})();

Sunday, September 8, 2013

Edisi Cermin Diri: Realiti vs Fantasi Jodoh






Ehem...lama jugak  fikir nak tulis entry pasal ni..terfikir sesuai ke tak nak tuis isu macam ni kat blog..pernah share benda yang sama di FB SLE Support Group...dapat 50++ likes..& berpuluh komen..terfikir nak share some of the comments tapi macam tak proper pulak..so,kalau ada kawan-kawan yang ada pendapat boleh tinggalkan kat ruang komen kat bawah ni.thank U.xoxo =)

Isunya macam ni,rasanya ni maybe krisis antara saya & diri sendiri..kemungkinan ada jugak rakan-rakan yang rasa benda yang sama juga..terutamanya rakan rakan pesakit SLE yang masih single mingle..selepas saya didiagnos sakit SLE,sejujurnya saya jadi sangat positive & kuat..lebih kuat daripada sebelum ni..tak tahulah dari mana datang kekuatan tu...kemungkinan sakit tu sendiri dapat menguatkan jiwa tanpa kita sedari..semestinya dengan izin Allah jua..

Tapi ada 1 isu yang saya jadi sangat NEGATIVE..kalau boleh dikira...rasanya dah -100 ni..huhu..pasal jodoh,pasal perasaan ,pasal cinta...dah jadi kebiasaan ,kalau saya baru je nak suka kat orang pun ..tak start apa apa pun lagi ni..saya terus cantas perasaan tu...saya selalu cakap pada diri sendiri "Sedar diri liza,rupa dah la tak seberapa..sakit pulak..jangan bagi harapan pada diri sendiri..be realistic & cermin diri"..

Persoalan ni la saya tanya di SLE Support Group,tak sangka rupanya ramai jugak rakan -rakan SLE yang mempunyai perasaan yang sama..rasa rendah diri & rasa macam susah je nak bahagia macam orang lain...tapi ramai jugak yang dapat bertemu dengan pasangan yang memahami..dapat anak-anak yang comel..hidup bahagia je macam orang yang tak sakit..ramai jugak yang cakap,jangan putus asa untuk berdoa & kita tak tahu apa yang Allah dah atur untuk kita...Jodoh tu kan rahsia Allah...Dia tahu apa yang terbaik untuk kita..semestinya..

Bagi saya pulak,jadi POSITIVE dalam kerja ,melawan penyakit,etc tu tak de masalah sebab ianya melibatkan diri kita sendiri..TAPI kalau pasal JODOH ni melibatkan HATI ORANG..hati orang ni kita sukar nak jangka...sedangkan pasir pun berubah..inikan pulak hati orang ye tak..

Edisi Fantasi -Semestinya semua orang nak hidup berpasang -pasangan ..bila sakit ada orang jaga.hidup happily ever after gitu..

Edisisi Realiti-Sedih nak tulis sebenarnya..SLE ni unpredictable...harini dia OK ..esok dia mungkin tak OK...kalau orang tu jumpa kita masa kita sihat..risau jugak kalau dia tak boleh terima kita masa kita sakit..ok kalau orang tu boleh terima kita family dia macam mana pulak?kalau dah kahwin pulak(walaupun 80% pesakit SLE yang aku jumpa dapat mengandung)..tapi macam mana pulak kalau kita tergolong dalam 20% tu?huhu..touching lagi lepas beberapa tahun kahwin ,husband pulak mintak nak kahwin lagi 1 sebab tak dapat zuriat..elok elok hidup happy aman damai ..jadi STRESS pulak..bila stress SLE pun relapse..hehe..nampak tak betapa negativenya reality saya..ni dah sampai -1000 ni..

Kesimpulannya ,kena banyak -banyak berdoa..tu je azimat paling penting..doakan supaya dikurniakan yang terbaik..kebetulan,Semanis Kurma episod 29.8 .13 haritu ada tajuk Jodoh Untuk ku..adalah a few tips yang ustaz & ustazah bagi untuk dapat jodoh yang baik-baik.. 

1. Banyakkan istighfar 2. Banyakkan Ibadat juga solat hajat 3. Tawakkal kepada Allah 4. Berpuasa hari lahir, sebab hari kita suci bersih baru dilahirkan, ambil berkat 5. Buang ego sombong nak yang perfect, amik asasnya kita mahu yang beragama 6. Restu dari parents 7. Mendoakan untuk datangnya jodoh
Doa untuk jodoh: At-taubah 129- supaya jodoh berpanjangan Qasas 24 - supaya hajat diperkenankan Anbiya 89 - supaya jodoh diringankan
Yang ni pulak link untuk tonton Semanis Kurma tu =)
https://www.youtube.com/watch?v=ZO02W9oCCdY


Uish ..panjang jugak ni..apalah aku merapu ni..supaya kita semua mendapat manfaat .In Shaa Allah..

Nota kaki :
1)To some one from my past,berjumpa dengan anda adalah mimpi ngeri..bila menyayangi dengan sepenuh hati tapi di tipu,walaupun dah 7 tahun..luka tu dah hilang tapi parut tu masih ada..yang bagusnya ,that "bad memory" menjadikan saya lebih kuat & lebih berhati hati..in fact..terlalu berhati-hati.anyway,Thank U =)
2)To Mr X,maybe anda tahu siapa anda..maybe tak..YA ,saya suka anda..hehe..suka hati lah kan saya nak suka siapa..tu hak saya kot..anda relax sudah..dont create awkward situation among us..tapi anda tak payah risau tak payah gusar sebab saya sedar diri siapa saya..realiti & fantasi tu terlalu sukar untuk disatukan.I m a realistic person walaupun pedih jugak nak jadi realistic ni...hehe..peace !!

5 comments:

  1. jgn stress..laluilah hidup ini dgn ceriaaa. .!!hihi..bila brkaitan soal jodoh, awl2 lg saya dh bitau ttg SLE ni..xnk nti dia sesal kemudian hari..dan saya xkisah pun lau dia nk undur dri..fhm dah n dh ready pun.tpi tiap hari xpernah bhnti berdoa smg ditemukan dgn jodoh y soleh n boleh terima dri ini seadanya...saya bpgg jodoh ni sama jer dgn kematian..kematian cepat atau lmbt pasti dtg..n jodoh pula, tidak d dunia. .insyaAllah di akhirat menanti..dgn syarat jdilah hmba Allah y bertaqwa..^_^sama3 kita usaha dan doakan yea kak..hugs♥♥♥

    ReplyDelete
  2. Heheh...datin .. best lah topic nie.. relax ja la datin.. org yg sihat sempurna pun fikir benda yg sama gak...layak kah diri ni... sebab apa kita fikir camtu sebab the right person blm tiba kat depan pintu hati nk ketuk... tapi jika dh the right person tu dh smp... sakit ke, gemuk ke, tak lawa ke... semua akan jadi cantik dan terus jatuh cinta pada waktunya... kita tunggu la sesama... =) single is the best at this moment!

    ReplyDelete
  3. Exactly Nasul...hehe..just enjoy our present life ye dak..pada masa yg saya kita improve diri untuk jadi lebih baik.gitu ..=)

    ReplyDelete
  4. ayu igt, ayu sorg je rasa mcm ni...rupanya ramai. rasa rendah diri! sgt2. w/pn dh ada BF tp tah la, slalu rasa insecure, rasa dia nk cari org lain & benda2 mcm ni jd punca gaduh. adoiyai nya pon. dh mcm blog kongsi kisah cinta! ahaks~

    yuyurashidi.blogspot.com

    ReplyDelete