})();

Sunday, March 31, 2013

Happiness come from acceptance & gratitude =)

Tak perlu kan "benda2 " yg besar untuk buat aku happy..hehe..kalo nak tunggu jadi jutawan baru nak happy,ataupun Brad Pitt masuk meminang (ok yg ni merapu tahap gaban..hehe)baru nak happy..alamatnya sampai bila2 la tak kan happy ..huhu..antara benda2 kecil yg happykan aku lately 

a) My hometution kid dah kenal huruf A sampai I..haha..& dah pandai tulis huruf B (setelah 3 minggu di ajar)..dah pandai tulis C walaupun terbalik tapi teacher Liza still proud of U dear!

b) Tok Wan aku pulak nampak makin sihat..dah boleh melangkah & minum susu pakai cawan..so dah tak payah minum pakai tiub dah..Alhamdullila.huhu..part meracau tu still ada ..sebab blood clot kat otak dia makin besar.salah 1 sebab dia makin lupa & meracau.tapi happy bila tengok dia belajar berjalan perlahan2.

c)Kalau stress macam mana pun,salah 1 hobi aku adalah TENGOK Kucing2 aku yg 11 ekor tu makan nasi!!hehe..ada yg berebut,ada yg lompat dalam bekas sebab tak mau bagi kucing lain makan.tamak!hehe..sangat comel & hilang stress.

Kita akan lebih bersyukur & menghargai hidup bila kita lihat orang yg lebih sakit daripada kita,lebih susah daripada kita & lebih sedih daripada kita.apa pun yang berlaku REDAH JER ,bersedih berduka lara sampai mata buta macam Kassim Selamat pun tak boleh ubah apa2 =)

Tuesday, March 26, 2013

LUPUS HANDBOOK FOR WOMEN







Buku yg sangat bagus..buku 1st yg dibaca selepas didiagnose Lupus Nephritis Class IV..baca buku ni rasa macam "buku cerita" pasal diri sendiri..semua simptoms,most of medicines ,treatments..sampai kan love & lupus..pregnancy & lupus pun ada dalam ni..

Nak quote ada 1 ayat best dalam ni yang really inspired me 

"You have a chronic disease that may require special attention but your life is far from over.Although your disease is part of your life ,it is not all of your life .Lupus not withstanding ,if U are truly motivated to do something ,U should at least try to do it .There maybe times when your illness interferes with your progress ;dreams may have to be postponed or even modified .But I guarantee that U will bounce back faster & survive the challenges of chronic illness better if U keep your goals & dreams alive"

Masa baca buku ni dalam tahun 2009,aku baru je didiagnose dengan SLE & baru grad degree dalam Communication Engineering ..rasa gelap gelita hidup masa awal didiagnose(so,aku faham bila patients yg baru didiagnose cakap "saya rasa lebih baik mati daripada hidup")..masa tu aku pun terfikir ,boleh ke aku bangun balik...mulakan hidup balik..2013..Alhamdullilah everything is getting better & better....& "YES!! I will bounce back faster & survive the challenges of chronic illness better if I keep my goals & dreams alive"..hehe..now,I m not an Engineer but I m a Tuition Teacher & have my own cookies bisness. Happy with my life =) 

Wednesday, March 13, 2013

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku"

Ada  1 KUMON kid tanya aku bagaimana AIDS boleh berjangkit..aku pun explain la sikit2..sesuai untuk pengetahuan am bagi budak umur 12 tahun..tiba2 dia tanya macam ni..

"orang sakit AIDS ni tunggu masa nak MATI je lah ,teacher kan?"

huhu..sentap jugak aku ..tapi aku jawap macam ni je...

"Bukan pesakit AIDS saja yang tunggu masa nak MATI ,Aiman...TAPI KITA SEMUA TUNGGU MASA NAK MATI"..

boleh pulak budak tu jawap"Memang la kita semua nak mati tapi pesakit AIDS cepat lagi kan?"..

ish budak ni..banyak benar soalannya...

"Kita tak tau,kot nanti awak ke, teacher ke jatuh kerusi terus mati.sapa tau kan.Allah je yang tau"...terus budak tu jawap.."Ye lah ye lah teacher menang"sambil buat muka bosan..huhu...


nak share jugak ada 1 ayat ni..surah SURAH ASY-SYU’ARA ayat 80,maksud ayat tu

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku"


Thursday, March 7, 2013

Bersyukur lah kerana ada insan yang lebih susah daripada kita..

Tadi dlm pukul 7.20pm..di traffic light berdekatan dengan Masjid Tanjung Pauh ,Jitra...masa tu aku baru balik dari home tuition..dari jauh lagi sebenarnya aku nampak macam ada budak naik skate board di tepi jalan raya...bila sampai dekat..terkejut aku Ya Allah...bukan budak...TAPI ORANG DEWASA....lebih menyedihkan skate board tu adalah "kenderaan " dia & tangan dia sebagai "kaki".....

Masa tu aku sempat berfikir..siapa dia ni?kalau aku tumpangkan dia & dia orang jahat macam mana?kenapa takde sapa yg berhentikan kereta pun untuk tumpangkan dia ?masa tu dah nak malam & dia seorang lelaki...risau jugak lah kan..tapi bila fikir balik..takkan nak biarkan je orang tu..tak sampai hati..aku tawakal je lah..apa2 pun fikir Allah tau niat kita..kalau apa2 jadi,mana tau dia keluarkan pisau ke apa ke..aku dah terfikir..ada 1 botol air freshner kat kaki aku,aku sembur je mata dia..huhu...

Aku tanya kat dia.."nak pi mana ni?"..dia jawap "boleh saya tumpang kak sampai pasar malam?"..aku cakap ok lah..masa tu cuak gila kot..kesian ..susah betol dia nak naik kereta dgn hanya 2 tangan tu lah tangan..2 tangan tu lah kaki..serius,sepanjang perjalanan..aku cuma dengar dia bercerita..aku sampuk sikit2 je..sebabnya?air mata aku tunggu masa je nak menitik....aku tanya kat dia kenapa nak pi pasar malam"dia kata nak pi cari makan.kadang2 duduk kat medan selera tu pun ada orang bagi makan."..bila aku tanya kalau pi sendiri agak2 pukul berapa sampai? dia jawap"biasanya pukul 9 mlm baru sampai.mujur harini tumpang kak,7.40 dah sampai.biasa pukul 3 pagi baru sampai rumah"..Ya Allah sedihnya....

Aku tak kenal siapa orang tu...aku tak tau apa sejarah hidup dia...tapi berdasarkan fizikal dia..takkan takde orang yg bersimpati bila tengok seorang cacat berjalan dengan tangan menggunakan skateboard?malam2 pulak tu..anytime saja dia boleh kena langgar sebab orang bukan nampak dia...aku bukan nak tunjuk baik ke apa ke..cuma rasa tu naluri kemanusiaan yg memang ada dalam diri aku sebagai seorang manusia..tak kisah siapa pun dia..

Sepanjang drive nak balik rumah aku cuma terfikir satu perkataan saja....NUR HASLIZA YAACOB.....BERSYUKURLAH....BERSYUKURLAH...BERSYUKURLAH....BERSYUKURLAH..hang masih ada KAKI,hang masih ada TANGAN ,hang masih boleh bekerja,hang masih ada family,hang masih ada rakan2,hang masih boleh pakai KASUT di KAKI hang..sedangkan ada orang terpaksa pakai SELIPER JEPUN di TANGAN sebab dia dah TAK PUNYA KAKI.....