})();

Saturday, October 26, 2013

Ayah,u are my INSPIRATION!!



Ayah aku orangnya jarang menunjukkan emosi..kaki aku bengkak sampai 20kg,muka aku macam bulan purnama sampai orang tak kenal dengan 13 biji Prednisolone....aku chemo 6 kali...kesan ubat chemo =rambut aku makin sedikit dari hari ke sehari ..tak lalu makan..muntah berhari-hari..kesan emosi pulak,aku dah jadi minah psycho yang suka mengamuk,moody & ada hobi baru =asal tak puas hati je baling barang..huhu

Semua tu cerita 2009...ayah aku RELAX & sabar je..tak pernah cakap apa..sedih ke apa ke..tak pernah cakap.cuma dia cakap,ikut cakap Dr.oh ada lagi 1 cerita sadis...aku pernah pergi interview kat KL naik bas...sampai KL tak boleh jalan kaki cramp & kaki bengkak sangat pada masa tu..Ayah aku drive dari Kedah-KL-Kedah dalam masa 24 jam,pi ambik aku & bawak balik pergi hospital(masa tu tak didiagnosed SLE lagi tapi simptoms dah ada)..tak sempat pi interview pun..ahaks kalau sempat interview entah2 aku dah jadi Engineer kat salah sebuah syarikat komunikasi terbesar di Malaysia ..hehe..positive..apa yg Allah dah atur tu yg terbaik..

Harini,26 October 2013..masa SLE gathering..Ayah aku yang tak pernah luahkan emosi tu ,tiba-tiba boleh share apa yang dia rasa dengan rakan-rakan SLE & the family members..maybe tu adalah rasa hati dia sepanjang hampir 5 tahun didiagnosed SLE..air mata Ayah bergenang ,air mata aku bergenang..sampai aku tengah tulis ni pun air mata aku still menitis..sumpah,aku terharu & tersentuh!!Banyak rupanya yang Ayah pendam & simpan dalam hati...

Ya...sepanjang aku selalu check in di Hospital..apa yang aku nampak...kalau sakit..ada kes suami ditinggalkan isteri...bila sakit ,ada kes isteri ditinggalkan suami...bila sakit,ada kes ibu bapa ditinggalkan oleh anak-anak..tapi 1 kes yang aku TAK pernah jumpa..apabila sakit,ibu bapa tinggalkan anak...PASTI..Ibu Bapa takkan biarkan anak-anak tanggung segala kesakitan tu seorang diri..yup,kalau anda nampak aku kuat & tabah..aku kuat & tabah sebab aku ada Mak & Ayah yg sentiasa ada di belakang aku.Alhamdullilah.semoga aku & mereka dikurniakan kesihatan yg terbaik .Amin.

Saturday, September 28, 2013

Lost weight lost weight.caiyokk!hehe





Alhamdulilah result darah last clinic  OK..creatinine 95..urine protein negative..ESR 23..BP 125/84..kira semuanya normal lah..SLE & buah pinggang stabil..part insurans pulak..kena hantar form tu pi jabatan rekod la pulak.terbang lagi duit RM80..harap cepat la siap...cuma ,cuma & cuma ada 1 masalah BESAR ni...hehe..Dr Leong suruh turun kan......KG dalam masa 3 tahun.untuk short term punya plan..lost 3.3 KG masa next appointment which is 16/12/13..so ada lagi 3 bulan..

huhu..nak start dari mana ni??uwa..any suggestion..buat permulaan..malam ni x makan dinner ..ok control makan & exercise...control mkn ..aku tau all the theories..low fat,low carbohydrate,more fibre,etc.tapi part practical tu yang selalu tersasar jauh & selalu hangat hangat tahi ayam..exercise pun sama jugak..dulu pi aerobic at least 3 kali per week...sekarang jadual kerja memang merepek,contohnya mlm ni..10.30mlm baru smp rmh..celah mana la nak pi aerobic lagi..maybe patut "laburkan " duit utk beli alat exercise kot..maybe..dah keluar duit beli alat mahal takkan nak tengok je benda alah tu ye tak?so,kena set goal & determination ...& ingat juga kena maintain jadi patient yg baik..patient yg baik kena ikut cakap Dr kan?hehe

Ayat Dr Leong paling best.."One day U will thank me with this"..
Ayat poyo aku pulak"Yes Dr.I will try my best..jangan terkejut kalau after 3 years I buat part time modelling"...haha..ya..sila muntah hijau secara berjemaah 

p/s:jangan ada yg promote produk kuruskan badan pulak lps baca post  ni..hehe

Antara Pilihan & Rezeki..





Terkejut bila dapat tau my BFF quit jadi Engineer & decided to be a full time housewife..ya,setiap orang ada pendapat masing2..kadang-kadang buat keputusan dengan ikut instinct tu yang terbaik..mesti ada yang cakap..ala rugilah gaji ribu-ribu tu nak tinggal macam tu je..tapi setiap orang lihat "HIDUP" dari perspective berbeza...kalau anda rasa hidup anda akan lebih bahagia asalkan ada duit banyak..tu pilihan anda..sama jugak kalau anda rasakan duit tak banyak sangat tapi happy sebab lebih banyak masa dengan family,etc..tu juga pilihan anda ...& tidak membuat pilihan juga 1 pilihan sebenarnya..

Ya,kadang2 kita perlu menongkah arus untuk buat apa yang kita nak..kiri,kanan,depan,belakang orang tak setuju..tapi ,back to basic..tu adalah hidup kita..apa pun yg kita nak buat..tu adalah tanggungjawap & hak kita..pada masa yg sama..kita kena buktikan yg decision kita tu betul..decision yg betul tu bkn hanya dinilai dengan wang ringgit..maybe kita dapat lihat anak membesar di depan mata.hidup kita lebih happy..tu juga satu KEJAYAAN kan?

Sentiasa percaya rezeki dimuka bumi Allah ni luas..1 pintu tertutup..ada banyak lagi pintu yg terbuka untuk kita..tak semestinya untuk rezeki je..untuk jodoh pun macam tu jugak..nak share jugak something,disamping kita berdoa semoga dikurniakan bla bla bla..tapi jgn lupa diakhir doa ..doakan Ya Allah Engkau kurniakanlah yang TERBAIK untuk aku..doakan dengan hati yang ikhlas..In Shaa Allah...apa pun dugaan yang mendatang..apapun kekecewaan..apapun kesusahan yg mendatang...separah mana pun luka dalam hati...kita tahu..Itu adalah yg terbaik yang Allah dah atur untuk kita...cuma kadang-kadang kita lambat nak nampak hikmah tu...kepada sahabat saya..my BFF..saya sokong apa pun keputusan anda!semoga kebahagiaan akan terus jadi milik kita...Aminn 

Sunday, September 8, 2013

Edisi Cermin Diri: Realiti vs Fantasi Jodoh






Ehem...lama jugak  fikir nak tulis entry pasal ni..terfikir sesuai ke tak nak tuis isu macam ni kat blog..pernah share benda yang sama di FB SLE Support Group...dapat 50++ likes..& berpuluh komen..terfikir nak share some of the comments tapi macam tak proper pulak..so,kalau ada kawan-kawan yang ada pendapat boleh tinggalkan kat ruang komen kat bawah ni.thank U.xoxo =)

Isunya macam ni,rasanya ni maybe krisis antara saya & diri sendiri..kemungkinan ada jugak rakan-rakan yang rasa benda yang sama juga..terutamanya rakan rakan pesakit SLE yang masih single mingle..selepas saya didiagnos sakit SLE,sejujurnya saya jadi sangat positive & kuat..lebih kuat daripada sebelum ni..tak tahulah dari mana datang kekuatan tu...kemungkinan sakit tu sendiri dapat menguatkan jiwa tanpa kita sedari..semestinya dengan izin Allah jua..

Tapi ada 1 isu yang saya jadi sangat NEGATIVE..kalau boleh dikira...rasanya dah -100 ni..huhu..pasal jodoh,pasal perasaan ,pasal cinta...dah jadi kebiasaan ,kalau saya baru je nak suka kat orang pun ..tak start apa apa pun lagi ni..saya terus cantas perasaan tu...saya selalu cakap pada diri sendiri "Sedar diri liza,rupa dah la tak seberapa..sakit pulak..jangan bagi harapan pada diri sendiri..be realistic & cermin diri"..

Persoalan ni la saya tanya di SLE Support Group,tak sangka rupanya ramai jugak rakan -rakan SLE yang mempunyai perasaan yang sama..rasa rendah diri & rasa macam susah je nak bahagia macam orang lain...tapi ramai jugak yang dapat bertemu dengan pasangan yang memahami..dapat anak-anak yang comel..hidup bahagia je macam orang yang tak sakit..ramai jugak yang cakap,jangan putus asa untuk berdoa & kita tak tahu apa yang Allah dah atur untuk kita...Jodoh tu kan rahsia Allah...Dia tahu apa yang terbaik untuk kita..semestinya..

Bagi saya pulak,jadi POSITIVE dalam kerja ,melawan penyakit,etc tu tak de masalah sebab ianya melibatkan diri kita sendiri..TAPI kalau pasal JODOH ni melibatkan HATI ORANG..hati orang ni kita sukar nak jangka...sedangkan pasir pun berubah..inikan pulak hati orang ye tak..

Edisi Fantasi -Semestinya semua orang nak hidup berpasang -pasangan ..bila sakit ada orang jaga.hidup happily ever after gitu..

Edisisi Realiti-Sedih nak tulis sebenarnya..SLE ni unpredictable...harini dia OK ..esok dia mungkin tak OK...kalau orang tu jumpa kita masa kita sihat..risau jugak kalau dia tak boleh terima kita masa kita sakit..ok kalau orang tu boleh terima kita family dia macam mana pulak?kalau dah kahwin pulak(walaupun 80% pesakit SLE yang aku jumpa dapat mengandung)..tapi macam mana pulak kalau kita tergolong dalam 20% tu?huhu..touching lagi lepas beberapa tahun kahwin ,husband pulak mintak nak kahwin lagi 1 sebab tak dapat zuriat..elok elok hidup happy aman damai ..jadi STRESS pulak..bila stress SLE pun relapse..hehe..nampak tak betapa negativenya reality saya..ni dah sampai -1000 ni..

Kesimpulannya ,kena banyak -banyak berdoa..tu je azimat paling penting..doakan supaya dikurniakan yang terbaik..kebetulan,Semanis Kurma episod 29.8 .13 haritu ada tajuk Jodoh Untuk ku..adalah a few tips yang ustaz & ustazah bagi untuk dapat jodoh yang baik-baik.. 

1. Banyakkan istighfar 2. Banyakkan Ibadat juga solat hajat 3. Tawakkal kepada Allah 4. Berpuasa hari lahir, sebab hari kita suci bersih baru dilahirkan, ambil berkat 5. Buang ego sombong nak yang perfect, amik asasnya kita mahu yang beragama 6. Restu dari parents 7. Mendoakan untuk datangnya jodoh
Doa untuk jodoh: At-taubah 129- supaya jodoh berpanjangan Qasas 24 - supaya hajat diperkenankan Anbiya 89 - supaya jodoh diringankan
Yang ni pulak link untuk tonton Semanis Kurma tu =)
https://www.youtube.com/watch?v=ZO02W9oCCdY


Uish ..panjang jugak ni..apalah aku merapu ni..supaya kita semua mendapat manfaat .In Shaa Allah..

Nota kaki :
1)To some one from my past,berjumpa dengan anda adalah mimpi ngeri..bila menyayangi dengan sepenuh hati tapi di tipu,walaupun dah 7 tahun..luka tu dah hilang tapi parut tu masih ada..yang bagusnya ,that "bad memory" menjadikan saya lebih kuat & lebih berhati hati..in fact..terlalu berhati-hati.anyway,Thank U =)
2)To Mr X,maybe anda tahu siapa anda..maybe tak..YA ,saya suka anda..hehe..suka hati lah kan saya nak suka siapa..tu hak saya kot..anda relax sudah..dont create awkward situation among us..tapi anda tak payah risau tak payah gusar sebab saya sedar diri siapa saya..realiti & fantasi tu terlalu sukar untuk disatukan.I m a realistic person walaupun pedih jugak nak jadi realistic ni...hehe..peace !!

Monday, September 2, 2013

Fabulous 30!!





Thank U very much for all the birthday wishes..I m officially 30!hehe..okla kan..30 ke 50 ke yg penting hidup harus diteruskan dengan jaya nya..masa di diagnosed SLE umur aku 25 tahun 9 bulan..kiranya dah 4 tahun la ''new chapter'' of my life bermula...takde apa yang nak di regret kan..Alhamdullilah..semuanya baik baik saja & dalam keadaan terkawal..Allah bagi sakit & Allah juga bagi kesembuhan...maknanya Allah masih bagi peluang untuk kita memperbaiki diri untuk jadi insan yg lebih baik..rasanya tak demand lebih dah...apa yang ada pada harini dah 1001 rahmat..thank U very much families ,friends ,kids & cats..anda sentiasa ada di kala susah & senang.much love mmmuah!!

Thursday, August 15, 2013

Urine Protein after Cyclophasphamide Chemotheraphy

Just nak share & merungkaikan kegusaran beberapa rakan SLE yang tengah Cyclophasphamide Chemotheraphy ataupun dah habis Cyclo tapi still ada protein dalam urine..

1)Buat yang tengah Cyclo..teruskan cyclo dengan jayanya..ikut schedule yang Dr dah plan betul-betul..jaga diri betul-betul sebab masa tengah cyclo..badan mudah jatuh sakit..bila jatuh sakit..kemungkinan kita punya schedule yg Dr dah atur tu akan terganggu..bila gap antara 1 cyclo dengan cyclo lain terlalu jauh takut Cyclo jadi kurang berkesan..

2)Buat yang dah cyclo tapi still ada protein dalam urine..ni personal experience..lps habis 6 kali cyclo..still ada 0.97 ..Dr cakap dah agak OK sebab masa awal dulu ada 4++..lepas habis cyclo continue dengan Azathioprine (ada patient tak sesuai denagan Azathioprine ,Dr bagi cellcept(MMF))..protein tak terus jadi negative..tapi turun sedikit demi sedikit..cth..follow up kali ni jadi 0.5..next follow up jadi 0.3..semua tu ambik masa jugak untuk jadi negative ..so,kalau baru lepas Cyclo..jangan risau sangat..TAPI kalau jumlah protein ,creatinine makin meningkat..yang tu kena discuss dengan Dr jugak...

highlight TERPENTING-NO PREGNANCY dalam 2 tahun selepas Cyclo ya..

3)Buat rakan2 yang sihat bersyukurlah dengan nikmat sihat yang anda nikmati 

BE HAPPY,BE COOL & BE POSITIVE..
LOTS OF LOVE 

Thursday, July 25, 2013

Nak complain lagi ke ?

Ramadhan 2009 memang bulan puasa paling "happening"..dengan air pun kena limit 800ml sahaja sehari..pandai-pandai lah adjust sendiri..1cawan berbuka..1 cawan sepanjang malam..2 cawan masa sahur..kalau makan buah ataupun sup kena kurangkan lagi air..sebab buah pinggang tak berapa elok masa tu..kalau minum terlebih ,automatik kaki akan bengkak..

Ramadhan 2013 Alhamdullilah buah pinggang makin sihat..minum lah sebanyak mana air pun(haha..agak2 jangan sampai pecah perut sudah la kan)...cuma kena limitkan x boleh minum ais & benda2 sejuk..baru sedar jugak buah rambutan & dokong pun boleh bikin batuk + kena sedut inhaler..hehe..mujur durian Ok.yeay!!(tapi xde la nak makan durian bulan-bulan puasa.agak2 la kan .hehe) 

Biasalah,kadang2 rasa syahdu jugak..dengan bahasa mudah rasa nak complain jugak..alahai banyak la pulak pantang larang makan...aku baru sedar ,patients SLE boleh makan apa saja TAPI BERSEDERHANA...& kita just kena try & error...makanan apa yang kita tak boleh tolerate..tak payah la makan..kalau nak makan jugak .sendiri mau ingat la kan..tabah la dengan kesan lepas tu.huhu

Sebut pasal COMPLAIN ,bila aku rasa nak complain pada diri sendiri..aku akan ingatkan diri aku pada kesakitan yang aku pernah lalui dulu.air pun kena limit.sekarang makin sihat..nak complain lagi ke?Alhamdullilah aku cuma kena pantang air untuk 1tempoh je tapi patients CKD (Chronic Kidney Disease) yang kena dialisis ,air cuma boleh minum 500ml je sehari..nak complain lagi ke?nak complain itu tak boleh makan,ini tak boleh makan.sekurang-kurangnya ada makanan.nak complain lagi ke?ada jugak terbaca status kawan2 yg kerja government tulis ala bonus RM 500 je?Ok lah tu,at least ada jugak bonus.cuba letak diri anda dalam tempat penoreh getah ke,nelayan ke,petani ke yang ada kerja ada duit..takde kerja tak de duit.nak complain lagi ke?pekerja swasta pulak cakap,alahai kami takde bonus sedih la.cuba fikir,sekurang-kuranganya anda ada kerja.nak complain lagi ke?

hidup akan lebih bermakna apabila kita bukan hanya mendongak ke langit melihat keindahan bulan ,bintang & matahari..tengok juga ke bawah supaya kita lebih mensyukuri nikmat Allah...jangan bandingkan "sedikit " yang kita tak dapat dengan "lautan " nikmat yang tengah kita miliki