})();

Friday, November 30, 2012

Misteri Jodoh






           Semalam, tertonton Semanis Kurma di TV9 tajuk Misteri Jodoh..kebetulan pulak siang tu baru dapat berita rakan seperjuangan aku aka rakan yg berjuang melawan SLE bersama aku sudah bertunang..huhu..TAHNIAH Abdul Hakim & Sitinurhidayah aka nama penanya CT NurShinchan..kedua-duanya adalah SLE patients & berkenalan di SLE Support Group Malaysia..how sweeeettttt!!Tetiba terfikir Aaron Aziz ada join SLE Support group tak ye?hahaha..dia pernah berlakon sakit SLE dalam drama Stanza Cinta..hihi..


        Aku tersenyum sampai ke telinga bila tulis post ni..serius,sangat sangat happy for both of them..pada masa yang sama rasa sebak dan terharu..percaya tak..SLE yang In Shaa Allah akan menyatukan mereka…semoga berbahagia dunia & akhirat…Amiin..
Jodoh ni sangat misteri kan ..rahsia Allah & pada masa yang sama kita kena usaha la jugak..takkan nak tunggu jodoh turun dari langit kot..haha..pengsan la pulak kalau tiba-tiba Brad Pitt turun dari langit & jatuh depan aku..huhu..merapu je lah…usaha & tawakal la kot..tapi kalau takde jodoh jangan bersedih hati pulak..life must be go on..yang penting teruskan hidup dengan gembira & cemerlang..tak kisah la siapa pun kita..jangan membataskan diri kita untuk terus berjaya & berusaha untuk jadi insan yang lebih baik…  


          Ni pulak pendapat peribadi akulah,nak cari jodoh bukan mudah..tambah-tambah bagi seorang pesakit kronik yang hidup berteman ubat & terlalu banyak rules & regulations…huhu..kena panas tak boleh,kena hujan tak boleh,stress tak boleh,emosi kena sentiasa stabil,nak mengandung pun kena inform doctor dulu,kena bersedia 24 jam/365 hari setahun sebab SLE boleh relapse bila-bila masa saja..huhu..scary kot..memang sangat bertuah kalau ada insan  yang sanggup korbankan hidup dia semata-mata nak bersusah senang & terjun dalam “dunia scary ”tu dengan kita tu …huhu..kalau Angelina Jolie yang hidup berteman ubat &  rules & regulations tu aku rasa still ada berderet  orang beratur untuk dia..hahaha..masalahnya aku hanya insan biasa & bukan Angelina Jolie…so,ukur baju sambil tengok cermin…hihi



        Pada pendapat aku juga,meletakkan harapan pada orang lain adalah sama macam meletakkan bom jangka pada diri kita sendiri…huhu..bila-bila masa saja bom jangka tu akan meletup tanpa kita sedari..akhirnya kita juga akan terluka,bersedih & kecewa…letakkan seluruh harapan pada Allah swt sebab hanya Dia saja yang sentiasa ada dengan kita..semestinya Dia juga tahu segala yang terbaik untuk kita..meletakkan harapan pada Allah juga boleh menjadikan kita  insan yang sentiasa tabah & redha dengan segala ujian-Nya… 

10 comments:

  1. Salam Tuan Rumah
    wah excitednya, terima kaseh kerana sudi menjadikan kami sebagai model dalam blog tuan rumah.
    Doakan kami bahagian ke penghujung jalan ya.
    Amin.
    In sha Allah.

    ReplyDelete
  2. Janji Kami Berdua
    "Saya Jaga Awak, Awak Jaga Saya"
    Hanya MATI yang mampu memecahkan Janji ini.
    Saya Sayang Orang yang Saya Sayang Hanya Allah SWT saja yang tahu.
    Berkat doa teman-teman sehingga kami ke penghujung jalan yang diredhai.
    Amin.

    ReplyDelete
  3. kak. kita sama-sama berjuang menentang SLE ya :) seronoknya ada orang nak buat cerita pasal SLE. sy baru je bercinta dengan Encik SLE ni. boleh lawat blog sy :)

    ReplyDelete
  4. Insyaallah jodoh akan sampai..cuma lambat atau cepat jer... kita sebagai manusia jangan cepat putus asa..minat brad pitt eh..huhu

    ~datang dari blog deno..salam kenal ^^

    Psst ade word verification..ramai blogger tak suke sbb leceh bila nak comment..sharing is caring ♥

    ReplyDelete
  5. semua orang berhak untuk hidup bahagia :)
    salam perkenalan. sudah follow blog ini ^ ^

    ReplyDelete
  6. Beb...nice blog aa..aku baru terbc..hehehe..btol2...jodoh itu misteri~~(bc dgn gaya misteri ye)..hopefully one we will both get the best from Allah....amin...

    ReplyDelete
  7. hehe..thanx for the compliment =) Amiin =)

    ReplyDelete