Post ni di tulis semasa tengah tunggu Tok Wan aku di wad
Kenanga 4C Hospital Sultanah Bahiyah.hehe..sebelah ni wad aku ,wad Kenanga 4D
..eh sejak bila pulak aku ada share kat wad 4D pulak ni ?huhu..dengan bahasa
mudah,wad tempat aku selalu check in bila sakit..wad 4D ni wad buah
pinggang..Alhamdullilah,harini 30 November 2012 ..kalau ikut kan last sekali
aku admitted 8 February 2010-11 February 2010…tahun 2009 tu tak payah cerita
la..tak terbilang jumlah aku admitted..keluar masuk keluar masuk keluar masuk
hospital…tapi syukur Alhamdullilah tahun 2011 aku zero check in di wad..2012
pun dah nak hujung tahun ni masih zero check in di wad..ke depan?aku pun tak
sure ..tapi doakan yang baik-baik je lah…
Sebenarnya,baik as a patient ataupun as orang yang tunggu patient..dua
–dua pun tak best..huhu..kesimpulannya aku TAK SUKA hospital..full stop..ish
mujur lah aku aku bukan doctor..kalau doctor yg buat statement TAK SUKA hospital ni..habislah semua patients..hehe..
Nak share jugak story pasal Tok Wan aka datuk aku ni..umur
dia dah 75 tahun ..6 tahun lepas dalam tahun 2006 ,Tok Wan aku pernah buat bypass ..ataupun dalam bahasa mudahnya pembedahan pintasan jantung..semua macam
baik-baik saja selepas bypass,sampailah 27 November 2012..tiba2 dalam pukul 8
pagi datuk aku jadi macam tak sedar & tak boleh bercakap..kitaorang terus
telefon ambulance..perasaan semua orang masa tu??takut & risau yang teramat
sangat…aku?seperi biasa terpakasa berlagak cool bila semua orang menggelabah
..padahal aku pada masa tu..jantung aku
macam dah nak tercabut..kalau semua menggelabah ,apa pun tak settle…everthing akan getting worse..aku yang
naik ambulance dengan Tok Wan aku yang still tak sedar masa tu..1st
time naik ambulance & dengan condition
Tok Wan aku masa tu ..memang aku pun macam nak pengsan…serius,dup dap je
jantung
Bila sampai ke Zon Kuning emergency room,Dr pun tak dapat
kesan kenapa jadi macam tu..bila Dr nampak keadaan Tok Wan aku yang takde
improvement,terus Tok Wan aku di tolak ke zon Merah..untuk yang tak pernah ke Emergency Hospital .ada 3 zon kat Emergency tu..Zon hijau=untuk pesakit yang tak kritikal..Zon Kuning=separa
kritikal..Zon Merah=kritikal..jadi,bila berpindah dari zon kritikal ke separa
kritikal..pucat lesi muka aku...mestilah semua orang cuak,risau & takut yang teramat..masa tu Tok
Wan dah sedar tapi meracau..tengah malam yang sama baru di tolak masuk ke wad
4C..bayangkan almost 12 jam ,Tok Wan aku di emergency room,baru masuk ke wad…Dr pun tak sure lagi sebab apa jadi macam tu..tapi bila tengok creatinine dia dalam 456 tu maksudnya agak tinggi & ada masalah dengan buah pinggang..cuma Dr pun tak pasti apa masalahnya...
Sekarang 11.57 pagi,30hb November 2012..ToK Wan aku tengah
tidur ..semalam dia masuk operation room sebab ada batu dalam kidney..dari
pukul 1.30 pm,6.30 pm baru siap…pagi ni pulak Dr cakap batu tu tak dapat
dikeluarkan sepenuhnya..so,perlukan lagi 1 operation..harap-harap Tok Wan aku
cukup kuat untuk melalui semua ni lagi..aku tahu dia cukup kuat semasa melalui
pembedahan pintasan jantung 6 tahun
lepas..semoga Tok Wan aku akan baik-baik saja..Amiinn...
Sejak aku bermastautin di rumah pada tahun 2009 sampai
sekarang..dah memang tugas aku untuk bawa Tok Wan & Tok aku ambil darah
& bawa diaorang pergi follow up di HSB..kadang2 biasa la,orang tua..ada jugak
perangai yang dah jadi macam-macam budak-budak balik..kadang2 menguji kesabaran
jugak..tapi bila ingat balik,kalau panjang umur..satu hari pun kita akan
melalui hari tua..sekarang ni,buat apa pun Allah bayar cash…kalau kita layan
orang tua kita dengan baik..In Shaa Allah..benda yang sama juga yang akan
anak-anak kita buat pada kita..
Huhu..bila aku sorang-sorang di wad macam ni buat aku
fikir…kalau lah ditakdirkan aku panjang umur,takde jodoh & tiada zuriat…aku
akan keseorangankah terlantar di atas katil hospital??sesungguhnya,hanya Allah
yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya…doakan yang terbaik untuk diri
sendiri & rakan-rakan SLE yang lain…
sabar dan percaya bahawa Allah takkan menguji seorang hambanya dgn ujian yg hamba itu tidak mampu hadapi.... insya allah. ganjaran dan rezeki yg tidak disangka2 utk yg bersabar dgn ujian Allah
ReplyDelete