Lepas habis Cyclo chemo dalam bulan February 2010 & Alhamdullilah bila makin sihat..Ayah aku mula bising bila nak cari kerja tetap?Bila aku cakap kat Ayah ,aku tak mau cari kerja cuma nak kerja kat KUMON je & nak buat bisnes berkaitan dengan tuition & cookies ..panjang lebar ayah aku berleter..buat apa ada degree dalam Engineering kalau tak mau jadi Engineer.aku cakap,rasanya dah sampai masa untuk aku buat something yang aku minat & aku suka..aku dah fikir masak-masak sebelum buat keputusan tu..hehe..sapa berani marah pada pesakit kronik ye tak?suka ataupun tak Ayah aku terima je..terima kasih Encik SLE..kalau bukan kerana Encik Sle,maybe aku akan habiskan sampai pencen buat something yang aku tak minat langsung..huhu
Sampai sekarang Ayah aku tak pernah tunjuk dengan perkataan yg dia sokong apa yang aku buat ..tapi dia tunjuk by action..
1)Ayah aku beria turun naik MADA nak apply oven & mixer giant tu
2)Ayah yg tolong aku cari customers..dia tak segan silu bawa sample cookies aku untuk kawan2 dia rasa..& most of them dah jadi my regular customers..
3)Ayah aku lah yg ulang alik pi kedai bahan2 bakery beli apa2 je bahan yang tak cukup
4)Kalau malam2 aku salut coklat Almond London sorang2..Ayah aku datang join sekali tolong aku..oh skill salut coklat almond london ayah aku memang terbaik!!hehe..dia pun dah boleh agak kalau coklat tu cair tak cantik,etc
5)yang paling penting,kalau tak cukup modal boleh pinjam duit Ayah dulu..hehe..yang ni paling best =)
No comments:
Post a Comment