Ramadhan 2009 memang bulan puasa paling "happening"..dengan air pun kena limit 800ml sahaja sehari..pandai-pandai lah adjust sendiri..1cawan berbuka..1 cawan sepanjang malam..2 cawan masa sahur..kalau makan buah ataupun sup kena kurangkan lagi air..sebab buah pinggang tak berapa elok masa tu..kalau minum terlebih ,automatik kaki akan bengkak..
Ramadhan 2013 Alhamdullilah buah pinggang makin sihat..minum lah sebanyak mana air pun(haha..agak2 jangan sampai pecah perut sudah la kan)...cuma kena limitkan x boleh minum ais & benda2 sejuk..baru sedar jugak buah rambutan & dokong pun boleh bikin batuk + kena sedut inhaler..hehe..mujur durian Ok.yeay!!(tapi xde la nak makan durian bulan-bulan puasa.agak2 la kan .hehe)
Biasalah,kadang2 rasa syahdu jugak..dengan bahasa mudah rasa nak complain jugak..alahai banyak la pulak pantang larang makan...aku baru sedar ,patients SLE boleh makan apa saja TAPI BERSEDERHANA...& kita just kena try & error...makanan apa yang kita tak boleh tolerate..tak payah la makan..kalau nak makan jugak .sendiri mau ingat la kan..tabah la dengan kesan lepas tu.huhu
Sebut pasal COMPLAIN ,bila aku rasa nak complain pada diri sendiri..aku akan ingatkan diri aku pada kesakitan yang aku pernah lalui dulu.air pun kena limit.sekarang makin sihat..nak complain lagi ke?Alhamdullilah aku cuma kena pantang air untuk 1tempoh je tapi patients CKD (Chronic Kidney Disease) yang kena dialisis ,air cuma boleh minum 500ml je sehari..nak complain lagi ke?nak complain itu tak boleh makan,ini tak boleh makan.sekurang-kurangnya ada makanan.nak complain lagi ke?ada jugak terbaca status kawan2 yg kerja government tulis ala bonus RM 500 je?Ok lah tu,at least ada jugak bonus.cuba letak diri anda dalam tempat penoreh getah ke,nelayan ke,petani ke yang ada kerja ada duit..takde kerja tak de duit.nak complain lagi ke?pekerja swasta pulak cakap,alahai kami takde bonus sedih la.cuba fikir,sekurang-kuranganya anda ada kerja.nak complain lagi ke?
hidup akan lebih bermakna apabila kita bukan hanya mendongak ke langit melihat keindahan bulan ,bintang & matahari..tengok juga ke bawah supaya kita lebih mensyukuri nikmat Allah...jangan bandingkan "sedikit " yang kita tak dapat dengan "lautan " nikmat yang tengah kita miliki
No comments:
Post a Comment