})();

Wednesday, May 16, 2012

TERIMA KASIH MAK...atas segala-galanya...



Aku  tinggal di hostel sejak umur  13 tahun sehinggalah aku berumur 25 tahun …dari zaman sekolah  sehingg ke university…berpindah randah dari  negeri Kelantan ,Perlis &  Selangor…boleh dikatakan aku  belajar  menjadi dewasa  bersama  rakan-rakan…Memang  tak dapat dinafikan hubungan dengan keluarga terutamanya Mak masih rapat walaupun jarak memisahkan  ..Sebab telefon lah yang menjadi penghubung kasih sayang…Walaubagaimanapun,masih terasa ada jarak sebab Mak tiada didepan mata…walaupun  aku tahun Mak sayangkan aku tapi masih ada jarak..Sama macam anak-anak yang lain,bila balik bercuti Mak akan masakkan  makanan sedap-sedap dan pada  masa yang singkat tu la dapat ambil berkesempatan nak bermanja sikit…Aku tahu kasih sayang Mak pada aku sama macam kasih sayang ibu-ibu lain di dunia ni tapi selepas aku didiagnose dengan SLE,aku tahu Mak bukanlah hanya ibu biasa…Mak adalah SUPERMAK di hati aku….


Semasa  didiagnose dengan SLE pada 15 June  2009,sama macam pesakit-pesakit lain,aku pun  rasa sangat-sangat  down…rasa  bagaikan  dunia ni dah jadi gelap gelita..tiada cahaya walaupun sedikit…aku tahu aku sedih,tetapi pada masa tu aku Cuma memikirkan perasaan aku sahaja……aku lupa,bagaimana pula  perasaan Mak yang telah melahir dan membesarkan aku..semestinya hati Mak juga hancur luluh…banyak harapan dan impian Mak juga yang terpaksa dikuburkan apabila aku didiagnose sakit kronik…kami masaing-masing memendam perasaan…aku tak pernah menangis di depan  Mak …sama jugak,Mak tidak pernah menangis di depan aku …sebabnya Cuma satu,kami taknak jadi lemah apabila melihat air mata masing-masing….


Aku pula berubah 360 darjah semasa awal-awal didiagnose dengan sakit ni..daripada seorang yang ceria dan positive aku berubah menjadi seorang yang  murung,sentiasa berfikiran negative,pemarah,sensitive,suka  mengamuk  &segala macam perangai yang buruk pun muncul….adik-adik aku memang sudah tak dapat menahan sabar  dengan perangai aku yang sentiasa  berubah-ubah..asyik bad mood saja…tapi Mak dan Ayah akulah yang sentiasa menyabarkan mereka,”Kakak sakit,jangan ambil hati  dengan apa yang dia cakap,apa yang dia buat”..sememangnya Mak akulah insan yang paling penyabar  menghadap kerenah aku yang bagaikan orang tak waras tu..huhu..adik aku pernah buat statement ni,kalau masa tu aku dah kahwin rasanya aku dah kena cerai sebab takde orang pun yang tahan dengan perangai aku selain Mak & Ayah aku..bila fikir balik,logic jugak statement tu….dalam condition macam tu ,takkan ada orang yang sanggup berada & bersabar  dengan aku melainkan Mak & Ayah…


Kalau ikutkan hukum alam ,secara logiknya anak la yang akan jaga ibu bila sakit…tapi dalam keadaan aku,situasinya  berbeza…Mak aku lah yang jaga aku semasa aku sakit …semasa terlantar di katil hospital siapa lagi yang sanggup jaga aku kalau bukan Mak…semasa kaki aku bengkak sampai bernanah ,siapa lagi yang sanggup buang nanah tu kalau bukan Mak…semasa  aku menjalani chemotheraphy,aku memang akan pergi  dan balik sendiri  sebab aku tak nak orang lain nampak apa yang aku lalui terutamanya Mak…Mak la orang yang paling susah hati bila aku asyik muntah & takde selera makan selepas chemo...sampai sekarang,Mak dah jadi macam”jururawat peribadi ” aku..walaupun Mak  tahu aku tak pernah culas makan ubat tapi dia tetap akan bertanya..”Makan ubat dah?”….teringat masa awal sakit,Mak ada buat peraturan “DO & DON’T” apa yang aku boleh /tak boleh makan/buat…contohnya ,masa awal sakit memang BP aku sangat tinggi & susah nak dikawal..Mak buat peraturan NO DAGING,NO MI KUNING,etc…so,kalau buat sup daging untuk 1 family,Mak akan buat singgang ikan untuk aku ..kalau buat Mi Kuah ,Mak akan buat bihun kuah untuk aku….hehe..aku pulak,masa di  depan semua orang ,aku berlakon la makan  Singgang ikan tu..tapi bila semua orang masuk tidur,aku curi-curi makan Sup daging tu..betul macam budak-budak ..apa yang orang larang yang tu la yang aku teringin nak makan..hehe…Mak tak pernah tahu semua ni,kira macam pengakuan ikhlas aku ni..walaupun Mak tak baca ni.. sekarang ,walaupun dah sihat sikit,bila Mak tengok aku makan “di luar peraturan ” dia still tegur…contohnya,KFC,Cuma boleh makan 1 bulan sekali je ..tapi kalau aku makan tiap-tiap minggu dia akan tegur..”Kerap sangat makan KFC ni”...so,sendiri mau ingatlah kan..



Alhamdullilah,sekarang SLE aku under control…aku sendiri pun tak tahu sampai bila keadaan ni akan berterusan…aku Cuma doakan yang baik-baik saja…berkat doa semua orang terutamanya Mak  aku dapat  kembali menjalani hidup macam orang biasa ..liza yang ceria dan positive is BACK!! walaupun bergantung dengan ubat-ubatan..aku redha..buat masa sekarang aku Cuma nak menghabiskan masa aku dengan Mak…sebelum tidur,tengok muka Mak,bangun tidur tengok muka Mak,sebelum pergi kerja tengok muka Mak,balik kerja  pun tengok muka Mak…sedih bila  Mak cakap macam ni“Mak Cuma nak tengok hang sihat balik saja,yang lain tu nanti dulu ”…sebenarnya Maklah sumber kekuatan aku bangkit semula pada  hari ni..siapalah aku tanpa doa Mak…aku memang tak boleh berikan Mak emas permata tapi  Insya Allah aku akan bagi kasih sayang untuk Mak hingga hujung nyawa…TERIMA KASIH MAK…atas segala-gala nya…………………   

Saturday, November 19, 2011

Why its smart to be optimistic?



Is the above glass is half empty or half full?

An  optimism person will look at the glass as half full and  a pessimism will look at the glass as half empty...

Just want to share a very good and inspired article from Reader's Digest (June 2011)...

Expecting good things can make we healthier and might even lengthen our life...


Optimism's principles :


  1. Feeling well helps when we  are not well..When researchers look at people who have similar medical conditions,they can predict who's likely to live longer :the one who feels their health is better .There's something about that feeling of wellness that's important :Optimism also seems to help buffer us against stress..                                                                                                                                                             
  2. Optimism is something we do."Anxiety and other negative emotions are known to be detrimental to our body "..People who are optimistic are more likely to actively participate in their treatment..                                                                                                             
  3. Create a positive events log.."  Good things happen to everyone,but pessimists often don't take notice "..spending a few minutes everyday writing about at least 3 positive things may help us expect them often....
Reference:
1)Reader's Digest June 2011

Friday, October 21, 2011

KIDNEY BIOPSY & WHO CLASSIFICATIONS


KIDNEY BIOPSY & WHO CLASSIFICATIONS

WHO class   Name                10 Year (% Dialysis risk)      Treatment                

1)  i              Nil disease                  <1                                        None  

2) ii             Mesangial               10                                 Low to moderate dose steroids

3)iii             Focal proliferative        50                                 Steroids,immuno-suppressives

4)iv            Diffuse proliferative       50-75                           Steroids,immuno-suppressives

5)v             Membranous                30                                 Steroids,immuno-suppressives

6)vi            Glomerulosclerosis        High                               None


           Mula-mula sekali minta maaf bebanyak sebab saya tak pandai nak letak table dalam blog ni..huhu..sorry sebab sangat buruk..harap dapat share serba sedikit information..:-)
          
          Ramai juga patient yg bertanya,lepas renal biopsy macam mana kita nak tahu tahap mana lupus nephritis kita..ataupun dengan bahasa mudah,seserius mana sakit kita...dalam medical report cuma tulis class iii,class iv,etc...kita pun tak sure,benda apa tu?huhu..biasanya dr akan terus bagi ubat ataupun treatment yg sesuai...biasanya class akan ditentukan base on WHO classifications(Kidney biopsy)....biasanya untuk class i,% untuk diaysis risk is less than 1%..& no need specific tretament...for class ii,10 % dialysis risk within 10 years....& ubat memadai dengan pengambilan prednisolone a.k.a steroids....class iii pula,50% dialysis risk within 10 years.....ubat-ubatan pula,biasanya steroids,cyclophosphamide chemotheraphy,azathioprine,mmf..etc....

         Macam aku pulak class iv,50%-75% dialysis risk within 10 years...treatment pula...bermula dengan 13 biji prednisolone sebelum mula dengan 6 kali cyclophosphamide chemotheraphy...prednisolone berkurang bila start cyclo...daripada 13 tablet menjadi 8,6,4,2 & until october 2011=1.5 tablet prednisolone...sekarang aku juga ambil 100mg azathioprine (immunosuppressive drugs juga cuma version makan)..

         Untuk class v,30% dialysis risk within 10 years..treatment pun sama juga ..combinations of steroids +immuno-suppressive drugs....class 6,approaches kidney failure(ESRD=..end stage renal disease)...

      Ada beberapa patient yg class vi yg saya kenal bertanya kenapa kami tak perlu cyclophosphamide chemotheraphy sedangkan class kami lebih tinggi daripada  patient class iii&vi?jawapan ni diberikan oleh DR saya.."Class vi adalah yg paling aggressive  & dikuti dengan class iii(boleh refer juga pada table di atas...% untuk dialysis bagi class iii=50 %,class iv =50% until 75% while class v is 30 %)"..

      But dont worry too much,even we have to undergo treatment for the rest of our lives..about 80% of patients respond well or recover once they undergo treatment...so,NEVER  GIVE UP& jangan lupa berdoa..:-)

References:
1) Health Today magazine,June 2009
2)Dr Leong Chong Men

Friday, October 14, 2011

Organise your pills..

                   





Terjumpa 1 artikel yang bagus terutamanya untuk pesakit-pesakit SLE yang telan 
berjenis-jenis pill setiap hari..hehe..untuk menyedapkan hati aku cakap makan "gula-gula"..ye lah,macam warna ubat tu kan..:-).SLE ni penyakit yg pelik sikit ,jadi tak payah la makan ubat sebarangan unless diprescribe oleh doktor pakar...terutama SLE yg attack KIDNEY(macam aku)..kena EXTRA EXTRA EXTRA care..sebab "unsure" content dalam "unsure product" tu boleh sebabkan SLE makin aktif & serang kidney kita & organ-organ lain...GAMAT & HERBA adalah benda yg WAJIB DIELAKKAN... kita ikut je lah ,perkara yg telah diprove secara klinikal ni..tu pun salah 1 usaha juga..disamping jangan berputus asa & terus berdoa ....


                   Navigating the supplement & medication maze can get confusing ,especially when u have multiple prescriptions .It is important to organize yourself with your medications and supplements to prevent unnecessary mishaps .Dr Lorraine J.Sudas & Dr Mark S.Lachs(The Star ,9 Oct 2011) offered these key tips on how to stay on track..

  1. Keep a list of your medications with u at all times.
  2. Make sure to include brand and generic names,as well as dosages & frequency.
  3. Include all vitamins and supplements  on the list.
  4. Share the list with every health care provider you come in contact with;whether or not he / she suggests new medicines or medicine change.
  5. Never mix medications in the same bottle even if traveling .Taping an actual pill to your medication list .Can help u identify each medicine.
  6. When u hear about a new drug or a health product ,ask yourself ."Is this base on clinical trial ,an observational study,or only personal endorsement ".
  7. Don't make health decisions on basis of observation's studies.They are interesting to think about,but they don't prove anything.
  8. If u are thinking of buying supplement or drug ,ask your doctor's opinion.Don't take them on the basis of personal testimonials..
 Reference:
               1)The Star ,9 October 2011



Friday, October 7, 2011

Hidup ini sukar dijangka di mana penghujungnya.....

              



            Lama rasa tak update blog..yup..July sampai September..aku macam robot bekerja..bekerja di tuition centre,buat biskut raya (tempahan almost 10000 biji & sebab aku kedekut jadi aku buat la sorang-sorang..hehe)& ajar tuition di rumah orang(hometuition)..jadual yg sangat padat....isnin ,selasa & khamis..8am hingga 9pm -1pm aku akan buat  kuih raya..2-6 pm bekerja di tuition centre..pukul 9.30 pm-12.30pm =buat kuih lagi..ahad& rabu =buat biskut dari pagi ke malam..sabtu=ajar hometuition 8.30am -5.30 pm...malam,buat kuih raya lagi..jumaat =9am-5pm=working @ tuition centre..malam=sambung buat biskit raya lagi.....bekerja 7 hari seminggu..cuma rehat masa tidur je..walau pun penat,aku cuba sehabis baik untuk tidur at least 6 jam,ubat makan seperti biasa..hehe..cuma part exercise tu selalu curi tulang...ampun doctor;-)

             Walaupun tersangat-sangat penat...aku try my best untuk control stress..sangat risau SLE relapse masa tu...ye lah,lagi 2 minggu nak raya ,ada beribu2 biskut lagi yg tak siap..huhu..(moral of the story jangan kedekut sangat,cik Liza oi:-)..next year kena cari pekerja jugak) ..tapi walaupun penat,maybe sebab aku buat benda yg aku suka..jadi aku still boleh bergembira walaupun rasa muka pun dah ada mirip cookies,tepung,butter,etc..hahaha

            2 September =birthday aku yg ke 28..huhu..umur hanya angka(ayat untuk menggembirakan hati sendiri)...walaupun 2 september tarikh aku dilahirkan..tapi lepas sakit ,dah banyak pulak "anniversary " yg aku kena ingat..mula dengan tarikh 26 May 2009...tarikh aku buat kidney ultrasound..dengan result yg "cemerlang " tu aku di hantar ke Nephro Clinic(klinik pakar buah pinggang).... pada 15 June 2009..haritu juga aku mula didiagnose dengan SLE oleh Dr Leong Chong Men & mulalah hidup aku dengan mengambil makanan  ruji a.k.a prednisolone a.k.a steroids(bermula dengan 13 biji=65mg+ubat2 lain 1 bag plastik)...24 June 2009 pulak tarikh renal biopsy(ambil isi buah pinggang ) dilakukan oleh Dr Lam Swee Win....27 July 2009..dapat result renal biopsy..nampaknya "cemerlang " juga...Lupus Nephritis Class 4.....sebab result yg sangat "cemerlang " tu aku start dengan Cyclophasphamide chemotheraphy pada 24 august 2009 sampai 18 February 2010..29 March 2010 aku start dengan Azathioprine sampai la ke hari ni....huhu...aku nak print la semua tarikh ni..nanti kalau jumpa dr baru,dia tanya aku punya medical history aku boleh suruh dia baca je..hehehe..senang kan?ataupun maybe aku boleh rekod,lepas tu bila jumpa doktor..aku tekan je button "PLAY"..nice suggestion ,right??!sebab ramai patient complain bosan nak kena ulang medical history again& again & again..huhu

                 Pada 22 September 2011 pula aku kehilangan seorang rakan & seorang kakak yg baik disebabkan breast cancer(arwah merupakan kakak ipar kepada sahabat baik aku & aku sangat rapat dengan family arwah)..sedih sangat bila mengenangkan arwah cuma berusia 32 tahun & meninggalkan anak2 yg masih kecil...hanya patient yg memahami perasaan patient yg lain..kami selalu memberi sokongan antara 1 sama lain..paling aku tersentuh,aku mencadangkan supaya arwah mula menulis blog sebab kadang2 kita dapat  release tension selepas menulis..tak sangaka,arwah mula menulis selepas tu...erm..susah nak gambarkan perasaan aku...sedih sangat -sangat bila baca blog arwah..curahan perasaan arwah dicoretkan dengan dengan begitu baik sekali...betapa tabahnya arwah dalam menghadapi hidupnya yg masih bersisa....semoga aku akan jadi insan yg setabah tu  .....hidup ni memang sukar dijangka di mana penghujung nya....Ya  Allah,tempatkan lah arwah Ku NoorHayati Ku Yakob dikalangan hamba Mu yg beriman..Al-Fatihah..... 



Friday, July 15, 2011

Role of immunosuppressants in treating SLE..

                    

                      Ramai jugak yang bertanya ..apa function immunosuppressant drugs yg patients SLE kena ambil tu?kenapa nak kena chemo segala macam tu?SLE ni kanser ke?kebetulan,aku terjumpa 1 artikel tajuk"Role of immunosuppressants in treating SLE "dalam majalah Health Today(edition April 2011)..so,boleh la aku try to share serba sedikit...try to guna bahasa rojak..BM+BI supaya senang sikit untuk faham:-)..tapi ada sesetengah medical terms yg aku tak berani nak translate sebab takut lari maksud..ye lah,lagipun aku ni bukannya doctor..hehe

                 Systemic Lupus Erythematosus (SLE),more commonly referred to as lupus is an autoimmune condition,he/she develops antibodies that attack healthy tissues in the body.SLE can affect the joints,muscles and even the organs in the body such as kidney,skin,brain,etc..& Lupus Nephritis is when SLE affect the kidney,while Cerebral Lupus is the name for SLE affect brain..(SLE ni bila antibody yg sepatutnya menyerang virus,etc tapi telah bertindak menyerang tisu yg sihat di dalam badan seperti sendi,buah pinggang ,kulit,otak dan sebagainya).


             SLE is a chronic disease ,although patients can have an absence of symptoms (remission ) for long periods.Nonetheless,symptoms can flare up from time to time without warning.There is no cure yet for SLE .The purpose of treatment is to slow down the body's autoimmune activity ,which is responsible for the symptoms.(SLE merupakan penyakit kronik,walaupun tiada simptoms untuk beberapa ketika (remission)tetapi simptoms boleh muncul secara tiba-tiba(relapse) tanpa amaran..ish ni la yg paling menakutkan..sebab tu la,kalau demam ke,terus je ke hospital sebab kita tak tahu ka apa yg akan berlaku.Setakat ni,SLE masih belum ada penawar,rawatan cuma boleh untuk mengurangkan autoimmune activity yg sebabkan semua simptoms )..


          Treatment also helps lessen the severity of symptoms ,which include butterfly skin rashes ,fever,hair loss,depression ,mouth ulcers and kidney damage.Another aim of treatment is to reduce inflammation of affected organs.(Rawatan yg dilakukan cuma dapat mengurangkan simptoms seperti butterfly rashes,demam,rambut gugur & kerosakan buah pinggang.Rawatan ni juga boleh mengurangkan imflammation organ2 yg terlibat)...



         There are a number of immmunosuppressive agents used to treat SLE.They include steroids,azathioprine(brand name IMURAN) ,methotrexate ,cyclophosphamide(brand name CYTOXAN) and mycophenolate mofetil(MMF..brand name Cell Cept)..ada juga brand name nama lain tapi yg ni lah yg biasa aku dengar /guna...(Segala nama2 ubat di atas adalah beberapa contoh immunosuppressive drugs yg digunakan untuk merawat SLE..macam aku antara immunosuppresive drugs yg aku ambil secara oral adalah prednisolone(steroids) & azathioprine..& cyclophosphamide pula di beri di hospital sebulan sekali sebanyak 6 kali..caranya adalah IV(Intravenous theraphy) a.k.a ubat tu dimasukkan melalui vein/urat di tangan tu)...


             Steroids are used to treat severe inflammation , which is found in many conditions e.g kidney inflammation .It can also works as an immuno-suppressant .Unfortunately ,steroids come with a number of side effects. These adverse effects include weight gain, increased risk of osteoporosis and infections and appearance or increase of facial hair & acne.(Steroids juga merupakan salah 1 immuno-suppressant.Walaubagaimanapun,terdapat pelbagai kesan sampingan steroids seperti  berat badan bertambah,meningkatkan risiko osteoporosis(tulang rapuh),mudah mendapat jangkitan ,dan juaga meningkatkan pertambahan bulu di muka).


                 Besides causing nausea and hair loss, cyclophosphamide can also cause a loss of bone marrow function leading to anaemia and a reduction in white blood cells and platelets.( Cyclophosphamide juga boleh menyebabkan loya,muntah ,rambut gugur,anaemia disamping darah putih & platelet yg semakin berkurang.Sepanjang 6 kali  treatment dengan cyclophosphamide  aku memang selalu muntah,kurang selera makan , rambut gugur,dan senang dapat jangkitan..demam,batuk,selsema tu perkara biasa terjadi..kebiasaannya ,kalau ada sebarang  masalah kesihatan aku akan terus ke hospital ..kebiasaannya kalau demam,batuk,selsema , cyclo chemo akan di tunda sehingga badan betul2 sihat…biasanya 2 minggu selepas cyclo chemo(short form untuk cyclophosphamide chemotheraphy),akan ada appointment untuk ambil darah..biasanya untuk check white blood cells & platelets..kebiasaannya white blood cell dan platelets akan jadi rendah sedikit 2 minggu selepas cyclo chemo..jadi,kena lebih berhati-hati untuk jaga diri dalam tempoh ni .Cyclophosphamide juga boleh mengganggu kesuburan .Biasanya pesakit tidak digalakkan untuk mengandung dalam tempoh cyclo chemo sehingga 2 tahun selepas  cyclo chemo& juga tidak boleh breast feed baby..biasanya bila dah start cyclo chemo ,dose steroids akan makin berkurang…contohnya aku,sebelum cyclo chemo aku ambil 13 tablets steroids perday…bila start cyclo chemo,tinggal  2 tablets).


                   Another immuno-suppressant is Azathioprine..Azathioprine is helpful as it reduces the dosage of  steroids required .Due to their  strength ,immuno suppressant are usually only prescribed for serious cases of SLE where there is major organ involvement..Azathioprine can lower the blood cells that help your body fight infections. This can make it easier for you to bleed from an injury or get sick from being around others who are ill. To be sure your blood cells do not get too low, your blood will need to be tested on a regular basis. Your kidney function may also to need to be tested. Do not miss any scheduled visits to your doctor.Call your doctor at once if you have a fever, chills, sore throat, body aches, weakness, muscle pain, easy bruising or bleeding, mouth sores, pale stools, darkened urine, or severe nausea, vomiting, and diarrhea. 


                              If you need to have any type of surgery, tell the surgeon ahead of time that you are using azathioprine. You may need to stop using the medicine for a short time.Do not receive a "live" vaccine while you are being treated with azathioprine and avoid coming into contact with anyone who has recently received a live vaccine. There is a chance that the virus could be passed on to you.This medication can affect fertility (your ability to have children), whether you are a man or a woman. Talk with your doctor if you have concerns about this.(Selepas 6 kali cyclophosphamide ,aku sambung pula dengan ubat azathioprine 100mg per day..ubat ni senang sebab version makan & side effects pun kurang(bagi aku la tapi ada patient yg tak ok dengan ubat ni).ubat ni ..azathioprine ni boleh lower kan blood cells jadi agak mudah untuk jatuh sakit..seperti biasa,patients SLE kena sentiasa alert dengan perubahan diri..kalau demam,sakit tekak,selsema,muntah ,cirit birit ..etc kena cepat2 ke hospital..bagi orang lain maybe semua tu perkara biasa tapi bagi kita akan jadi luar biasa..jadi sentiasa la beringat...harga azathioprine ni pun mahal tapi mahal lagi ubat MMf kat bawah ni..hehe)

               Mycophenolate mofetil(MMF/Cell Cept) is also type of immunosuppressant and is used quite widely in the treatment of lupus nephritis .originally indicated to prevent organ rejection after transplant,this drugs shows promising  results in the treatment of SLE symptoms..MMF is registered in Malaysia since July 2006 to treat SLE patients with renal involvement ….compared with several other medications ,MMF is  better tolerated and has fewer side effects..Since its benefits outweigh its adverse effects ,MMF is particularly helpful for lupus nephritis and for patients who do not respond well to other treatment …
As most SLE patients  are young and of child bearing age ,MMF is a good  alternative drug for  those who suffer  from less severe lupus nephritis or who cannot tolerate the conventional drug(cyclophosphamide ) but who wish to get pregnant once the disease is under control..A side from that , MMF also helps  control  the overall disease and reduces the required dosage of steroids..The disadvantage of MMF is the price is very expensive.However ,if MMF is taken during pregnancy ,it may cause birth defects or foetal death...(MMF /Cellcept ni sangat mahal..biasanya di hospital kerajaan..ni pilihan terakhir sebab stok untuk sebulan mencecah ribuan ringgit..tapi ramai je patient yg aku kenal ambil ubat ni (di hospital kerajaan) apabila badan tak boleh tolerate/bagi reaksi yg positif  dengan cyclophosphamide ataupun azathioprine..seperti mana-mana immunmosuppresive drugs pun tak boleh diambil semasa mengandung sebab boleh menyebabkan kecacatan & kematian bayi )..

          Walaupun terdapat bermacam-macam side effects immunosuppresive drugs ni..kita sebagai patient SLE harus redha..ni h satu daripada iktiar /usaha kita untuk mengawal SLE..yup,SLE tak boleh di sembuhkan cuma boleh di kawal..sejujurnya,SLE berada dalam keadaa terkawal pun aku dah bersyukur sangat walaupun terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan...kadang-kadang dalam hidup kita tak boleh dapat semua yg kita nak..kita dapat sesuatu & terpaksa korban kan sesuatu...bersyukur apa yg ada:-)  

References:

1)    http://www.emedicinehealth.com/drug-azathioprine/article_em.htm

2)Health Today magazine , April 2011 edition 

3)Health Today magazine ,Jun  2009 edition 
       

    

Monday, June 27, 2011

Small happiness that bring more "sunshine " to my life:-)

               Erm..aku tak perlu jadi seorang JUTAWAN untuk menjadi happy:-)..haha..kalau tunggu aku jadi jutawan,alamatnya sampai bila pun tak happy la aku..hihi..tak kisah la pesakit ke,orang yang sihat ke..yang paling penting adalah hati yg gembira..&  kita tak perlukan perkara yg besar -besar untuk menjadi happy..tengok sekeliling kita..tengok apa yg kita ada dengan penuh kesyukuran..& happy akan datang kemudian..:-)               

              Sekarang ni ,aku malas nak fikir banyak -banyak dah..aku try untuk appreciate every single happiness that occurred in my life..walaupun,maybe bagi sesetengah orang..it's mean nothing..bagi aku it means a lot....just want to share,last week ada 2 perkara yg terjadi kepada orang lain ...tapi bagi full happiness to my life..nak cerita pasal 2 of my students..even aku ni cuma cikgu tuisyen& I always call my self "cikgu cap ayam"..hikhik..tapi tak kisah la apa pun kerja yang kita buat..yang penting ikhlas & buat dengan sepenuh hati..aku tak nak cerita pasal budak yg memang bijak pandai..every test markah 90++..aku nak cerita pasal..2 budak yg agak lemah(bagi aku)..tapi exam yang baru2 ni..they got  flying colours in their results....they have very different characters..budak yg pertama bernama Nasrullah Aiman..Form 3 Sekolah Menengah Alor Biak...budak yg kedua bernama Chua Lian Chia ..Form 2..SMJK(C) Keat Hwa..

             Nasrullah ni budak nya sangat pasif,pendiam,penuh dengan sifat rendah diri,agak slow sikit tapi sangat rajin...every new topic,kena ajar banyak kali baru dia faham...result UPSR dia untuk subject Math pun tak berapa bagus..awal-awal dulu dia sangat tak berminat dengan Math..dia sudah set dalam kepala.."Math adalah subjek yg sangat susah&saya bukan pelajar yang pandai"...aku ajar dia subject Math di Kumon dari January 2010 until present....pada awal tahun 2011..mak dia pernah cakap,nak berhenti dari Kumon sebab nak fokus untuk PMR..tapi bila tengok kami di KUMON bersungguh-sungguh ajar anak dia..dia cakap,tunggu sampai bulan 6 lah...di KUMON selepas every level akan ada test sebelum naik ke level baru..kalau test tak lulus..kena retest balik..

         Dalam bulan 4,aku plan nak bagi  test untuk dia ...masa tu current level dia=Level G(solving algebraic expression)..ada 70 soalan,kena siapkan dalam masa 25 minute..sebelum start lagi..dia dah cakap kat aku.."confirm saya tak lulus test ni...banyak betul soalan...masa sekejap pulak tu..lagipun..saya tak pandai"..ish geram betol aku dengan budak ni...hehe..masa ni lah aku gunakan kuasa veto aku.."saya tak kira.kamu kena test jugak harini sebab saya tahu kamu boleh buat"..dia pun jawap la test tu di depan aku..tahu apa jadi...dia dapat jawap 66 soalan dengan betul daripada 70 soalan dalam masa 19 minute...sebenarnya dia boleh ..cuma selalu rasa  tak yakin+selalu rasa diri sendiri tak pandai..aku rasa kerajinan dia tu sebenarnya menyelamatkan dia..aku selalu cakap kepada diri sendiri& budak2 ni...tak ramai yg dilahirkan sebagai seorang yg geniuse..jadi kita orang yg biasa2  ni..kena lah jadi rajin..kalau tak,takkan ke mana..

       Sometimes,kena gunakan psychology jugak dengan these kids..hehe..aku terfikir ,mesti seumur hidup dia tak pernah pun dapat hadiah atas kejayaan dalam bidang akademik..sebab dia lulus Kumon's Test dengan cemerlang...aku bagi sekeping kad+coklat cadbury(hehe..hadiah murah je..takkan aku nak bagi kereta sport pulak kot)..tapi di kad tu aku tulis ayat ni..."Cikgu percaya kamu boleh& seorang yg pandai..kalau cikgu percaya,kamu mesti lebih percaya kepada diri sendiri"..simple but meaningful& aku berdoa dia letak la nasihat aku tu dalam hati& kepala..dia memang tak boleh pergi jauh kalau sifat rendah diri menguasai diri....

         Last week,mak dia call & inform,untuk peperiksaan pertengahan tahun dia dapat markah 95% & highest score dalam kelas!!cikgu di sekolah& parents dia pun terkejut sebab markah dia selalunya cukup makan je..kadang-kadang tak lulus..Alhamdullilah ,harap-harap kesedaran dia berterusan sampai bila-bila..bukan setakat PMR je ..harap sampai ke universiti..& yg bagusnya,mak dia cakap..sayang pula nak berhenti KUMON..so,teruskan je lah...hehe..ni bukan bussiness strategy ya:-)..

         Ada 1 lagi story gembira  daripada 1 of my hometuition student.Nama dia Chua Lian Chia (Form 2)..every Saturday aku akan ke rumah dia untuk ajar Sejarah & English...macam mana aku berkenalan dengan budak ni ya?sebenarnya ,nenek dia nama Aunty Soo Ah Choo..patient ESRD(end stage renal disease) yg aku jumpa di wad buah pinggang masa pernah kena admit dulu..walaupun aunty tu dah meninggal tapi aku still keep in touch with her  family sebab every week akan ajar cucu-cucu aunty ni..Chua Lian Chia ni 1 of cucu aunty ni lah...

              Dia ni sangat berbeza dengan Nasrullah..dia seorang yang sangat aktif,cakap banyak,cepat pick up apa yg di ajar cuma sangat malas+suka main-main& tak serius..sangat pemalas,sampaikan nota yg aku bagi setiap minggu,dia cuma akan buka pada hari aku pergi mengajar ..so,dia cuma akan buka nota tu pada hari Sabtu sahaja..hehe..buka je..belum tentu baca...result dia?masa form 1,tak pernah lulus...markah tak pernah lebih daripada 30%..in fact,aku ingat lagi,first test dia..markah 20%& ada 1 soalan dia  jawap ni.."Asal usul nama Melaka daripada nama anjing peliharaan!!"..haha...aku almost give up& suruh mak dia cari cikgu Cina sebab aku memang menghadapi masalah bahasa dengan dia..kadang2 macam ayam bercakap dengan itik..hehe..tapi mak dia cakap.."Its ok..ajar perlahan-lahan.saya memang nak suruh cikgu Melayu yg ajar dia sebab BM dia teruk"..so aku pun teruskan kerja aku macam biasa..walaupun kadang2 rasa tak sedap hati sebab parents dia bayar tapi anak still takde improvement..

                Untuk memudahkan communication,aku belajar juga bahasa cina yg simple2..contohnya,"terima kasih,cikgu,makan,cepat,tak nak,tak payah,minum,cantik,abang,kakak,adik,etc"..hehe..bila dia tengok aku ada inisiatif nak belajar bahasa cina...secara tak langsung influence dia untuk belajar BM & boleh faham Sejarah...aku selalu je panggil dia cikgu dalam bahasa cina & tanya sesetengah perkataan dalam bahasa cina..hehe..seronok la dia bila aku panggil dia cikgu..so,mood dia nak belajar tu sentiasa ada... walaupun selalu main-main& tak serius..

             Dalam ujian Sejarah pertengahan tahun baru-baru ni,dia dapat 42/60..ataupun 70%...mestilah aku terkejut sebab sebelum ni dia tak pernah lulus pun...bila aku tanya ,baca buku tak ?dia boleh jawap macam ni..."Dalam saya tak baca buku pun saya dapat 70%..kalau saya baca mesti saya dapat 100%..saya tak mau  cikgu pengsan sebab terkejut!!"..haha.....sabar je lah..dia ni,aku cakap sepatah,dia jawap 10 patah..perkara biasa ni...

           Aku cuma tumpang gembira bila tengok anak-anak ni berjaya..semua tu atas usaha masing-masing..aku sebagai  orang yg lebih tua ni cuma boleh bagi guideline..& kadang2 leteran...the rest atas diaorang jugak...aku sangat berterima kasih kepada anak-anak ni..sebab they always bring happiness & "sunshine" to my life...:-)

          & believe me ..aku tak perlu jadi seorang Jutawan untuk menjadi happy:-)(hihi..ayat daripada seorang yg tak kaya..haha)