})();

Friday, October 7, 2011

Hidup ini sukar dijangka di mana penghujungnya.....

              



            Lama rasa tak update blog..yup..July sampai September..aku macam robot bekerja..bekerja di tuition centre,buat biskut raya (tempahan almost 10000 biji & sebab aku kedekut jadi aku buat la sorang-sorang..hehe)& ajar tuition di rumah orang(hometuition)..jadual yg sangat padat....isnin ,selasa & khamis..8am hingga 9pm -1pm aku akan buat  kuih raya..2-6 pm bekerja di tuition centre..pukul 9.30 pm-12.30pm =buat kuih lagi..ahad& rabu =buat biskut dari pagi ke malam..sabtu=ajar hometuition 8.30am -5.30 pm...malam,buat kuih raya lagi..jumaat =9am-5pm=working @ tuition centre..malam=sambung buat biskit raya lagi.....bekerja 7 hari seminggu..cuma rehat masa tidur je..walau pun penat,aku cuba sehabis baik untuk tidur at least 6 jam,ubat makan seperti biasa..hehe..cuma part exercise tu selalu curi tulang...ampun doctor;-)

             Walaupun tersangat-sangat penat...aku try my best untuk control stress..sangat risau SLE relapse masa tu...ye lah,lagi 2 minggu nak raya ,ada beribu2 biskut lagi yg tak siap..huhu..(moral of the story jangan kedekut sangat,cik Liza oi:-)..next year kena cari pekerja jugak) ..tapi walaupun penat,maybe sebab aku buat benda yg aku suka..jadi aku still boleh bergembira walaupun rasa muka pun dah ada mirip cookies,tepung,butter,etc..hahaha

            2 September =birthday aku yg ke 28..huhu..umur hanya angka(ayat untuk menggembirakan hati sendiri)...walaupun 2 september tarikh aku dilahirkan..tapi lepas sakit ,dah banyak pulak "anniversary " yg aku kena ingat..mula dengan tarikh 26 May 2009...tarikh aku buat kidney ultrasound..dengan result yg "cemerlang " tu aku di hantar ke Nephro Clinic(klinik pakar buah pinggang).... pada 15 June 2009..haritu juga aku mula didiagnose dengan SLE oleh Dr Leong Chong Men & mulalah hidup aku dengan mengambil makanan  ruji a.k.a prednisolone a.k.a steroids(bermula dengan 13 biji=65mg+ubat2 lain 1 bag plastik)...24 June 2009 pulak tarikh renal biopsy(ambil isi buah pinggang ) dilakukan oleh Dr Lam Swee Win....27 July 2009..dapat result renal biopsy..nampaknya "cemerlang " juga...Lupus Nephritis Class 4.....sebab result yg sangat "cemerlang " tu aku start dengan Cyclophasphamide chemotheraphy pada 24 august 2009 sampai 18 February 2010..29 March 2010 aku start dengan Azathioprine sampai la ke hari ni....huhu...aku nak print la semua tarikh ni..nanti kalau jumpa dr baru,dia tanya aku punya medical history aku boleh suruh dia baca je..hehehe..senang kan?ataupun maybe aku boleh rekod,lepas tu bila jumpa doktor..aku tekan je button "PLAY"..nice suggestion ,right??!sebab ramai patient complain bosan nak kena ulang medical history again& again & again..huhu

                 Pada 22 September 2011 pula aku kehilangan seorang rakan & seorang kakak yg baik disebabkan breast cancer(arwah merupakan kakak ipar kepada sahabat baik aku & aku sangat rapat dengan family arwah)..sedih sangat bila mengenangkan arwah cuma berusia 32 tahun & meninggalkan anak2 yg masih kecil...hanya patient yg memahami perasaan patient yg lain..kami selalu memberi sokongan antara 1 sama lain..paling aku tersentuh,aku mencadangkan supaya arwah mula menulis blog sebab kadang2 kita dapat  release tension selepas menulis..tak sangaka,arwah mula menulis selepas tu...erm..susah nak gambarkan perasaan aku...sedih sangat -sangat bila baca blog arwah..curahan perasaan arwah dicoretkan dengan dengan begitu baik sekali...betapa tabahnya arwah dalam menghadapi hidupnya yg masih bersisa....semoga aku akan jadi insan yg setabah tu  .....hidup ni memang sukar dijangka di mana penghujung nya....Ya  Allah,tempatkan lah arwah Ku NoorHayati Ku Yakob dikalangan hamba Mu yg beriman..Al-Fatihah..... 



2 comments:

  1. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman disisiNya... al-fatiha... sedih :(

    ReplyDelete