})();

Sunday, February 16, 2014

My Story~Sinar Harian 9hb February 2014


Stay positive Lupus Fighter!!


Suatu masa dahulu..

Suatu masa dulu,(lebih spesifik 5 tahun lepas)..cuaca panas terik macam sekarang la..kaki bengkak lebih kurang 20kg(berat kaki SAHAJA..hehe..takkan berat badan kot)..admitted wad dekat sebulan..BP naik tak turun2..fungsi buah pinggang pun tak OK..walaupun BP tinggi & panas terik ,Dr cuma bagi minum 500ml sahaja per day (lebih kurang 2 cawan setengah),tapi kalau mkn buah ,sup ataupun makanan berkuah ,kena minum kurang daripada 500ml..kalau minum lebih,jadi makin bengkak...takut air masuk dlm peparu..nanti komplikasi lain pulak datang..

Alhamdullilah sekarang,bp ok,fungsi buah pinggang pun ok.bila fungsi buah pinggang stabil,minum la air banyak mana pun,In shaa Allah takde masalah..sebab bila buah pinggang normal,air berlebihan boleh keluar melalui urine..tapi kalau buah pinggang tak Ok,air akan masuk balik dalam badan.sebab tu bengkak .nak buang air kecil pun kena makan ubat bila fungsi buah pinggang tak ok.

Kesimpulannya,hargailah kesihatan kita selagi badan masih sihat..bersyukurlah walaupun kita sakit ,sekurang-kurangnya kita masih bernafas..bayangkan nikmat minum air & buang air tu kalau kita sihat ,kita tak nampak pun betapa berharganya semua tu.bila dah sakit baru rasa,ya Allah nikmat yg aku rasa "simple" je ni,bila ditarik balik rasa susahnya hidup.Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik- baik saja.Amin 

Happy Birthday ayah yg ke 57 =)




Walaupun ayah aku xdak FB & tak baca blog aku  tapi aku still nak wish gak..Happy Birthday yg ke 57 tahun,Ayah!!Love U so much!!semoga sentiasa sihat & happy selalu..Amiin..

Masa umur aku 12 tahun 5 bulan,ayah aku "paksa " aku masuk MRSM di Kelantan..aku menangis2 tak mau pegi..ayah aku paksa jugak..dalam hati aku masa tu..ayah la orang yg paling kejam..kesian aku terpaksa sekolah jauh2,jauh drp family..akhirnya form 3 aku dapat gak 8A dlm PMR..

Masa aku umur 18 tahun..lps result SPM keluar..aku cakap kat ayah aku..aku nak jadi cikgu tadika..ayah aku cakap,"Jangan merepek..masuk UIA ambik Engineering"..sekali lagi aku mendaftar kat matrik UIA dgn linangan air mata..dalam hati aku..ayah memang kejam..tapi ada 1 ayat yg ayah aku cakap pada haritu yg aku ingat.."Ayah percaya hang boleh.hang anak ayah yg walau kat mana pun kena campak,hang boleh hidup" ..aku pegang ayat tu..akhirnya dlm kepayahan aku grad jugak dgn Degree dlm Communication Engineering..

Rupa2 nya,segala "KEKEJAMAN" yg ayah aku lakukan dulu tu as a "PREPARATION" untuk aku menghadapi real life yg sememangnya KEJAM..yup,almost 5 years living with SLE..In Shaa Allah ..I will survive..semoga aku pun dikurniakan kesihatan yg terbaik ..dapat balas jasa & berkesempatan untuk jaga ayah aku pulak macam ayah aku jaga Tok Wan aku..Amiin

Tuesday, January 7, 2014

4 Years With KUMON JITRA =)



8.1.2014..genap 4 tahun kerja di Kumon Jitra.masa start kerja kat sini aku dah 5 kali cyclo chemo.ada balance lagi 1 kali cyclo.hehe..kira azam 2010 la masa tu,"get a better life" sebab 2009 hidup penuh dengan check in di ward je.rumah -hospital,rumah -hospital.huhu..tak buat apa lak tu cuma mkn tido pi cyclo.betapa x produktifnya hidup!hehe

Masa minta kerja aku cerita dekat boss yg aku ni sakit & tengah chemo.bos aku cakap ok je.kalau tak sihat ,cakap je.kenapa aku pilih Kumon? Sebab masa belajar di Uia,aku buat part time job masa weekend di Kumon Setiawangsa.hehe..kalau orang lain release kan tension di KLCC,aku release kan n di Kumon.happy pun dapat,duit pun dapat 

Masa nak cari kerja,priority aku bukan je duit tapi kerja yang boleh happy kan aku.dari zaman buat part time job lagi aku sedar kids are my best theraphy..sebagai pesakit SLE,Dr dah pesan..kena control stress & hidup dengan gembira.In Shaa Allah SLE akan terkawal.

Maybe betul jugak kot apa Dr cakap,dengan izin Allah lepas cyclo chemo & aku start kerja di Kumon di mana hari-hari dapat jumpa macam perangai budak rasa enjoy sangat ..secara tak langsung dah 4 tahun jugak encik SLE stabil.Alhamdullilah.hehe. ada budak yang masa aku masuk kerja umur 5 tahun,sekarang dah umur 9 tahun.dulu boleh peluk sekarang nak peluk pun budak dah malu.ok noted,cikgu pun makin tua.hehe

Thank u kak Diana Nurdiana.I got most of my happiness here.Beautiful kids & amazing friends made my life perfecto .much love! 

Monday, January 6, 2014

Kita hanya merancang..




Ada orang tanya,"5 tahun lagi hang nak duduk mcm ni lagi ka?"..hehe..faham faham..maksud orang tu 5 tahun lagi life & keja aku still macam ni jugak ke?..jawapan aku standard ..entahlah...jawapan entahlah tu sebenarnya aku malas nak buat ulasan panjang2 untuk sesuatu yg kita tak pasti & orang yang tak berapa kenal.

Sejujurnya..kalau orang lain letak perancangan 5 tahun,10 tahun,20 tahun etc...akuletak perancangan 1 tahun demi setahun..selepas setahun ,masih bernafas..Alhamdullilah..go for another year..in fact ,masa SLE relapse & cyclo chemo,plan hidup aku cuma 1bulan demi 1 bulan ..ok dapat dilalui dengan jayanya.Alhamdullilah.

Aku cuma malas nak merancang melebih2 ,entah kan panjang umur entahkan tidak..go with the flow sudah..kalau merancang & berharap lebih lebih tapi kesihatan tak mengizinkan,kita jugak yg frust..apa-apa pun keputusan yang aku buat ,kesihatan tetap keutamaan..tapi saving untuk masa tua wajib ada..dibuatnya panjang umur,saving takde nak makan apa ye tak ?hehe..Selagi berdaya & mampu bekerja berusahalah sebaik mungkin.caiyokk!! 

Tuesday, December 31, 2013

Happy New Year 2014!

Alhamdullilah 2013 bakal berlalu dengan "zero check in di wad"..hehe..since 2010, azam pertama setiap tahun aku adalah "zero check in di wad"..dengan izin Allah jugak 2011,2012 & 2013 adalah tahun "zero check in di wad"...last check in di wad adalah pada February 2010..hehe..hanya pesakit yg memahami betapa nikmatnya hidup tanpa check in di wad ,kannn 

Malas nak pikir dah apa yg jadi pada tahun 2013..sekarang cuma nak fikir tahun 2014 yg lebih cemerlang,gemilang & terbilang..paling penting jadi insan yang lebih baik..supaya dapat menggembirakan orang sekeliling & diri sendiri..hehe...hati yang gembira adalah the best therapy untuk dapat badan yang sihat  .tahun 2014 ni aku nak buat azam yang biar nampak realistik & logik..

1)Tahun ke 5 hidup dengan Encik SLE..supaya encik SLE sentiasa "tidur " & zero check in di wad untuk tahun 2014.

2)Kalau tahun 2013 saving adalah 20% daripada gaji tapi tahun 2014 saving WAJIB 40 % daripada gaji ataupun lebih.hehe..aku ni pesakit,sementara sihat ni kenalah kerja kuat untuk simpan duit sebab masa depan kita tak tahu apa nak jadi kan..mana nak datang saving lagi 20 % tu?tengok point no 3.

3)Lost more KGs!!haha..kalau sebelum ni ,lost kgs hanyalah impian..tapi since last September clinic..Dr dah mula monitor berat badan ...every clinic kena lompat atas penimbang...aish..sebagai pesakit yang baik & menurut perintah ..hehe..aku kenalah ikut kannn(hehe..sebenarnya aku tak suka Dr bising ,sebab tu gigih jugak turunkan berat )..target 1 bulan 1 kg (ni adalah amount yg paling realistik untuk dicapai..haha..nak turun 1 bulan 10kg tu penipu besaq la!)..so 12 bulan sepatutnya kena turun 12kg(gulpp!!!)turun secara sihat ya bukan makan produk ke apa ke..

salah 1 cara nak turunkan berat badan adalah dengan (bunyi drum sikit..hehe)..KURANGKAN MAKAN..hehe..aku cakap jujur ni..duit aku banyak habis ke makanan pun..jadi 20% daripada duit makan aku ,aku akan masukkan dalam duit saving aku pada point no 1..so,cukuplah 40% saving..

4 )Exercise more..haha..part ni aku selalu menipu..ok sekarang azam aku untuk 2014..hari Ahad,Isnin,Selasa ,Rabu(hari yang aku ada kelas petang)..WAJIB masak di rumah untuk lunch ..& paling penting aku kena berjalan kaki untuk pi kedai untuk beli bahan masak tu..haha..pergi 15 minit,balik 15 minit..sehari 30 minit..4 hari =120 minit ...lepas tu memasak pun exercise jugak tu..kat sini aku dah boleh jimat 2 benda

1)minyak tak payah keluar sebab jalan kaki kan
2)jimat duit makanan..hehe..harga bahan mentah & harga makanan yang dah siap masak..jauh beza ,ok!

benefit yang boleh dapat daripada point no 4
1)jimat minyak & duit(boleh masuk dalam saving 40% point no 1)
2)badan jadi lebih sihat sebab masak sendiri makanan kan..(sepatutnya masak sendiri lebih sihat la kan..huhu..hopefully so!)

5)bawak botol air masak 1.5 liter walau ke mana saja..hehe..pi makan kat kedai pun tak payah order air ..minum je air masak tu ..sekali sekala ok la kot kalo teringin..tambah pulak aku tak boleh minum ais..dah start praktis dari bulan 9 haritu..rasanya point ni paling mudah untuk direalisasikan..hehe..

benefit
1)air masak adalah bahan detox yang paling baik untuk buang segala toxin.(nak turun berat badan ,minum banyak air kosong..hehe..point ni dari Dr aku ok).
2)of course la jimat duit kan..cuba imagine segelas milo ais dah RM2..air kosong kita bawak tu free..hehe..
3)kalau dah hari2 minum air masak je,mana nak datang diabetes nya.ye tak?.so badan akan jadi lebih sihat.badan sihat hati pun gembira.hati gembira encik SLE pun harap2 tak relapse la...
3)point no 5 ni paling best sebab boleh bagi benefit untuk point no 1,2,3,4 

hehe..In Shaa Allah,harap boleh lah semua 5 point ni direalisasikan sampai hujung 2014 

Selamat Tahun Baru 2014...semoga kita semua akan sihat walafiat & menjadi insan yg lebih baik.bahagia dunia & akhirat 

p/s:untuk 2014 ,sesapa yang tanya kat aku soalan "bila nak kahwin?" aku mintak RM1 untuk 1 kali tanya ya.harap maklum.duit tu akan dimasukkan dalam 40% saving point no 1