})();

Monday, June 27, 2011

Small happiness that bring more "sunshine " to my life:-)

               Erm..aku tak perlu jadi seorang JUTAWAN untuk menjadi happy:-)..haha..kalau tunggu aku jadi jutawan,alamatnya sampai bila pun tak happy la aku..hihi..tak kisah la pesakit ke,orang yang sihat ke..yang paling penting adalah hati yg gembira..&  kita tak perlukan perkara yg besar -besar untuk menjadi happy..tengok sekeliling kita..tengok apa yg kita ada dengan penuh kesyukuran..& happy akan datang kemudian..:-)               

              Sekarang ni ,aku malas nak fikir banyak -banyak dah..aku try untuk appreciate every single happiness that occurred in my life..walaupun,maybe bagi sesetengah orang..it's mean nothing..bagi aku it means a lot....just want to share,last week ada 2 perkara yg terjadi kepada orang lain ...tapi bagi full happiness to my life..nak cerita pasal 2 of my students..even aku ni cuma cikgu tuisyen& I always call my self "cikgu cap ayam"..hikhik..tapi tak kisah la apa pun kerja yang kita buat..yang penting ikhlas & buat dengan sepenuh hati..aku tak nak cerita pasal budak yg memang bijak pandai..every test markah 90++..aku nak cerita pasal..2 budak yg agak lemah(bagi aku)..tapi exam yang baru2 ni..they got  flying colours in their results....they have very different characters..budak yg pertama bernama Nasrullah Aiman..Form 3 Sekolah Menengah Alor Biak...budak yg kedua bernama Chua Lian Chia ..Form 2..SMJK(C) Keat Hwa..

             Nasrullah ni budak nya sangat pasif,pendiam,penuh dengan sifat rendah diri,agak slow sikit tapi sangat rajin...every new topic,kena ajar banyak kali baru dia faham...result UPSR dia untuk subject Math pun tak berapa bagus..awal-awal dulu dia sangat tak berminat dengan Math..dia sudah set dalam kepala.."Math adalah subjek yg sangat susah&saya bukan pelajar yang pandai"...aku ajar dia subject Math di Kumon dari January 2010 until present....pada awal tahun 2011..mak dia pernah cakap,nak berhenti dari Kumon sebab nak fokus untuk PMR..tapi bila tengok kami di KUMON bersungguh-sungguh ajar anak dia..dia cakap,tunggu sampai bulan 6 lah...di KUMON selepas every level akan ada test sebelum naik ke level baru..kalau test tak lulus..kena retest balik..

         Dalam bulan 4,aku plan nak bagi  test untuk dia ...masa tu current level dia=Level G(solving algebraic expression)..ada 70 soalan,kena siapkan dalam masa 25 minute..sebelum start lagi..dia dah cakap kat aku.."confirm saya tak lulus test ni...banyak betul soalan...masa sekejap pulak tu..lagipun..saya tak pandai"..ish geram betol aku dengan budak ni...hehe..masa ni lah aku gunakan kuasa veto aku.."saya tak kira.kamu kena test jugak harini sebab saya tahu kamu boleh buat"..dia pun jawap la test tu di depan aku..tahu apa jadi...dia dapat jawap 66 soalan dengan betul daripada 70 soalan dalam masa 19 minute...sebenarnya dia boleh ..cuma selalu rasa  tak yakin+selalu rasa diri sendiri tak pandai..aku rasa kerajinan dia tu sebenarnya menyelamatkan dia..aku selalu cakap kepada diri sendiri& budak2 ni...tak ramai yg dilahirkan sebagai seorang yg geniuse..jadi kita orang yg biasa2  ni..kena lah jadi rajin..kalau tak,takkan ke mana..

       Sometimes,kena gunakan psychology jugak dengan these kids..hehe..aku terfikir ,mesti seumur hidup dia tak pernah pun dapat hadiah atas kejayaan dalam bidang akademik..sebab dia lulus Kumon's Test dengan cemerlang...aku bagi sekeping kad+coklat cadbury(hehe..hadiah murah je..takkan aku nak bagi kereta sport pulak kot)..tapi di kad tu aku tulis ayat ni..."Cikgu percaya kamu boleh& seorang yg pandai..kalau cikgu percaya,kamu mesti lebih percaya kepada diri sendiri"..simple but meaningful& aku berdoa dia letak la nasihat aku tu dalam hati& kepala..dia memang tak boleh pergi jauh kalau sifat rendah diri menguasai diri....

         Last week,mak dia call & inform,untuk peperiksaan pertengahan tahun dia dapat markah 95% & highest score dalam kelas!!cikgu di sekolah& parents dia pun terkejut sebab markah dia selalunya cukup makan je..kadang-kadang tak lulus..Alhamdullilah ,harap-harap kesedaran dia berterusan sampai bila-bila..bukan setakat PMR je ..harap sampai ke universiti..& yg bagusnya,mak dia cakap..sayang pula nak berhenti KUMON..so,teruskan je lah...hehe..ni bukan bussiness strategy ya:-)..

         Ada 1 lagi story gembira  daripada 1 of my hometuition student.Nama dia Chua Lian Chia (Form 2)..every Saturday aku akan ke rumah dia untuk ajar Sejarah & English...macam mana aku berkenalan dengan budak ni ya?sebenarnya ,nenek dia nama Aunty Soo Ah Choo..patient ESRD(end stage renal disease) yg aku jumpa di wad buah pinggang masa pernah kena admit dulu..walaupun aunty tu dah meninggal tapi aku still keep in touch with her  family sebab every week akan ajar cucu-cucu aunty ni..Chua Lian Chia ni 1 of cucu aunty ni lah...

              Dia ni sangat berbeza dengan Nasrullah..dia seorang yang sangat aktif,cakap banyak,cepat pick up apa yg di ajar cuma sangat malas+suka main-main& tak serius..sangat pemalas,sampaikan nota yg aku bagi setiap minggu,dia cuma akan buka pada hari aku pergi mengajar ..so,dia cuma akan buka nota tu pada hari Sabtu sahaja..hehe..buka je..belum tentu baca...result dia?masa form 1,tak pernah lulus...markah tak pernah lebih daripada 30%..in fact,aku ingat lagi,first test dia..markah 20%& ada 1 soalan dia  jawap ni.."Asal usul nama Melaka daripada nama anjing peliharaan!!"..haha...aku almost give up& suruh mak dia cari cikgu Cina sebab aku memang menghadapi masalah bahasa dengan dia..kadang2 macam ayam bercakap dengan itik..hehe..tapi mak dia cakap.."Its ok..ajar perlahan-lahan.saya memang nak suruh cikgu Melayu yg ajar dia sebab BM dia teruk"..so aku pun teruskan kerja aku macam biasa..walaupun kadang2 rasa tak sedap hati sebab parents dia bayar tapi anak still takde improvement..

                Untuk memudahkan communication,aku belajar juga bahasa cina yg simple2..contohnya,"terima kasih,cikgu,makan,cepat,tak nak,tak payah,minum,cantik,abang,kakak,adik,etc"..hehe..bila dia tengok aku ada inisiatif nak belajar bahasa cina...secara tak langsung influence dia untuk belajar BM & boleh faham Sejarah...aku selalu je panggil dia cikgu dalam bahasa cina & tanya sesetengah perkataan dalam bahasa cina..hehe..seronok la dia bila aku panggil dia cikgu..so,mood dia nak belajar tu sentiasa ada... walaupun selalu main-main& tak serius..

             Dalam ujian Sejarah pertengahan tahun baru-baru ni,dia dapat 42/60..ataupun 70%...mestilah aku terkejut sebab sebelum ni dia tak pernah lulus pun...bila aku tanya ,baca buku tak ?dia boleh jawap macam ni..."Dalam saya tak baca buku pun saya dapat 70%..kalau saya baca mesti saya dapat 100%..saya tak mau  cikgu pengsan sebab terkejut!!"..haha.....sabar je lah..dia ni,aku cakap sepatah,dia jawap 10 patah..perkara biasa ni...

           Aku cuma tumpang gembira bila tengok anak-anak ni berjaya..semua tu atas usaha masing-masing..aku sebagai  orang yg lebih tua ni cuma boleh bagi guideline..& kadang2 leteran...the rest atas diaorang jugak...aku sangat berterima kasih kepada anak-anak ni..sebab they always bring happiness & "sunshine" to my life...:-)

          & believe me ..aku tak perlu jadi seorang Jutawan untuk menjadi happy:-)(hihi..ayat daripada seorang yg tak kaya..haha)

No comments:

Post a Comment