})();

Friday, June 28, 2013

Luahan hati suami kepada patient SLE & I m trying to reply =)

Tersentuh rasa bila baca luahan perasaan suami kepada seorang patient SLE..isteri saya dah berubah..dia cepat marah ..dia cepat stress..anak-anak jadi mangsa kemarahan dia..suka baling-baling barang..nak ajak pergi jumpa Dr psychiatric dia tak nak..patient SLE memang macam ni ke?

Mula-mula nak cakap,rasanya bila kita sakit dugaan tu bukan hanya untuk diri kita tapi secara tak langsung akan memberi kesan kepada orang sekeliling kita terutama keluarga & rakan rakan..

Ni my personal experience ya bila SLE relapse..moody ,pemarah,tak boleh kawal emosi,rasa nak baling barang,sensitif..tak boleh orang cakap apa..semua terasa hati..hehe..ingat masa bulan puasa 2009,masa tu tengah sahur..kan makan prednisolone..selera makan berambah-tambah..aku makan banyak masa masa sahur tu..tetiba adik aku dengan nada bergurau cakaplah,"Banyak nya hang makan .habis 1 periuk!!"..tau apa aku buat?aku baling pinggan ke lantai!!yg lagi best ,aku baling pinggan tapi adik aku yang kena marah dengan Ayah..huhu..sedih bila Ayah cakap kat adik-adik..kakak sakit,apa dia buat ..apa dia kata jangan ambik hati..biar je..sob sob ..hehe..bila aku dah sihat adik aku boleh buat ayat ni,"kak,masa hang sakit dulu ,rasa kalau hang dah kahwin confirm hang kena cerai.teruk sungguh perangai hang"..serius ,bila aku dah sihat aku pun pelik kenapalah teruk sungguh perangai masa tu..betul-betul di luar kawalan padahal aku agak penyabar orangnya..rasanya dalam keaadaan masa tu kecuali Mak ,Ayah takde orang yang boleh bersabar dengan aku..


1 je nak bercakap pada encik yg buat luahan perasaan..BERSABARLAH..rasanya isteri encik pun tak sedar apa yg dia tengah buat tu...bagilah sokongan moral..kalau perlu,bawalah berjumpa kaunselor..cuba untuk menjadi pendengar yang baik..berdoa banyak-banyak..ingat balik segala kebaikan & kelebihan dalam diri isteri anda..mesti ada sebab anda jatuh cinta & berkahwin dengan diri beliau kan?semoga segala kekurangan yang pada isteri anda tidak sedikit pun memudarkan rasa cinta anda pada beliau =)

sebak rasa bila tulis ni,bertuah sungguh isteri anda! =)

1 comment:

  1. dyg pun tak tahu nak komen apa pada encik tu.. sbg pesakit SLE dah 14 tahun, mmg byk beri kesan emosi.. mcm dyg kan akak, bila stress je yg jadi pada dyg ialah menangis atau sakit.. terkejut jugak dyg bc cerita akak tu

    alhamdulillah ssepanjang dyg sakit ni, belum pernah melayang apa2 atau pecah apa2.. hanya air mata yang keluar.. paling teruk pun jadi sakit..mujurlah ada ma abah dan kakak2 jadi pemberi smgt..

    hanya keluarga yg faham kita.. mcm encik tu, dyg harap dia bersabar krn mungkin isteri dia belum dapat menerima lagi penyakit dia dgn redha.. sbb dyg percaya, bila kita redha dgn sakit kita ni, walau apa pun dugaan yg berlaku kat kita bila kita sakit, kita mesti sabar.. sakit ujian allah pada kita dan ramai lagi org sakit teruk drp kita kat luar sana.. mana kita tahu kan kak? mungkin masa dyg duk menaip ni ada rakan2 dyg yang bertarung nyawa melawan penyakit teruk drrp dyg..

    dyg doakan encik kepada isteri yg sakit spt kita tabah dan sabar juga dalam menjalani kehidupan dia sbg suami kps pesakit sle.. insyaallah ...

    btw, betul kata akak.. sakit kita ni bukan dugaan pada kita sahaja, ia juga adalah dugaan untuk keluarga kita...

    ReplyDelete