18 February 2013
genap 3 tahun lps aku habiskan 6 kali Cyclophosphamide
Chemotheraphy..hehe..yup,aku ingat tarikh ni sebab berakhirlah segala pengalaman pahit yg pernah di lalui seumur
hidup..ala,sebenarnya bkn apa pun just drip 1 botol ubat & 3 botol air je
pun..TAPI bagi aku side effect dia tu
memang tak tahan ..eh jangan takut pulak..kot nanti ada patient yg bila dengar aku
cakap mcm ni tak mau chemo lak ..hehe..lain orang lain side effectnya ..ada 1
mak cik tu ,umur 45 & chemo sekali dengan aku..dia relax je..side effect
pun tak seteruk aku..aku punyalah teruk muntah & xde selera makan..pastu 24
jam bad mood je..hehe..
Ada yg tanya apa rasa chemo tu?sakit
tak?hehe..kenapa tanya?nak try ke?..mula2 sekali a few days before cyclo
chemo,patient kena pegi hospital untuk ambik darah,urine..kalau darah urine Ok,tak
sakit,tak demam,etc …boleh la teruskan utk masukkan ubat cyclophosphamide tu…hari
yg kena cyclo chemo..biasanya aku pergi
hospital awal ..dalam pukul 8 pagi dah sampai sana dah..bila nurse tgk semua
darah ok,baru start masukkan ubat cyclo tu..biasanya melalui IV(Intravenous) ..rujuk gambar di bawah ..
masalah aku biasanya nurse susah betul nak cari urat kat tangan tu..huhu |
Ni lah hasilnya sebelum di masukkan ubat |
hehe..saat paling stress..tunggu ubat habis |
Biasanya dose ubat cyclophosphamide ni ikut berat & tinggi patient...macam aku masa 1st chemo tu dose ubat cuma 1.0 gram sebabnya kidney tak berapa OK..untuk chemo yg ke2 Dr naikkan ke 1.2 gram...untuk chemo ke 3 sampai ke 6,dosenya =1.4 gram..1.4 gram tu la dose yg sepatutnya untuk berat & tinggi aku..
Part yg paling stress bagi aku & nurses adalah masukkan branula tu..hehe..nak buat macam mana tangan gebu sampai urat pun susah nak nampak..kot ada yg confuse apa tu branula (sila rujuk gambar di bawah)
Branula |
Sebenarnya Cyclophosphamide Chemotheraphy ni takde apa pun yang MENGGERUNKAN ...cuma set up apparatus macam kat atas tu & tunggu je lah ubat tu habis...kebiasaanya 1 botol ubat + 2/3 botol air..nak tunggu ubat tu habis biasanya ambil masa dalam 4 ataupun 5 jam..aku tak sure di hospital lain tapi di Hospital Sultanah Bahiyah ,patients tak perlu masuk wad..lepas ubat habis ,kalau takde masalah ,boleh balik rumah terus....
Hehe..ni pengalaman aku la...masa tengah chemo jugak ..paling stress bila tengok ubat chemo patients yang kat sebelah menitis laju tapi ubat chemo kita menitis macam siput tua..hihi..sebabnya ,lagi lambat ubat tu menitis..maknanya lagi lambat ubat tu habis..maknanya lagi lambat la aku balik.huhu..stress oh nak tunggu ubat tu habis berjam-jam...
Ada orang pernah tanya apa rasa ya masa tengah drip ubat chemo tu?huhu..ni apa yang aku rasa ya..aku tak tahu apa yang orang lain rasa....TAPI masa tengah drip ubat tu aku rasa macam "naik feri nak pi Langkawi dalam pukul 6 petang..masa laut bergelora & feri di pukul ombak tu..hehe..rasa pening dan nak termuntah..kalau buka mulut nak bercakap confirm akan temuntah.so the best solution,pejam je mata walaupun tak tidur"...so,not bad la kan? ;-)
Sepanjang 6 kali chemo ,my first chemo je ayah aku temankan..untuk 2nd sampai 6th chemo aku drive sendiri pergi & pulang..bukan nak tunjuk kuat tapi ada sebabnya...masa 1st chemo tu aku rasa stress pulak bila ayah aku pun kena tunggu ubat tu habis ..sampai 4,5 jam...kebiasaannya lepas chemo ,emosi aku memang tak stabil & keletihan yang melampau pulak tu..tak pasal2 ayah aku kena marah pulak bila dia tanya.."nak makan ke?"..huhu..haruslah kena marah sebab aku nak termuntah & orang tanya nak makan ke tak..kesian ayah aku..bila fikir balik,otak aku memang tak berapa betul sikit masa tu..hehe..mujurlah ayah aku faham..
Sebab tu lah untuk 2nd sampai 6th chemo aku drive sendiri(tak boleh tau buat macam ni )..sebabnya sekali dengan ubat chemo biasanya nurse akan masukkan juga ubat tahan muntah..ubat tahan muntah tu boleh sebabkan mengantuk..tapi badan aku pelik sikit ..ubat tahan muntah tu buat aku makin bertambah nak muntah & tak rasa mengantuk ...biasanya bila sampai je rumah..aku terus masuk dalam bilik & tidur...makan pun tak de selera..kalau makan pun mesti akan muntah balik..biasanya keadaan muntah & takde selera makan ni berlarutan selama 2 minggu...lepas 2 minggu badan akan jadi ok lah sikit tapi masa tu dah nak kena prepare untuk next chemo pulak..(aku chemo sebulan sekali)...tapi depends jugak pada patients punya current health condition ..ada gak patients yg kena chemo 2 minggu sekali...& ada jugak patients yg kena chemo sampai 15 kali..sepatutnya gap antara 1 chemo dgn next chemo tak boleh lebih daripada yg sepatutnya..cthnya macam aku,sebab Dr dah plan chemo sebulan sekali..so ,antara chemo 1st & chemo 2nd tu tak boleh lebih daripada sebulan..Dr risau ubat chemo akan jadi kurang berkesan..hehe...aku ada jugak tak ikut jadual sebab demam ,batuk,naik gelembung air dekat kulit,pneumonia,etc..nak buat macam mana..bukan kita minta nak jadi sakit kan..hehe :-)
Lepas 6 kali cyclo chemo..aku risau jugak bila Dr cakap kalau darah & urine tak "cantik " Dr akan tambah lagi 3 kali chemo..grr ..stress kot..result 24 hours urine protein aku masa tu tak la cantik sangat..dalam 1.97gram /day..sepatutnya Dr nak less than 1.00 gram..jauh tu..huhu..tapi mujur lah,bila tengok result darah macam OK ..Dr cakap oklah..kita stop sampai 6 kali dulu...yahooo!!!huh..lega..berakhirlah penantian pada 18 February 2010..lps tu Dr sambung dengan ubat Azathioprine..fungsi lebih kurang ubat chemo cuma versi makan..sampai sekarang aku still makan Azathioprine(2biji=100mg)..Alhamdullilah protein dalam urine makin berkurang & sekarang dah jadi negative..fungsi buah pinggang pun makin OK..
Biasanya patients Lupus Nephritis Class 3,4 ,5 akan kena chemo ni..sebabnya?ni adalah jenis Lupus Nephritis yang aktif..Lupus Nephritis yang aktif boleh sebabkan buah pinggang rosak & patients kena dialisis (class 6) ...so,chemo ni untuk jadikan SLE kurang aktif & elakkan daripada komplikasi SLE yg lain..huhu..aku pernah je masa tengah chemo tu ..tetiba rasa nak cabut je wayar...tapi bila fikir balik...apalah sangat 6 kali chemo ni jika nak di bandingkan dengan kena dialisis seumur hidup...walaupun takde jaminan tapi ni adalah salah 1 usaha...selebihnya tawakal & berdoa..
Nasihat aku,buat patients yg masih keliru nak chemo ke tak...bagi aku BUATLAH...setakat ni kebanyakan patients yg aku jumpa (termasuk lah ada 1 mak cik ni , masa chemo sekali dengan aku umur dia 45 tahun) jadi semakin sihat..Alhamdullilah selepas 3 tahun chemo,my SLE dalam keadaan terkawal..yup..aku tak tahu sampai bila keadaan ni berterusan...tapi aku just enjoy my present life..hargai orang yg sentiasa ada dengan aku masa susah dan senanng..& orang2 yg banyak membantu aku..the future?di luar bidang kuasa kita kan..hanya Allah yang maha mengetahui....
Thank u very much Dr Ching Chen Hua,Dr Leong Chong Men,SN Syahyawani ,SN Rahimi,Dr Syed,Dr Lam Swee Win dan ramai lagi insan2 mulia yang sangat banyak membantu diri ni..I m very blessed because once my journey of life...I meet with such a GREAT persons like all of U :-)
With Dr Leong Chong Men,kak Wani & kak Rahimi |
With Dr Ching Chen Hua |
With Dr Leong Chong Men |