})();

Tuesday, December 31, 2013

Happy New Year 2014!

Alhamdullilah 2013 bakal berlalu dengan "zero check in di wad"..hehe..since 2010, azam pertama setiap tahun aku adalah "zero check in di wad"..dengan izin Allah jugak 2011,2012 & 2013 adalah tahun "zero check in di wad"...last check in di wad adalah pada February 2010..hehe..hanya pesakit yg memahami betapa nikmatnya hidup tanpa check in di wad ,kannn 

Malas nak pikir dah apa yg jadi pada tahun 2013..sekarang cuma nak fikir tahun 2014 yg lebih cemerlang,gemilang & terbilang..paling penting jadi insan yang lebih baik..supaya dapat menggembirakan orang sekeliling & diri sendiri..hehe...hati yang gembira adalah the best therapy untuk dapat badan yang sihat  .tahun 2014 ni aku nak buat azam yang biar nampak realistik & logik..

1)Tahun ke 5 hidup dengan Encik SLE..supaya encik SLE sentiasa "tidur " & zero check in di wad untuk tahun 2014.

2)Kalau tahun 2013 saving adalah 20% daripada gaji tapi tahun 2014 saving WAJIB 40 % daripada gaji ataupun lebih.hehe..aku ni pesakit,sementara sihat ni kenalah kerja kuat untuk simpan duit sebab masa depan kita tak tahu apa nak jadi kan..mana nak datang saving lagi 20 % tu?tengok point no 3.

3)Lost more KGs!!haha..kalau sebelum ni ,lost kgs hanyalah impian..tapi since last September clinic..Dr dah mula monitor berat badan ...every clinic kena lompat atas penimbang...aish..sebagai pesakit yang baik & menurut perintah ..hehe..aku kenalah ikut kannn(hehe..sebenarnya aku tak suka Dr bising ,sebab tu gigih jugak turunkan berat )..target 1 bulan 1 kg (ni adalah amount yg paling realistik untuk dicapai..haha..nak turun 1 bulan 10kg tu penipu besaq la!)..so 12 bulan sepatutnya kena turun 12kg(gulpp!!!)turun secara sihat ya bukan makan produk ke apa ke..

salah 1 cara nak turunkan berat badan adalah dengan (bunyi drum sikit..hehe)..KURANGKAN MAKAN..hehe..aku cakap jujur ni..duit aku banyak habis ke makanan pun..jadi 20% daripada duit makan aku ,aku akan masukkan dalam duit saving aku pada point no 1..so,cukuplah 40% saving..

4 )Exercise more..haha..part ni aku selalu menipu..ok sekarang azam aku untuk 2014..hari Ahad,Isnin,Selasa ,Rabu(hari yang aku ada kelas petang)..WAJIB masak di rumah untuk lunch ..& paling penting aku kena berjalan kaki untuk pi kedai untuk beli bahan masak tu..haha..pergi 15 minit,balik 15 minit..sehari 30 minit..4 hari =120 minit ...lepas tu memasak pun exercise jugak tu..kat sini aku dah boleh jimat 2 benda

1)minyak tak payah keluar sebab jalan kaki kan
2)jimat duit makanan..hehe..harga bahan mentah & harga makanan yang dah siap masak..jauh beza ,ok!

benefit yang boleh dapat daripada point no 4
1)jimat minyak & duit(boleh masuk dalam saving 40% point no 1)
2)badan jadi lebih sihat sebab masak sendiri makanan kan..(sepatutnya masak sendiri lebih sihat la kan..huhu..hopefully so!)

5)bawak botol air masak 1.5 liter walau ke mana saja..hehe..pi makan kat kedai pun tak payah order air ..minum je air masak tu ..sekali sekala ok la kot kalo teringin..tambah pulak aku tak boleh minum ais..dah start praktis dari bulan 9 haritu..rasanya point ni paling mudah untuk direalisasikan..hehe..

benefit
1)air masak adalah bahan detox yang paling baik untuk buang segala toxin.(nak turun berat badan ,minum banyak air kosong..hehe..point ni dari Dr aku ok).
2)of course la jimat duit kan..cuba imagine segelas milo ais dah RM2..air kosong kita bawak tu free..hehe..
3)kalau dah hari2 minum air masak je,mana nak datang diabetes nya.ye tak?.so badan akan jadi lebih sihat.badan sihat hati pun gembira.hati gembira encik SLE pun harap2 tak relapse la...
3)point no 5 ni paling best sebab boleh bagi benefit untuk point no 1,2,3,4 

hehe..In Shaa Allah,harap boleh lah semua 5 point ni direalisasikan sampai hujung 2014 

Selamat Tahun Baru 2014...semoga kita semua akan sihat walafiat & menjadi insan yg lebih baik.bahagia dunia & akhirat 

p/s:untuk 2014 ,sesapa yang tanya kat aku soalan "bila nak kahwin?" aku mintak RM1 untuk 1 kali tanya ya.harap maklum.duit tu akan dimasukkan dalam 40% saving point no 1 

Sunday, December 15, 2013

Reminder ..

Erm..tadi ada someone ni pm & tanya pasal kawan dia yang sakit SLE ..kawan dia asalnya Lupus Nefritis (SLE attack buah pinggang )..tapi sekarang dah serang otak..dapat darah tinggi & diabetes..asyik keluar masuk hospital ..ni bukan nak burukkan sesiapa sebab kita tahu apa yg jadi tu takdir Allah tapi nak share sebagai reminder untuk diri sendiri & kawan2 yg lain jugak...semoga pesakit tersebut akan makin sihat ..In Shaa allah

1)Pesakit tak makan ubat betul-betul untuk control SLE..makan ubat on & off..SLE tak boleh sembuh TAPI boleh di CONTROL..apabila pesakit makan ubat on time In Shaa Allah kebanyakannya (ada jugak yg tak OK ) SLE jadi makin stabil..contoh untuk Lupus Nefritis bila SLE stabil keradangan pada buah pinggang berkurang & fungsi buah pinggang akan jadi macam orang normal..bila semuanya normal pesakit akan rasa makin sihat & dapat hidup macam orang lain jugak..

2)Pesakit ambik produk luar..~sigh~erm..banyak kali dah cakap pasal isu ni..selepas consume produk XXXX daripada company xxx yg claim boleh control SLE ..SLE patient tadi jadi sangat aktif & serang otak..rasanya Dr pun selalu remind patient pasal isu ni kan..."UNSURE CONTENT IN UNSURE PRODUCT WILL CAUSE YOUR SLE & KIDNEY GETTING WORSE"....

3)Pesakit tak jaga makan ..hehe..Dr selalu pesan takde pantang..U boleh makan apa saja tapi ikut piramid makanan..macam ni lah,makan la apa pun..tapi beringat.."aku ni pesakit".sekali sekala nak makan besar tu Ok tapi lepas tu bawak2 la insaf..huhu..apabila buah pinggang tak berfungsi dgn baik,sodium yg kita makan tu akan masuk balik dalam darah & sebabkan darah tinggi..so,kurangkan garam ,gula & lemak dlm makanan..(big highlight utk diri sendiri..hehe)

Kita hanya mampu berusaha..Allah jua yg menentukan..Semoga kita semua akan setiasa sihat,happy & positive  

Tuesday, November 19, 2013

Jadilah pesakit & penjual yang berhemah .

Aku start guna pencuci muka Avacado Eversoft sejak umur 15 tahun..murah sebab RM16.90 boleh tahan 3 bulan (haha..bunyi macam agak kedekut di sini )& kira serasilah dengan kulit walaupun takde lah putih gebu..as long as kulit takde masalah ,bagi aku oklah tu...tetiba ada orang datang jual produk XXX ..sudah la mahal ...orang tu cakap,pakai produk ni sebulan CONFIRM muka boleh jadi macam Siti Nurhaliza..erk...agak-agak aku try ke tak?memang tak la kan sebab nampak benar penipunya...hehe

Ni cerita lain pulak,almost 5 tahun hidup dengan SLE..kawan rapat ,keluarga ,doktor & nurse rasanya tau macam mana condition aku 5 tahun lepas..dapat hidup pada harini adalah 1 MIRACLE dengan kuasa Illahi..aku cuma dapat rawatan ,makan ubat hospital..chemo etc..tak ambil sebarang PRODUK LUAR ..Alhamdullilah dah nak masuk 4 tahun SLE stabil..tetiba ada orang datang & jual produk..sudah la mahal ..ubat ni boleh sembuh SEMUA penyakit termasuklah SLE...erk agak agak aku berani cuba ke tak?of course tak la kannnnn...

1)Aku memang tak berani & penakut nak ambik risiko..tambah tambah bila keadaan dah stabil
2)Tak tahu apa bahan -bahan dalam produk tu..SLE sangat sensitive dengan banyak benda..cth:alfafa boleh buat SLE Flare..terlalu banyak protein ,potassium,herba gamat etc pun tak elok untuk patient especially Lupus Nefritis .Dengan bahasa mudah...unsure content dalam unsure produk boleh sebabkan SLE flare & buah pinggang rosak makin teruk.
3)JADILAH PENJUAL YANG BERHEMAH....TAK PERLU PAKSA KALAU PESAKIT TAK NAK BELI PRODUK ANDA...HORMATILAH KEPUTUSAN KALAU PESAKIT TU DAH BUAT KEPUTUSAN NAK CONCENTRATE DENGAN UBAT HOSPITAL..
4)DONT JUDGE KALAU ANDA TAK PERNAH LALUI APA YG SEDANG KAMI LALUI..

p/s:Ni bukan mood marah ..tapi...nasihat.hehe..thank u sebab ramai je rakan-rakan FB yg jual produk & hormati prinsip saya yang tak berani cuba produk luar.Really appreciate that.much love..muuahh To my SLE friends always stay POSITIVE ...dont let the PENJUAL produk take your sunshine away 

Saturday, October 26, 2013

Ayah,u are my INSPIRATION!!



Ayah aku orangnya jarang menunjukkan emosi..kaki aku bengkak sampai 20kg,muka aku macam bulan purnama sampai orang tak kenal dengan 13 biji Prednisolone....aku chemo 6 kali...kesan ubat chemo =rambut aku makin sedikit dari hari ke sehari ..tak lalu makan..muntah berhari-hari..kesan emosi pulak,aku dah jadi minah psycho yang suka mengamuk,moody & ada hobi baru =asal tak puas hati je baling barang..huhu

Semua tu cerita 2009...ayah aku RELAX & sabar je..tak pernah cakap apa..sedih ke apa ke..tak pernah cakap.cuma dia cakap,ikut cakap Dr.oh ada lagi 1 cerita sadis...aku pernah pergi interview kat KL naik bas...sampai KL tak boleh jalan kaki cramp & kaki bengkak sangat pada masa tu..Ayah aku drive dari Kedah-KL-Kedah dalam masa 24 jam,pi ambik aku & bawak balik pergi hospital(masa tu tak didiagnosed SLE lagi tapi simptoms dah ada)..tak sempat pi interview pun..ahaks kalau sempat interview entah2 aku dah jadi Engineer kat salah sebuah syarikat komunikasi terbesar di Malaysia ..hehe..positive..apa yg Allah dah atur tu yg terbaik..

Harini,26 October 2013..masa SLE gathering..Ayah aku yang tak pernah luahkan emosi tu ,tiba-tiba boleh share apa yang dia rasa dengan rakan-rakan SLE & the family members..maybe tu adalah rasa hati dia sepanjang hampir 5 tahun didiagnosed SLE..air mata Ayah bergenang ,air mata aku bergenang..sampai aku tengah tulis ni pun air mata aku still menitis..sumpah,aku terharu & tersentuh!!Banyak rupanya yang Ayah pendam & simpan dalam hati...

Ya...sepanjang aku selalu check in di Hospital..apa yang aku nampak...kalau sakit..ada kes suami ditinggalkan isteri...bila sakit ,ada kes isteri ditinggalkan suami...bila sakit,ada kes ibu bapa ditinggalkan oleh anak-anak..tapi 1 kes yang aku TAK pernah jumpa..apabila sakit,ibu bapa tinggalkan anak...PASTI..Ibu Bapa takkan biarkan anak-anak tanggung segala kesakitan tu seorang diri..yup,kalau anda nampak aku kuat & tabah..aku kuat & tabah sebab aku ada Mak & Ayah yg sentiasa ada di belakang aku.Alhamdullilah.semoga aku & mereka dikurniakan kesihatan yg terbaik .Amin.

Saturday, September 28, 2013

Lost weight lost weight.caiyokk!hehe





Alhamdulilah result darah last clinic  OK..creatinine 95..urine protein negative..ESR 23..BP 125/84..kira semuanya normal lah..SLE & buah pinggang stabil..part insurans pulak..kena hantar form tu pi jabatan rekod la pulak.terbang lagi duit RM80..harap cepat la siap...cuma ,cuma & cuma ada 1 masalah BESAR ni...hehe..Dr Leong suruh turun kan......KG dalam masa 3 tahun.untuk short term punya plan..lost 3.3 KG masa next appointment which is 16/12/13..so ada lagi 3 bulan..

huhu..nak start dari mana ni??uwa..any suggestion..buat permulaan..malam ni x makan dinner ..ok control makan & exercise...control mkn ..aku tau all the theories..low fat,low carbohydrate,more fibre,etc.tapi part practical tu yang selalu tersasar jauh & selalu hangat hangat tahi ayam..exercise pun sama jugak..dulu pi aerobic at least 3 kali per week...sekarang jadual kerja memang merepek,contohnya mlm ni..10.30mlm baru smp rmh..celah mana la nak pi aerobic lagi..maybe patut "laburkan " duit utk beli alat exercise kot..maybe..dah keluar duit beli alat mahal takkan nak tengok je benda alah tu ye tak?so,kena set goal & determination ...& ingat juga kena maintain jadi patient yg baik..patient yg baik kena ikut cakap Dr kan?hehe

Ayat Dr Leong paling best.."One day U will thank me with this"..
Ayat poyo aku pulak"Yes Dr.I will try my best..jangan terkejut kalau after 3 years I buat part time modelling"...haha..ya..sila muntah hijau secara berjemaah 

p/s:jangan ada yg promote produk kuruskan badan pulak lps baca post  ni..hehe

Antara Pilihan & Rezeki..





Terkejut bila dapat tau my BFF quit jadi Engineer & decided to be a full time housewife..ya,setiap orang ada pendapat masing2..kadang-kadang buat keputusan dengan ikut instinct tu yang terbaik..mesti ada yang cakap..ala rugilah gaji ribu-ribu tu nak tinggal macam tu je..tapi setiap orang lihat "HIDUP" dari perspective berbeza...kalau anda rasa hidup anda akan lebih bahagia asalkan ada duit banyak..tu pilihan anda..sama jugak kalau anda rasakan duit tak banyak sangat tapi happy sebab lebih banyak masa dengan family,etc..tu juga pilihan anda ...& tidak membuat pilihan juga 1 pilihan sebenarnya..

Ya,kadang2 kita perlu menongkah arus untuk buat apa yang kita nak..kiri,kanan,depan,belakang orang tak setuju..tapi ,back to basic..tu adalah hidup kita..apa pun yg kita nak buat..tu adalah tanggungjawap & hak kita..pada masa yg sama..kita kena buktikan yg decision kita tu betul..decision yg betul tu bkn hanya dinilai dengan wang ringgit..maybe kita dapat lihat anak membesar di depan mata.hidup kita lebih happy..tu juga satu KEJAYAAN kan?

Sentiasa percaya rezeki dimuka bumi Allah ni luas..1 pintu tertutup..ada banyak lagi pintu yg terbuka untuk kita..tak semestinya untuk rezeki je..untuk jodoh pun macam tu jugak..nak share jugak something,disamping kita berdoa semoga dikurniakan bla bla bla..tapi jgn lupa diakhir doa ..doakan Ya Allah Engkau kurniakanlah yang TERBAIK untuk aku..doakan dengan hati yang ikhlas..In Shaa Allah...apa pun dugaan yang mendatang..apapun kekecewaan..apapun kesusahan yg mendatang...separah mana pun luka dalam hati...kita tahu..Itu adalah yg terbaik yang Allah dah atur untuk kita...cuma kadang-kadang kita lambat nak nampak hikmah tu...kepada sahabat saya..my BFF..saya sokong apa pun keputusan anda!semoga kebahagiaan akan terus jadi milik kita...Aminn 

Sunday, September 8, 2013

Edisi Cermin Diri: Realiti vs Fantasi Jodoh






Ehem...lama jugak  fikir nak tulis entry pasal ni..terfikir sesuai ke tak nak tuis isu macam ni kat blog..pernah share benda yang sama di FB SLE Support Group...dapat 50++ likes..& berpuluh komen..terfikir nak share some of the comments tapi macam tak proper pulak..so,kalau ada kawan-kawan yang ada pendapat boleh tinggalkan kat ruang komen kat bawah ni.thank U.xoxo =)

Isunya macam ni,rasanya ni maybe krisis antara saya & diri sendiri..kemungkinan ada jugak rakan-rakan yang rasa benda yang sama juga..terutamanya rakan rakan pesakit SLE yang masih single mingle..selepas saya didiagnos sakit SLE,sejujurnya saya jadi sangat positive & kuat..lebih kuat daripada sebelum ni..tak tahulah dari mana datang kekuatan tu...kemungkinan sakit tu sendiri dapat menguatkan jiwa tanpa kita sedari..semestinya dengan izin Allah jua..

Tapi ada 1 isu yang saya jadi sangat NEGATIVE..kalau boleh dikira...rasanya dah -100 ni..huhu..pasal jodoh,pasal perasaan ,pasal cinta...dah jadi kebiasaan ,kalau saya baru je nak suka kat orang pun ..tak start apa apa pun lagi ni..saya terus cantas perasaan tu...saya selalu cakap pada diri sendiri "Sedar diri liza,rupa dah la tak seberapa..sakit pulak..jangan bagi harapan pada diri sendiri..be realistic & cermin diri"..

Persoalan ni la saya tanya di SLE Support Group,tak sangka rupanya ramai jugak rakan -rakan SLE yang mempunyai perasaan yang sama..rasa rendah diri & rasa macam susah je nak bahagia macam orang lain...tapi ramai jugak yang dapat bertemu dengan pasangan yang memahami..dapat anak-anak yang comel..hidup bahagia je macam orang yang tak sakit..ramai jugak yang cakap,jangan putus asa untuk berdoa & kita tak tahu apa yang Allah dah atur untuk kita...Jodoh tu kan rahsia Allah...Dia tahu apa yang terbaik untuk kita..semestinya..

Bagi saya pulak,jadi POSITIVE dalam kerja ,melawan penyakit,etc tu tak de masalah sebab ianya melibatkan diri kita sendiri..TAPI kalau pasal JODOH ni melibatkan HATI ORANG..hati orang ni kita sukar nak jangka...sedangkan pasir pun berubah..inikan pulak hati orang ye tak..

Edisi Fantasi -Semestinya semua orang nak hidup berpasang -pasangan ..bila sakit ada orang jaga.hidup happily ever after gitu..

Edisisi Realiti-Sedih nak tulis sebenarnya..SLE ni unpredictable...harini dia OK ..esok dia mungkin tak OK...kalau orang tu jumpa kita masa kita sihat..risau jugak kalau dia tak boleh terima kita masa kita sakit..ok kalau orang tu boleh terima kita family dia macam mana pulak?kalau dah kahwin pulak(walaupun 80% pesakit SLE yang aku jumpa dapat mengandung)..tapi macam mana pulak kalau kita tergolong dalam 20% tu?huhu..touching lagi lepas beberapa tahun kahwin ,husband pulak mintak nak kahwin lagi 1 sebab tak dapat zuriat..elok elok hidup happy aman damai ..jadi STRESS pulak..bila stress SLE pun relapse..hehe..nampak tak betapa negativenya reality saya..ni dah sampai -1000 ni..

Kesimpulannya ,kena banyak -banyak berdoa..tu je azimat paling penting..doakan supaya dikurniakan yang terbaik..kebetulan,Semanis Kurma episod 29.8 .13 haritu ada tajuk Jodoh Untuk ku..adalah a few tips yang ustaz & ustazah bagi untuk dapat jodoh yang baik-baik.. 

1. Banyakkan istighfar 2. Banyakkan Ibadat juga solat hajat 3. Tawakkal kepada Allah 4. Berpuasa hari lahir, sebab hari kita suci bersih baru dilahirkan, ambil berkat 5. Buang ego sombong nak yang perfect, amik asasnya kita mahu yang beragama 6. Restu dari parents 7. Mendoakan untuk datangnya jodoh
Doa untuk jodoh: At-taubah 129- supaya jodoh berpanjangan Qasas 24 - supaya hajat diperkenankan Anbiya 89 - supaya jodoh diringankan
Yang ni pulak link untuk tonton Semanis Kurma tu =)
https://www.youtube.com/watch?v=ZO02W9oCCdY


Uish ..panjang jugak ni..apalah aku merapu ni..supaya kita semua mendapat manfaat .In Shaa Allah..

Nota kaki :
1)To some one from my past,berjumpa dengan anda adalah mimpi ngeri..bila menyayangi dengan sepenuh hati tapi di tipu,walaupun dah 7 tahun..luka tu dah hilang tapi parut tu masih ada..yang bagusnya ,that "bad memory" menjadikan saya lebih kuat & lebih berhati hati..in fact..terlalu berhati-hati.anyway,Thank U =)
2)To Mr X,maybe anda tahu siapa anda..maybe tak..YA ,saya suka anda..hehe..suka hati lah kan saya nak suka siapa..tu hak saya kot..anda relax sudah..dont create awkward situation among us..tapi anda tak payah risau tak payah gusar sebab saya sedar diri siapa saya..realiti & fantasi tu terlalu sukar untuk disatukan.I m a realistic person walaupun pedih jugak nak jadi realistic ni...hehe..peace !!