})();

Wednesday, May 16, 2012

TERIMA KASIH MAK...atas segala-galanya...



Aku  tinggal di hostel sejak umur  13 tahun sehinggalah aku berumur 25 tahun …dari zaman sekolah  sehingg ke university…berpindah randah dari  negeri Kelantan ,Perlis &  Selangor…boleh dikatakan aku  belajar  menjadi dewasa  bersama  rakan-rakan…Memang  tak dapat dinafikan hubungan dengan keluarga terutamanya Mak masih rapat walaupun jarak memisahkan  ..Sebab telefon lah yang menjadi penghubung kasih sayang…Walaubagaimanapun,masih terasa ada jarak sebab Mak tiada didepan mata…walaupun  aku tahun Mak sayangkan aku tapi masih ada jarak..Sama macam anak-anak yang lain,bila balik bercuti Mak akan masakkan  makanan sedap-sedap dan pada  masa yang singkat tu la dapat ambil berkesempatan nak bermanja sikit…Aku tahu kasih sayang Mak pada aku sama macam kasih sayang ibu-ibu lain di dunia ni tapi selepas aku didiagnose dengan SLE,aku tahu Mak bukanlah hanya ibu biasa…Mak adalah SUPERMAK di hati aku….


Semasa  didiagnose dengan SLE pada 15 June  2009,sama macam pesakit-pesakit lain,aku pun  rasa sangat-sangat  down…rasa  bagaikan  dunia ni dah jadi gelap gelita..tiada cahaya walaupun sedikit…aku tahu aku sedih,tetapi pada masa tu aku Cuma memikirkan perasaan aku sahaja……aku lupa,bagaimana pula  perasaan Mak yang telah melahir dan membesarkan aku..semestinya hati Mak juga hancur luluh…banyak harapan dan impian Mak juga yang terpaksa dikuburkan apabila aku didiagnose sakit kronik…kami masaing-masing memendam perasaan…aku tak pernah menangis di depan  Mak …sama jugak,Mak tidak pernah menangis di depan aku …sebabnya Cuma satu,kami taknak jadi lemah apabila melihat air mata masing-masing….


Aku pula berubah 360 darjah semasa awal-awal didiagnose dengan sakit ni..daripada seorang yang ceria dan positive aku berubah menjadi seorang yang  murung,sentiasa berfikiran negative,pemarah,sensitive,suka  mengamuk  &segala macam perangai yang buruk pun muncul….adik-adik aku memang sudah tak dapat menahan sabar  dengan perangai aku yang sentiasa  berubah-ubah..asyik bad mood saja…tapi Mak dan Ayah akulah yang sentiasa menyabarkan mereka,”Kakak sakit,jangan ambil hati  dengan apa yang dia cakap,apa yang dia buat”..sememangnya Mak akulah insan yang paling penyabar  menghadap kerenah aku yang bagaikan orang tak waras tu..huhu..adik aku pernah buat statement ni,kalau masa tu aku dah kahwin rasanya aku dah kena cerai sebab takde orang pun yang tahan dengan perangai aku selain Mak & Ayah aku..bila fikir balik,logic jugak statement tu….dalam condition macam tu ,takkan ada orang yang sanggup berada & bersabar  dengan aku melainkan Mak & Ayah…


Kalau ikutkan hukum alam ,secara logiknya anak la yang akan jaga ibu bila sakit…tapi dalam keadaan aku,situasinya  berbeza…Mak aku lah yang jaga aku semasa aku sakit …semasa terlantar di katil hospital siapa lagi yang sanggup jaga aku kalau bukan Mak…semasa kaki aku bengkak sampai bernanah ,siapa lagi yang sanggup buang nanah tu kalau bukan Mak…semasa  aku menjalani chemotheraphy,aku memang akan pergi  dan balik sendiri  sebab aku tak nak orang lain nampak apa yang aku lalui terutamanya Mak…Mak la orang yang paling susah hati bila aku asyik muntah & takde selera makan selepas chemo...sampai sekarang,Mak dah jadi macam”jururawat peribadi ” aku..walaupun Mak  tahu aku tak pernah culas makan ubat tapi dia tetap akan bertanya..”Makan ubat dah?”….teringat masa awal sakit,Mak ada buat peraturan “DO & DON’T” apa yang aku boleh /tak boleh makan/buat…contohnya ,masa awal sakit memang BP aku sangat tinggi & susah nak dikawal..Mak buat peraturan NO DAGING,NO MI KUNING,etc…so,kalau buat sup daging untuk 1 family,Mak akan buat singgang ikan untuk aku ..kalau buat Mi Kuah ,Mak akan buat bihun kuah untuk aku….hehe..aku pulak,masa di  depan semua orang ,aku berlakon la makan  Singgang ikan tu..tapi bila semua orang masuk tidur,aku curi-curi makan Sup daging tu..betul macam budak-budak ..apa yang orang larang yang tu la yang aku teringin nak makan..hehe…Mak tak pernah tahu semua ni,kira macam pengakuan ikhlas aku ni..walaupun Mak tak baca ni.. sekarang ,walaupun dah sihat sikit,bila Mak tengok aku makan “di luar peraturan ” dia still tegur…contohnya,KFC,Cuma boleh makan 1 bulan sekali je ..tapi kalau aku makan tiap-tiap minggu dia akan tegur..”Kerap sangat makan KFC ni”...so,sendiri mau ingatlah kan..



Alhamdullilah,sekarang SLE aku under control…aku sendiri pun tak tahu sampai bila keadaan ni akan berterusan…aku Cuma doakan yang baik-baik saja…berkat doa semua orang terutamanya Mak  aku dapat  kembali menjalani hidup macam orang biasa ..liza yang ceria dan positive is BACK!! walaupun bergantung dengan ubat-ubatan..aku redha..buat masa sekarang aku Cuma nak menghabiskan masa aku dengan Mak…sebelum tidur,tengok muka Mak,bangun tidur tengok muka Mak,sebelum pergi kerja tengok muka Mak,balik kerja  pun tengok muka Mak…sedih bila  Mak cakap macam ni“Mak Cuma nak tengok hang sihat balik saja,yang lain tu nanti dulu ”…sebenarnya Maklah sumber kekuatan aku bangkit semula pada  hari ni..siapalah aku tanpa doa Mak…aku memang tak boleh berikan Mak emas permata tapi  Insya Allah aku akan bagi kasih sayang untuk Mak hingga hujung nyawa…TERIMA KASIH MAK…atas segala-gala nya…………………