})();

Saturday, October 26, 2013

Ayah,u are my INSPIRATION!!



Ayah aku orangnya jarang menunjukkan emosi..kaki aku bengkak sampai 20kg,muka aku macam bulan purnama sampai orang tak kenal dengan 13 biji Prednisolone....aku chemo 6 kali...kesan ubat chemo =rambut aku makin sedikit dari hari ke sehari ..tak lalu makan..muntah berhari-hari..kesan emosi pulak,aku dah jadi minah psycho yang suka mengamuk,moody & ada hobi baru =asal tak puas hati je baling barang..huhu

Semua tu cerita 2009...ayah aku RELAX & sabar je..tak pernah cakap apa..sedih ke apa ke..tak pernah cakap.cuma dia cakap,ikut cakap Dr.oh ada lagi 1 cerita sadis...aku pernah pergi interview kat KL naik bas...sampai KL tak boleh jalan kaki cramp & kaki bengkak sangat pada masa tu..Ayah aku drive dari Kedah-KL-Kedah dalam masa 24 jam,pi ambik aku & bawak balik pergi hospital(masa tu tak didiagnosed SLE lagi tapi simptoms dah ada)..tak sempat pi interview pun..ahaks kalau sempat interview entah2 aku dah jadi Engineer kat salah sebuah syarikat komunikasi terbesar di Malaysia ..hehe..positive..apa yg Allah dah atur tu yg terbaik..

Harini,26 October 2013..masa SLE gathering..Ayah aku yang tak pernah luahkan emosi tu ,tiba-tiba boleh share apa yang dia rasa dengan rakan-rakan SLE & the family members..maybe tu adalah rasa hati dia sepanjang hampir 5 tahun didiagnosed SLE..air mata Ayah bergenang ,air mata aku bergenang..sampai aku tengah tulis ni pun air mata aku still menitis..sumpah,aku terharu & tersentuh!!Banyak rupanya yang Ayah pendam & simpan dalam hati...

Ya...sepanjang aku selalu check in di Hospital..apa yang aku nampak...kalau sakit..ada kes suami ditinggalkan isteri...bila sakit ,ada kes isteri ditinggalkan suami...bila sakit,ada kes ibu bapa ditinggalkan oleh anak-anak..tapi 1 kes yang aku TAK pernah jumpa..apabila sakit,ibu bapa tinggalkan anak...PASTI..Ibu Bapa takkan biarkan anak-anak tanggung segala kesakitan tu seorang diri..yup,kalau anda nampak aku kuat & tabah..aku kuat & tabah sebab aku ada Mak & Ayah yg sentiasa ada di belakang aku.Alhamdullilah.semoga aku & mereka dikurniakan kesihatan yg terbaik .Amin.

No comments:

Post a Comment