})();

Wednesday, April 13, 2011

I have a dream..~.SEJUTA IMPIAN~


                Nak share proposal yang aku hantar ke TV3 untuk rancangan Sejuta Impian....hehe..sebab dah comfirm tak dapat, jadi aku boleh share di sini..aku pun ada dream macam orang lain..cuma bila TV3 cakap emel je apa-apa dream yang kita ada ..ni yang terlintas di kepala aku...sebenarnya aku selalu jumpa patients buah pinggang yang susah untuk dapat bantuan kewangan bila ditakdirkan kidney failure...ataupun lambat dapat bantuan....kadang-kadang kesian tengok orang-orang tua& kanak-kanak..cost dialysis pulak bukannya murah.....susah untuk diaorang survive....



KERTAS CADANGAN PROJEK
UNTUK


MENUBUHKAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN UNTUK MEMBANTU PESAKIT DIALISIS BUAH PINGGANG

DISEDIAKAN UNTUK

PROGRAM SEJUTA IMPIAN TV3
MALAYSIA

PENGENALAN DAN RINGKASAN PROJEK
Tujuan utama projek ini ingin dijalankan adalah untuk membantu pesakit yang kurang berkemampuan untuk menjalani rawatan dialisis .Sebagai seorang pesakit walaupun saya belum menjalani rawatan dialisis tetapi saya dapat melihat bagaimana penderitaan golongan pesakit yang menghadapi masalah kegagalan fungsi buah pinggang ini. Kos untuk rawatan haemodialisis (HD ) mencecah sehingga RM 60 hingga RM 70 dengan subsidi dan RM 120 tanpa subsidi. Bagi kebanyakan pesakit,biasanya perlu menjalani rawatan dialisis selama 3 kali seminggu .Sudah tentu kos rawatan untuk sebulan mencecah ribuan ringgit.Bagi pesakit yang berkemampuan,sudah tentu jumlah ini bukan masalah besar bagi mereka.Manakala ,terdapat juga sesetengah pesakit yang merupakan pesara kerajaan ,penjawat awam,mempunyai anak sebagai penjawat awam dan mempunyai caruman SOCSO.Kos untuk golongan pesakit ini juga tiada masalah kerana  ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan.Walaubagaimanapun, bagi golongan yang kurang berkemampuan dan tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak,masalah kos merupakan masalah terbesar.

Di Negara kita ada banyak pusat dialisis ,sama ada di bawah Kementerian Kesihatan(33%),pihak swasta (36%) dan diuruskan oleh badan bukan kerajaan (31%).Walaupun kini semakin banyak NGO menyediakan pusat dialisis untuk golongan yang kurang berkemampuan tetapi ia masih belum mencukupi   untuk menampung kebanjiran pesakit baru yang berjumlah 2700 hingga 3000 setahun.

Pertubuhan yang ingin ditubuhkan ini bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk menjalani rawatan dialisis sebelum mereka mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun mana-mana organisasi lain. Disamping itu, pertubuhan ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai  tentang kepentingan penjagaan kesihatan buah pinggang.Selebihnya pertubuhan ini juga bertujuan untuk memberikan sokongan moral kepada golongan pesakit dialisis. 

PROBLEM STATEMENT
Biasanya apabila didiagnos dengan  kegagalan fungsi buah pinggang pesakit ada 3 pilihan untuk meneruskan kehidupan  iaitu melaui rawatan haemodialisis(HD),CAPD ataupun Renal Transplant.Apabila buah pinggang telah gagal  berfungsi,mesin dialisis ini bertindak untuk meggantikan  fungsi buah pinggang seseorang.Bagi kebanyakan pesakit apabila didiagnos dengan kegagalan fungsi buah pinggang ,mereka memerlukan rawatan dialisis dalam kadar segera untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti koma dan kematian.Walaubagaimanapun,untuk mendapatkan  bantuan daripada mana-mana organisasi biasanya akan mengambil sedikit masa.Kadangkala mencecah sehingga beberapa bulan.Di sinilah pertubuhan yang saya ingin tubuhkan akan bertindak untuk membantu golongan sasaran.

GOLONGAN SASARAN
  • Golongan miskin tegar(pendapatan di bawah RM600) yang memerlukan rawatan dialisis
  • Golongan kanak-kanak yang kurang berkemampuan dan memerlukan rawatan dialisis.
  • Golongan ibu tunggal yang miskin dan memerlukan rawatan dialisis
  •  Golongan warga emas yang miskin dan memerlukan rawatan dialisis




OBJEKTIF PROJEK
  • Pertubuhan yang ingin ditubuhkan ini bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk menjalani rawatan dialisis sebelum mereka mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun mana-mana organisasi lain.
  • Disamping itu, pertubuhan ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai  tentang kepentingan penjagaan kesihatan buah pinggang.
  • Selebihnya pertubuhan ini juga bertujuan untuk memberikan sokongan moral kepada golongan pesakit dialisis. 
  • Pertubuhan ini ditubuhkan untuk  membantu meringankan kos rawatan dialisis bagi seberapa ramai pesakit yang mungkin dengan jumlah wang RM 1 juta.

CARA PROJEK DIJALANKAN
·       Pertubuhan ini akan mempunyai kerjasama yang baik dengan hospital dan pusat dialisis di kawasan setempat.
·       Pihak hospital dapat mencadangkan nama pesakit yang memerlukna bantuan.
·       Pesakit perlu mengisi boring laporan kesihatan dan perlu disahkan oleh Pakar Nefrologi daripada Hospital Kerajaan.
·       Pesakit perlu mengisi borang laporan pendapatan dan perlu disahkan oleh majikan/Pegawai Gred A/Ketua Kampung /Penghulu/JKKK
·       Pihak pertubuhan akan cuba untuk memproses borang pemohonan dalam kadar segera(dalam tempoh 3 hingga 7 hari).
·       Pesakit akan diberikan bantuan untuk rawatan dialisis maksimum selama 3 hingga 4 bulan  sebelum pesakit mendapat bantuan daripada pihak-pihak bertanggungjawab.
·       Kos untuk rawatan dialisis akan disalurkan terus kepada pusat dialisis.
·       Pihak pertubuhan akan membantu  para pesakit ini untuk  mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat,NGO dan sebagainya dalam tempoh 3 hingga 4 bulan.
·       Pesakit yang mendapat bantuan daripada pertubuhan perlu mendaftar untuk menjadi sukarelawan untuk memberi sokongan moral kepada pesakit lain dan juga memberi kesedaran kepada orang ramai.
·       Pelbagai aktiviti akan dijalankan oleh sukarelawan & orang ramai  supaya mereka sentiasa positif dalam menghadapi  proses rawatan .

ANGGARAN BAJET
·         Pertubuhan akan memberikan bantuan maksimum sebanyak RM1500 sebulan untuk seorang pesakit yang memerlukan rawatan dialisis.
·         Jumlah pesakit yang mungkin dapat dibantu dengan RM 1 juta ,dalam anggaran 1500 hingga 2000 pesakit.




MASALAH MUNGKIN DIHADAPI
·       Pesakit mungkin menipu jumlah pendapatan dan laporan kesihatan.
·       Jumlah wang tidak mencukupi untuk membantu pesakit untuk tempoh ynag lama.

CARA MENGATASI
·       Pihak pertubuhan akan menjalankan siasatan terperinci mengenai laporan kesihatan dan status kewangan pemohon.
·       Pihak pertubuhan akan menjalinkan hubungan yang baik dengan hospital,NGO dan Yayasan di kawasan setempat.
·       Pertubuhan akan menolong para pesakit ini untuk mendapat bantuan daripada organisasi-organisasi lain dalam kadar segera.

PENUTUP
Melalui rancangan Sejuta Impian, saya berharap untuk  membantu pesakit yang menjalani rawatan dialisis dan terdiri daripada golongan kurang berkemampuan.Semoga rancangan seperti ini dapat membantu meringankan beban golongan pesakit dan supaya mereka sentiasa tabah dalam menghadapi kehidupan. 

 Hehe..tak regret tak dapat..at least I m trying for my own community:-)










No comments:

Post a Comment