

Post a Comment