})();

Thursday, July 25, 2013

Nak complain lagi ke ?

Ramadhan 2009 memang bulan puasa paling "happening"..dengan air pun kena limit 800ml sahaja sehari..pandai-pandai lah adjust sendiri..1cawan berbuka..1 cawan sepanjang malam..2 cawan masa sahur..kalau makan buah ataupun sup kena kurangkan lagi air..sebab buah pinggang tak berapa elok masa tu..kalau minum terlebih ,automatik kaki akan bengkak..

Ramadhan 2013 Alhamdullilah buah pinggang makin sihat..minum lah sebanyak mana air pun(haha..agak2 jangan sampai pecah perut sudah la kan)...cuma kena limitkan x boleh minum ais & benda2 sejuk..baru sedar jugak buah rambutan & dokong pun boleh bikin batuk + kena sedut inhaler..hehe..mujur durian Ok.yeay!!(tapi xde la nak makan durian bulan-bulan puasa.agak2 la kan .hehe) 

Biasalah,kadang2 rasa syahdu jugak..dengan bahasa mudah rasa nak complain jugak..alahai banyak la pulak pantang larang makan...aku baru sedar ,patients SLE boleh makan apa saja TAPI BERSEDERHANA...& kita just kena try & error...makanan apa yang kita tak boleh tolerate..tak payah la makan..kalau nak makan jugak .sendiri mau ingat la kan..tabah la dengan kesan lepas tu.huhu

Sebut pasal COMPLAIN ,bila aku rasa nak complain pada diri sendiri..aku akan ingatkan diri aku pada kesakitan yang aku pernah lalui dulu.air pun kena limit.sekarang makin sihat..nak complain lagi ke?Alhamdullilah aku cuma kena pantang air untuk 1tempoh je tapi patients CKD (Chronic Kidney Disease) yang kena dialisis ,air cuma boleh minum 500ml je sehari..nak complain lagi ke?nak complain itu tak boleh makan,ini tak boleh makan.sekurang-kurangnya ada makanan.nak complain lagi ke?ada jugak terbaca status kawan2 yg kerja government tulis ala bonus RM 500 je?Ok lah tu,at least ada jugak bonus.cuba letak diri anda dalam tempat penoreh getah ke,nelayan ke,petani ke yang ada kerja ada duit..takde kerja tak de duit.nak complain lagi ke?pekerja swasta pulak cakap,alahai kami takde bonus sedih la.cuba fikir,sekurang-kuranganya anda ada kerja.nak complain lagi ke?

hidup akan lebih bermakna apabila kita bukan hanya mendongak ke langit melihat keindahan bulan ,bintang & matahari..tengok juga ke bawah supaya kita lebih mensyukuri nikmat Allah...jangan bandingkan "sedikit " yang kita tak dapat dengan "lautan " nikmat yang tengah kita miliki 

Sunday, July 21, 2013

Actions speak louder than words. Sayang Ayah =)

Tahun ke 4 buat bisnes cookies..start tahun 2010 dengan oven yg boleh bakar sekali bakar 50 biji je..hehe..memang menguji kesabaran..siap tertidur kat tepi oven nak tunggu cookies siap..tahun 2012 dapat bantuan MADA,oven besar ..sekali bakar boleh masuk 1000 biji..nak cerita macam mana aku start buat bisnes cookies ni..

Lepas habis Cyclo chemo dalam bulan February 2010 & Alhamdullilah bila makin sihat..Ayah aku mula bising bila nak cari kerja tetap?Bila aku cakap kat Ayah ,aku tak mau cari kerja cuma nak kerja kat KUMON je & nak buat bisnes berkaitan dengan tuition & cookies ..panjang lebar ayah aku berleter..buat apa ada degree dalam Engineering kalau tak mau jadi Engineer.aku cakap,rasanya dah sampai masa untuk aku buat something yang aku minat & aku suka..aku dah fikir masak-masak sebelum buat keputusan tu..hehe..sapa berani marah pada pesakit kronik ye tak?suka ataupun tak Ayah aku terima je..terima kasih Encik SLE..kalau bukan kerana Encik Sle,maybe aku akan habiskan sampai pencen buat something yang aku tak minat langsung..huhu

Sampai sekarang Ayah aku tak pernah tunjuk dengan perkataan yg dia sokong apa yang aku buat ..tapi dia tunjuk by action..
1)Ayah aku beria turun naik MADA nak apply oven & mixer giant tu
2)Ayah yg tolong aku cari customers..dia tak segan silu bawa sample cookies aku untuk kawan2 dia rasa..& most of them dah jadi my regular customers..
3)Ayah aku lah yg ulang alik pi kedai bahan2 bakery beli apa2 je bahan yang tak cukup
4)Kalau malam2 aku salut coklat Almond London sorang2..Ayah aku datang join sekali tolong aku..oh skill salut coklat almond london ayah aku memang terbaik!!hehe..dia pun dah boleh agak kalau coklat tu cair tak cantik,etc
5)yang paling penting,kalau tak cukup modal boleh pinjam duit Ayah dulu..hehe..yang ni paling best =)


Yup,sesetengah perkara tak perlu ditunjukkan dengan kata-kata..tapi tindakan memberi 1001 makna yang lebih berharga..Sayang Ayah =)

Friday, July 5, 2013

KEEP FIGHTING!!

Buka je FB dapat 3 berita ni

1)Salah seorang sahabat di SLE Support Group meninggal dunia..rasa baru je 2,3 hari lepas arwah post tanya pasal tulang kalau tak salah saya..Al-Fatihah
2)Isteri kepada junior saya masa di UIA meninggal dunia..muda lagi arwah...semoga suami & anak akan terus tabah & kuat..
3 )dapat message ni di inbox 

Assalamualaikum..saya jmpe fb cik kt fb persatuan sle..kakak says baru disiagnose sle semalam..itu pun leh detect lps kandungannya gugur..saya nak tnye apa saya boleh tolong sebagai adik...

Ada orang yang perjuangan nya telah selesai & ada orang yang perjuangan nya baru bermula...& kita yang tengah berjuang..teruskanlah perjuangan tu sampai hujung nyawa..andai dah tiba masa biar kita pergi dengan tenang & bersedia.. pada masa yang sama berusaha untuk tinggalkan juga good memory pasal kita utk orang yang masih hidup...semoga orang ingat yang baik2 je pasal kita...