})();

Monday, August 21, 2023

Cerita Klinik O&G

 Harini ada follow up Klinik O&G ,selalunya setahun sekali je klinik ni tapi sejak ambil ubat Sunolut sebelum & semasa pergi umrah haritu ,kacau bilau jugak hormon ,jadinya follow up  klinik O&G pun daripada setahun sekali ,dah jadi 4 bulan sekali .Alhamdulilah,masalah tu dah settle cumanya  rasa nak share jugak info yang pakar O&G share tadi .


Jadi wanita ni macam2 hal kan - hormon terlebih tak boleh ,hormon terkurang tak boleh ,tak period langsung tak boleh ,period terlebih pun tak boleh .Sebab tu ada sebab wanita ni dinamakan makhluk yang complicated ,kadang2 dia sendiri pun tak faham diri dia sendiri .Mohler kita salahkan hormon 😂  .


Harini nak share pasal wanita yang belum sampai fasa menopause tapi tak mengalami period.Secara umum,kalau aku ajar Sains Tingkatan 1 Bab 3 tajuk Pembiakan ,period /haid ni terjadi apabila dinding rahim menebal ,apabila tidak berlaku persenyawaan ,dinding rahim tu akan gugur sebagai darah haid .


Ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan seseorang wanita tak mengalami haid 1)Kurang hormon progesterone & estrogen  .Hormon progesterone & estrogen  ni hormon wanita yang semulajadi ada dalam badan wanita .Kurang hormon ,kurang haid /tak haid 2 ) Dinding rahim nipis .Haid terjadi bila dinding rahim tebal & jatuh .Kalau dinding nipis ,takde dinding untuk dijatuhkan 3 )Dinding rahim tebal & tak jatuh .


Bahaya apabila dinding rahim tebal & tidak luruh kerana boleh menyebabkan kanser rahim /kanser dinding rahim .Jadinya jangan ambil mudah apabila tak datang haid dalam tempoh lebih daripada 3 bulan .Berjumpalah dengan Dr untuk konsultasi .Kalau perlu makan ubat /pil hormon ,makan je .


Tadi masa tengah tunggu nak jumpa Dr ,terjumpa dengan sorang pesakit kanser ovari .Umur 33 & dia baru selesai chemo & dia share macam mana dia dapat tahu dia ada kanser ovari .Simptoms dia sakit perut sangat2 ,dia pergi Emergency & selepas buat ultrasound ,ada 15cm cysts & dia buat operation.Semasa operation Dr detect ada something wrong dengan ovari dia .Selepas diperiksa ,dia ada kanser ovari tahap 1 .Ovari ni kilang telur untuk wanita & seorang wanita ada 2 ovari .


Selepas tu dia buat operation pulak untuk buang 1 ovari & teruskan dengan chemo .Dia kira bernasib baik sebab kebetulan dapat detect kanser semasa operation buang cysts & kanser tu berada pada tahap 1 .In shaa Allah dapat sembuh & masih boleh ada anak sebab masih ada 1 ovari .Tapi bagusnya dia nampak sangat positive ,tak nampak macam pesakit .Aku suka jumpa pesakit2 yang nampak sihat & positive macam ni sebab diri sendiri pun ada up & down .Sekali sekala perlu jugak serap aura positif daripada pesakit lain 😁

Tuesday, August 8, 2023

Bebel Renal Biopsy

 Malam ni rasa nak tulis awareness pasal Renal Biopsy atau dalam BM nya pengambilan sample  isi buah pinggang sebab nya sejak kebelakangan ni ramai pulak yang takut nak buat ..haish siapalah yang sebarkan mitos Renal Biopsy boleh sebabkan lumpuh sampai pesakit takut nak buat procedure ni ...


Untuk pesakit SLE Lupus Nephritis (SLE serang buah pinggang ) ,Renal Biopsy ni common sebenarnya .Kalau tak buat ,Dr tak tahu sejauh mana keradangan pada buah pinggang ,apabila tak tahu tahap keradangan  ,Dr tak boleh buat keputusan yg tepat untuk bagi  ubat /rawatan yg bersesuaian  .Apabila semakin lama tangguh rawatan ,semakin aggresif SLE  menyerang buah pinggang ..semakin aggresif SLE serang buah pinggang ,semakin cepat buah pinggang 100% rosak & kena dialisis..ada sebab ya bila Dr cadangkan sesuatu tu ..ya Dr tak boleh paksa kita untuk buat sebarang procedure kalau kita tak nak tapi Dr tu ada ilmu dalam bidang yang dia belajar ,kalau kita tak nak ikut cakap dia,dia tak rugi apa2 pun .Supplements mahal2 yang penjual produk jual tak teragak2 pulak nak ambik...


Saya buat Renal Biopsy pada 25 Jun  2009 ,rasanya procedure dia tak banyak berubah pun kot ..Kena masuk wad sehari sebelum procedure sebab Dr nak monitor darah ,blood pressure etc .Esoknya pagi2 dah ditolak ke bilik procedure .Semasa buat tu pesakit dalam keadaan sedar sebab dibius pada bahagian yang perlu dibiopsi .Pesakit berada dalam keadaan meniarap semasa sample buah pinggang diambil .Sekejap je procedurenya ,lebih kurang 30 minit dah siap .Biasanya kalau takde pendarahan ,esoknya dah boleh balik .Pada masa tu ,sebulan jugak baru dapat result sebab  sample tu di  hantar ke KL ke Penang entah .


Daripada result biopsy tu lah saya tahu Lupus Nephritis Class IV ...class IV ni SLE nya sangat aggresif sebab tu Dr plan untuk cyclophoshamide chemotherapy secepat mungkin ..Cuba bayangkan kalau pada masa tu saya melengah2kan biopsy ,mesti saya terpaksa lengahkan cyclo chemo jugak sedangkan Alhamdulilah ubat tu berkesan dengan saya walaupun separuh rambutku pergi 😅 .

Wednesday, June 14, 2023

15 Jun 2023

 15 Jun 2009-15 Jun 2023 ,genaplah 14 tahun aku didiagnos sebagai pesakit SLE .Tarikh yang akan selalu diingati sebab tarikh ni lah "turning point" terbesar  dalam hidup aku .Perubahan terbesar dalam hidup ,daripada seorang yang sihat ,tiba2 didiagnos sebagai seorang pesakit kronik .Setiap tahun pada 15 Jun mesti aku akan buat special post kat FB  sebagai ingatan & kesyukuran Alhamdulilah selepas 14 tahun aku masih bernafas.Kalau tengok keadaan kesihatan aku 14 tahun lepas ,satu keajaiban sebenarnya aku masih ada  di sini .Alhamdulilah .


Dr Ching memang ada dengan aku dari awal dididiagnos sampai sekarang .Punyalah lama tempoh 14 tahun tu sampai Dr Ching pun dah dekat  nak pencen setahun dua lagi .Dr Leong masa dia first diagnosed aku ada SLE ,dia tak kahwin lagi .Sampai sekarang anak sulung dia dah Tingkatan 1 .huhu umur SLE aku ni kalau dia budak ,dah Tingkatan 2 dah .Dr Dharmaraj pun masa tu baru jadi MO ,sekarang dah jadi consultant .Kak Wani & Kak Rahini staff nurse yang jaga masa aku buat Cyclo chemo pun dah pakai baju biru sekarang .Terima kasih semua staff2 kesihatan yang sentiasa memberikan kesihatan yang terbaik ❤️ .


Alhamdulillah 14 tahun didiagnos dengan SLE ( Lupus Nephritis Class Iv ) ,13 tahun SLE under remission (tak aktif ) sampai sekarang .SLE ni bila dia tak aktif ,pesakit boleh menjalani hidup yang normal macam biasa .Cuma ubat wajib makan setiap hari .Aku masih makan 7 biji ubat setiap hari .Aku Ok je ,makan je lah ubat asalkan kesihatan baik2 saja .


Bila aku tengok drama Dr Cha ,part yang dia sakit ,selepas tu dia sihat & dia mula fikir nak buat perkara yang dia suka .Itulah juga  aku pada tahun 2009 .Apabila pernah berada dalam keadaan kritikal antara hidup & mati ,bila kita dapat peluang kedua untuk hidup ,kita akan terus move forward & tak pandang belakang dah. Kita akan mula buat perkara yang kita suka & hargai apa yang kita ada .Hidup ni terlalu pendek untuk kita habiskan dengan buat perkara yang tak menggembirakan kita .Hidup terlalu singkat juga untuk merintih perkara yang kita tiada .Daripada kita merintih perkara yang kita tiada ,adalah lebih baik kita menghargai segala yang kita ada baik dari harta, keluarga ataupun kesihatan .


SLE ni sejenis penyakit  autoimun di mana antibodi yang sepatutnya jaga badan kita ,dia jadi gila & dia anggap organ2 ni macam musuh & serang organ2 .Macam kes aku ,dia serang buah pinggang .Kalau pesakit yang baru didiagnos tanya .Perlu ke buat renal biopsy ? (Ambil isi buah pinggang ) .Jawapan aku buat je .Kalau tak buat ,Dr tak tahu tahap SLE  & rawatan yang bersesuaian .Lagi lambat mulakan rawatan ,lagi kronik buah pinggang & mungkin nanti kena dialisis .


Sama juga macam kalau pesakit tanya perlu ke buat Cyclophosphamide Chemotherapy .Pun aku akan share pengalaman aku .Alhamdulilah SLE aku perlahan- lahan jadi tak aktif selepas 6 cycle Cyclo chemo .Walaupun side effects dia tu boleh tahan stress jugak 😅 tapi Alhamdulilah SLE tak aktif selepas Cyclo chemo sampai sekarang .Jadi nasihat aku ..buatlah .Jangan sebarangan cuba supplements luar tanpa berbincang dengan Dr .Untuk pesakit yang dah berkahwin ,nak mengandung pun kena berbincang dengan Dr .Ada sesetengah pesakit ,keadaan kesihatan dia tak mengizinkan untuk mengandung .Ada sesetengah ubat membahayakan janin & bayi.Sebab tu penting komunikasi 2 hala antara pesakit & Dr .


Sudah menginjak umur  40 ni aku dah sampai fasa  nak hidup dengan tenang2 je .Tahun ke 14 didiagnosed dengan SLE ,dah berapa puluh orang rakan2 seperjuangan yang menghadap Illahi ,Alhamdulilah Allah masih lagi  panjangkan usia aku sampai sekarang .Aku percaya macam ni je lah ,setiap orang ada dugaan masing2 .Aku diduga dengan masalah kesihatan & mungkin juga jodoh yang berat tapi aku masih dapat rezeki ,kasih sayang melimpah ruah daripada keluarga & rakan2 .Nikmat apa lagilah kan yang kita nak lagi kan dalam hidup ni.Bersyukurlah apa yang ada .


Aku pun pernah melalui satu fasa di mana ada tercrush pada seseorang .Namapun crush kan ,semestinya hanyalah one sided love .Tak jauh beza pun dengan crush pada Ji Chang Wook -unrequited love 😁 .Tapi yang ni sekurang2nya real lah orang nya .Bila fikir balik ,ya ampun Liza kembalilah ke alam realiti  ,tak sedar diri betul  .Hang ni sangat lah banyak kekurangan ,apa je kelebihan yang hang ada selain berat yang lebih 😂 .Benda ni kadang2 subjektif ,dia datang dengan tiba2 tapi sikit sebanyak agak menggangu emosi cumanya dah tua2 ni buruk benar orang tua berduka lara lama2 😁 .Move on je lah & teruskan hidup yang aman damai tu 😁 .


Doakan ya semoga aku akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang terbaik ,sentiasa dimurahkan rezeki ,diberikan ketenangan ,kebahagian hidup di dunia & juga akhirat .Amin .Sayang semua 😘❤️

Monday, February 14, 2022

Don't Ever Give Up

 Harini ada klinik buah pinggang ,Alhamdullilah result darah & urine semua baik2 saja .Syukur SLE tak aktif & semua dalam keadaan terkawal .Walaupun semua result OK ,tapi terjumpa ada seorang pesakit & ayah nya yang buat kan sampai sekarang aku teringat .


Kisahnya macam ni ,di  sini satu bilik ada 2 Dr & ada 2 patients akan masuk serentak .Harini aku dapat jumpa  Dr Ching & pesakit yang aku maksudkan tadi tu masuk dengan ayahnya ,dia jumpa Dr yang sorang lagi tu .Sebab Dr Ching consultant ,jadi Dr yg sorang lagi tu terpaksa consult Dr Ching sebab kes pesakit tu consider new case yang dah stage 5 (hampir dialisis ) .


Aku macam pelik jugak sebab ayah dia je yang bercakap ,pesakit tu senyap je .Lepas tu baru Ayah dia buka cerita sebenarnya pesakit tu pekak & bisu .Bukan setakat pekak & bisu ,dia jugak ada masalah jantung & macam2 masalah kesihatan yang lain  .IJN yang detect buah pinggang dia makin mengecut & refer ke klinik buah pinggang .Allahuakbar nak kena dialisis pulak 😢 .


Dr Ching dah risau macam mana nak explain kat dia .Ayah dia kata jangan risau ,dia faham,boleh baca & menulis .In fact ,dia nak sambung belajar di Politeknik bulan 6 ni .Lepas tu ayah dia explain kat dia  apa yang Dr cakap  dengan guna bahasa isyarat ."Saya belajaq bahasa isyarat Dr .Senang nak cakap dengan dia " .Serius kagum gila aku dengan ayah dia jugak .Bukan senang nak jaga anak istimewa ,dugaan pulak bertimpa2 😢 .


Pesakit tu  baru umur 20 tahun .Ya Allah banyak betul dugaan dalam hidup dia - lahir sebagai seorang yang tak boleh bercakap ,tak boleh mendengar ,ada masalah jantung & sekarang nak kena dialisis pulak ...Yang bagusnya dua beranak ni ,betapa positif,redha   & tenang nya diaorang bila Dr sebut perkataan DIALISIS..13 tahun aku jadi pesakit klinik  buah pinggang ,perkataan dialisis ,creatinine naik adalah benda yang sangat menakutkan...mungkin sebab banyak dah yang diaorang dah lalui ,jadi diaorang dah cukup kuat.


Kadang- kadang bagusnya bila kita jumpa pesakit macam ni ,sikit sebanyak akan jentik hati kita untuk lebih bersyukur .Bersyukur dengan nikmat kesihatan yang baik  ,bersyukur dengan nikmat pancaindera yang sempurna ,bersyukur dengan rezeki yang ada .Semua tu pinjaman .Bila- bila masa Allah boleh tarik balik .Apabila kita rasa hidup kita dah cukup susah ,dah cukup sedih atau kita dah cukup sakit  - selalu ingat ada orang yang nasibnya lebih teruk daripada kita .Jangan berputus - asa 💪.




Monday, June 14, 2021

12 Tahun dengan SLE

 

15 Jun 2009 - 15 Jun 2021 ,12 tahun selepas aku disahkan sebagai pesakit SLE ,lebih spesifik Lupus Nefritis Class 4 .Sle ni sejenis penyakit  auto imun bila antibodi dalam badan pesakit anggap organ2 dalam badan sebagai musuh & dia terus serang organ2 tu sehingga rosak   .

Macam aku ,setakat ni dia cuma serang buah pinggang .Alhamdulilah selepas 6 kali cyclo chemo (August 2009-Feb 2010 ) & sampai sekarang masih makan immunsuppressant drugs macam Prednisolone & Azathioprine (sebiji sehari setiap ubat ) ,dah 11 tahun SLE aku tak aktif + fungsi buah pinggang normal hingga last check up March haritu .28 Jun ni jumpa Dr pulak ,harap result pun masih baik2 saja .Musim pandemik ni risau SLE flares ,risau covid lagi .Harap kita semua sentiasa dilindungi.Amin .

12 tahun lepas ,sebelum didiagnos sakit SLE ,beberapa kali jugak aku ke klinik biasa .Start dari March aku dah tak sihat ,kaki bengkak muka bengkak .Pergi klinik biasa ,buat blood test ,makan macam-macam ubat tapi sakit makin teruk .Sampailah ada 1 doktor yang aku jumpa awal May tu ,dia cadangkan suruh aku buat ultrasound buah pinggang di Hospital Sultanah Bahiyah sebab result urine ada protein & darah .Tinggi pulak tu protein sampai 4++ .Buah pinggang yang normal sepatutnya protein negative  .28 May aku buat ultrasound & resultnya memang betul buah pinggang aku ada masalah .Dr syak Nefrotic Syndrome -sejenis penyakit buah pinggang & refer aku ke pakar buah pinggang .

1 Jun 2009,sepatutnya aku ada interview di TM KL  .Zaman study dulu ulang alik Alor Setar - KL  tu perkara biasa .Aku ingatkan aku sihat macam dulu.31 May tu aku naik bas sorang2 pergi KL .Kaki aku dah bengkak masa tu tapi masih boleh berjalan .Cuma kaki rasa berat ,nak langkah naik tangga bas pun susah .Sampai di KL ,aku tumpang rumah anak jiran aku - Siti ,sampai di rumah Siti ,aku rasa kaki aku sakit sangat .Fikir positif esoknya ok kot .Huhu tapi malangnya bila bangun pagi 1 Jun tu kaki jadi macam cramp ,nak jalan pun tak boleh .Akhirnya ,aku buat keputusan aku tak attend interview tu .Satu hal pulak ,Ayah aku datang dari Kedah ke KL  ,bawa aku balik haritu jugak . Ni pun anak jiran aku,Eim temankan Ayah aku .Begitulah jodoh aku dengan TM ,tak sempat nak bermula pun dah berakhir 😁😁

Hari 15 Jun tu ,aku berdebar jugak nak jumpa Dr tapi masa nak ambik result biopsy 31 July lebih menakutkan drp 15 Jun ni.Ni kali pertama jumpa Dr buah pinggang ,aku tak terfikir penyakit aku seserius ni .Kebetulan 31 May tu masa dalam bas, aku beli suratkhabar & ada artikel pasal SLE .Tapi artikel tu banyak cerita pasal SLE serang kulit & sendi .Jadi masa Dr Leong cakap,awak ada SLE ni ,aku macam blur jugak ,siap tanya kat Dr -tapi saya takde simptoms SLE pun macam butterfly rashes & sakit sendi .Dr kata ,SLE ni macam2 simptoms & awak SLE serang buah pinggang ,mungkin sebab tu takde butterfly rashes .Dr tanya ada keturunan tak sakit ni,masa tu aku tak tahu lagi dua pupu aku ,meninggal sakit ni pada tahun 2000,masa tu arwah umur 20an .

Dr cakap kena buat biopsy buah pinggang pada 25 Jun 2009 & 31 July dapat result.Confirm lah aku Lupus Nefritis Class 4 .Kena start cyclo chemo secepat mungkin .Tapi masa tu kaki aku sangat bengkak .Berat kaki yang bengkak tu je 20kg .Macam mana aku tahu berat kaki bengkak tu je 20kg ?Setiap pagi kena timbang & sepanjang beberapa minggu duduk di wad ,berat aku turun 20kg & kaki dah tak bengkak masa discaj .

Lama jugak sebenarnya aku berada dalam "indenial mode " .Macam mempersoalkan ...kenapa aku ?Aku baru umur 26 pada masa tu .Kenapa lah aku yang diuji macam ni ? Masa kawan2 lain  tengah mula bina kerjaya ,aku di katil hospital .Bila orang lain dah mula dapat membantu ibu bapa ,Mak Ayah aku pulak kena jaga aku di wad .

Tahu macam mana aku bangkit balik ?Antara hikmahya bila diwad ,kita akan jadi insaf bila tengok pesakit2 yang 10 kali sakit lagi teruk daripada kita .Ada satu adik ni ,nama dia Fatimah .Umur dia masa tu baru 13 tahun .Dialah yang jaga ibu dia yang dialisis ,kaki kena potong & mata buta .Mak dia ibu tunggal .Bayangkan umur 13 dia dah pegang tanggungjawab sebesar tu .Aku ni ,sakit tapi masih ada keluarga & rakan2 .Aku cuma fikir pasal sakit aku je ,aku tak payah pikir ,takde duit nak bayar bil hospital ke,takde nak duit nak makan ke sebab semua tu aku ada .Pesakit2 lain pun banyak yang sudah lah sakit teruk ,ada masalah kewangan pulak .Macam jatuh ditimpa tangga .Bila tengok orang lain yang lagi susah daripada kita ,tak jadi rasa nak sedih melainkan bersyukur ,bersyukur & bersyukur .

Alhamdulilah ,12 tahun dah berlalu.Aku pun tak tahu ke depan apa nak jadi .Tapi prinsip aku dari 12  tahun lepas ,fokus pada apa yang kita ada pada hari ni .Syukuri & hargai apa2 je yang kita ada hari ni .Tak payah sedih fikir apa yang kita takde ,sebab Allah tak semestinya bagi apa yang kita nak ,tapi Allah bagi apa yang terbaik untuk kita .Doakan yang baik-baik saja ya .Amin ❤.

Fuhh dah lama tak tulis post panjang- panjang  macam ni 😁


Monday, September 8, 2014

SLE & Lupus Nephrithis

Alhamdullilah result darah & urine OK.creatinine 105,protein dalam urine negative,BP 122/80..ubat maintain 6 jenis.SLE sangat stabil.dating dgn Dr lagi 3 bulan pada 1.12.14 


Cuma nak share,sbg seorang pesakit Lupus Nefritis class 4 (SLE serang buah pinggang bila antibodi jadi sewel.antibodi sepatutnya jaga badan kita kan.tapi antibodi anggap organ dalam badan pesakit SLE ni sebagai musuh yg patut diserang.dah mcm cerita ultraman la pulak .hehe)


Sebab tu ,sangat sangat penting utk setiap pesakit ikut rawatan yg Dr cadangkan.makan ubat betul2..tak mau skip - skip...sebabnya?cuma 1..nak kawal daripada SLE tu aktif..bila SLE aktif,antibodi dalam badan pesakit SLE akan bertukar menjadi monster.dia tak kira,hang virus ke,hang otak ke,hang buah pinggang ke..semua dia serang..akhirnya semua organ akan tak berfungsi & sebabkan kematian.ada sesetengah benda yang boleh sebabkan SLE jadi lebih aktif.contohnya tumbuhan Alfafa..alfafa ni tak sesuai untuk pesakit SLE sebab dia boleh meneutralkan immunosuppresive drugs yang pesakit SLE makan.kiranya no point kalau kita ambik alfafa + prednisolone+azathioprine+mmf+cyclophasphamide.sebab ubat2 mahal tu akan jadi tak berfungsi.nanti saya share artikel yg pernah dibaca.produk yang ada gamat ,jamu herba etc pun kena hati-hati sebab unsure content in unsure product boleh sebabkan buah pinggang makin teruk.


Setiap kali klinik memang protein & darah dalam urinelah benda yang paling merisaukan.sebabnya?kita balik kepada subjek Sains..tugas buah pinggang untuk tapis semua bahan kumuh & dikeluarkan dalam urine kan.kiranya kalau buah pinggang seseorang tu sihat,urine dia akan takde protein,takde darah etc ni.TAPI kalau ada protein,ada darah etc dalam urine tu tanda buah pinggang ada masalah.simptoms yang boleh di lihat dgn mata kasar adalah urine berbuih & warna coklat gelap.untuk lebih kepastian bagi sesiapa yang masih sihat,setahun sekali buatlah blood/urine test.Harini ada kesedaran untuk tulis panjang berjela sebab baru balik dari klinik buah pinggang kan.Raaaaaaamaai sangat pesakit yg baru didiagnosed buah pinggang 100% rosak& kena dialisis.Check up lah setahun sekali sebab kalau ada masalah ,boleh rawat awal.


Alhamdullilah lps 5 tahun ++ dgn SLE fungsi buah pinggang kembali normal tapi ubat kena maintainlah hari2.takpelah,ni pun dah syukur sangat dah 

Thursday, April 24, 2014

Renal Biopsy



Tiba-tiba malam ni nak cerita pasal Renal Biopsy ataupun procedure ambil isi buah pinggang...(akan try update mengenai procedure di blog nanti..hehe..benda yang berkaitan dengan medical ni kena buat research betol2..tak boleh hentam keromo je..apa orang putih cakap..get the fact right  )

Mula-mula sekali nak cerita,aku pun pernah menjalani renal biopsy aka ambik isi buah pinggang..huhu..ni jawapan jujur tanpa rahsia..sumpah seram gila bila Dr cakap awak kena ambik isi buah pinggang (huhu..rasanya term "Renal Biopsy" lebih "kurang menakutkan" kalau nak dibandingkan dengan perkataan "ambik isi buah pinggang")

Aku didiagnosed dengan SLE pada 15 Jun 2009 ..sebab keadaan masa tu agak kritikal,jadi 23 Jun 2009 Dr terus cadangkan untuk buat Renal Biopsy secepat mungkin..(siapa yang kata hospital kerajaan lambat, lemau & sebagainya..sila rujuk balik kes aku ni..cepat je kan?so jangan underestimate hospital kerajaan ya..maybe sebab condition aku pada masa tu jugak kot yang agak kritikal)

hehe..masa tu blur katak jugak..apa ke benda ni?ingatkan operation yang besar gila..Ayah aku walaupun cuma Juruteknologi Makmal Perubatan tapi sebab dia dah biasa la jugak dengan environment dihospital...jadi sebarang keputusan untuk dapatkan rawatan Ayah aku memang tak fikir panjang dah...terus YES je..hehe..nak harapkan aku buat keputusan?memang tak la kan..kan aku cakap aku blur katak kat ayat di atas tadi..

Dr terangkan betul-betul..kenapa perlu sangat ataupun kira wajib lah untuk aku menjalani Renal Biopsy?

Dr cakap keputusan darah menunjukkan aku menghidap SLE..tapi untuk keputusan lebih lanjut kena buat Renal Biopsy sebab Lupus Nephritis (SLE serang buah pinggang ) ada beberapa peringkat...dan setiap peringkat memerlukan rawatan yang berbeza...jadi kalau tak buat renal biopsy,macam mana Dr nak tentukan rawatan kan??kalau tak dapat rawatan yang sepatutnya ,Dr risau SLE aku akan jadi makin aktif sehingga menyebabkan kerosakan buah pinggang & lebih teruk sekiranya SLE menyerang SEMUA organ sehingga menyebabkan kematian ..

Balik dari hospital aku pun google lah pasal "Renal Biopsy"..huh..besarnya jarum ?scarynya?gulp..dup dap dup dap...sampailah 22 hb Jun 2009 ..tarikh check in di ward..(First time masuk wad seumur hidup,beg besar gedabak macam nak pi bercuti..huhu)..biasalah masuk wad awal sehari supaya Dr boleh monitor condition pesakit sebelum Renal Biopsy...malam tu aku tak boleh tidur !!sebabnya aku terbayangkan jarum etc yang aku google tu!!(moral of the story,kalau anda rasa anda takut jarum..SILA JANGAN GOOGLE apa apa sebelum menjalani sebarang procedure..hihi)

Esoknya,tau apa jadi??Renal Biopsy kena postponed sebab BP tinggi..huhu..haruslah BP tinggi..malam tu aku tak boleh tidur kot..lepas BP dah ok baru proceed dengan Renal Biopsy pada keesokkan harinya..tibalah hari yang dinantikan..pergh jantung macam nak tercabut kot berdebar..procedure tu dilakukan dalam keadaan pesakit sedar..cuma bius di kawasan pinggang sahaja..hehe..tak sesakit macam di bayangkan..sakit sikit saja .so tak payah la takut nak menjalani Renal Biopsy kalau "sakit " yang menjadi masalah utamanya ..procedure tu pun sekejap je..lebih kurang sejam

Lepas procedure kena berbaring selama 6 jam..kena tidur terlentang selama 6 jam..tak boleh bangun ke mana2..tidur macam tu je..nak pergi tandas ke apa ke,kat situ je lah..hehe..sepanjang 6 jam tu jugak kena ambik 3 kali urine test...kalau urine test takde darah & pinggang tak sakit..hooray!!esoknya dah boleh balik & tunggulah result biopsy tu pulak lepas tu..hehe..nak tau result pun scary gak kot.siap menangis lagi aku bila dapat tau class 4 & kena chemo..huhu..yang tu cerita lain pulak..hehe..status ni ISTIMEWA untuk pesakit yang masih confuse,takut & tak nak buat renal biopsy..yang dah decide nak menjalani renal biopsy tu,kalau google boleh menyebabkan anda stress.tak payahlah.percayalah Doktor -Doktor anda mahukan yang terbaik untuk setiap pesakit mereka ;-)