})();

Sunday, December 15, 2013

Reminder ..

Erm..tadi ada someone ni pm & tanya pasal kawan dia yang sakit SLE ..kawan dia asalnya Lupus Nefritis (SLE attack buah pinggang )..tapi sekarang dah serang otak..dapat darah tinggi & diabetes..asyik keluar masuk hospital ..ni bukan nak burukkan sesiapa sebab kita tahu apa yg jadi tu takdir Allah tapi nak share sebagai reminder untuk diri sendiri & kawan2 yg lain jugak...semoga pesakit tersebut akan makin sihat ..In Shaa allah

1)Pesakit tak makan ubat betul-betul untuk control SLE..makan ubat on & off..SLE tak boleh sembuh TAPI boleh di CONTROL..apabila pesakit makan ubat on time In Shaa Allah kebanyakannya (ada jugak yg tak OK ) SLE jadi makin stabil..contoh untuk Lupus Nefritis bila SLE stabil keradangan pada buah pinggang berkurang & fungsi buah pinggang akan jadi macam orang normal..bila semuanya normal pesakit akan rasa makin sihat & dapat hidup macam orang lain jugak..

2)Pesakit ambik produk luar..~sigh~erm..banyak kali dah cakap pasal isu ni..selepas consume produk XXXX daripada company xxx yg claim boleh control SLE ..SLE patient tadi jadi sangat aktif & serang otak..rasanya Dr pun selalu remind patient pasal isu ni kan..."UNSURE CONTENT IN UNSURE PRODUCT WILL CAUSE YOUR SLE & KIDNEY GETTING WORSE"....

3)Pesakit tak jaga makan ..hehe..Dr selalu pesan takde pantang..U boleh makan apa saja tapi ikut piramid makanan..macam ni lah,makan la apa pun..tapi beringat.."aku ni pesakit".sekali sekala nak makan besar tu Ok tapi lepas tu bawak2 la insaf..huhu..apabila buah pinggang tak berfungsi dgn baik,sodium yg kita makan tu akan masuk balik dalam darah & sebabkan darah tinggi..so,kurangkan garam ,gula & lemak dlm makanan..(big highlight utk diri sendiri..hehe)

Kita hanya mampu berusaha..Allah jua yg menentukan..Semoga kita semua akan setiasa sihat,happy & positive  

No comments:

Post a Comment